Sunday, April 19, 2009

REWANG-REWANG KAMI..

(Peragaan baju baru)

Semangat gotong royang dan kerjasama masih utuh terjalin di Taman Yayasan termasuklah untuk rewang kenduri kendara. Begitulah besarnya erti persahabatan dan pengorbanan yang termampu untuk kami hulurkan, biarpun kadang kala sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Kaum lelaki hanya ada satu kumpulan sahaja, dari tukang masak hinggalah perewang dan basuh pinggan, manakala perempuan terbahagi dua kumpulan; Yayasan 1 (Pn Hjh Rafeah, ketuanya) dan Yayasan 2 (Puan Maznah, ketuanya)..

Semoga ikatan kerjasama dan semangat persaudaraan ini kekal terjalin..

Monday, April 13, 2009

LAGI FOTO YANG SEMPAT DIRAKAM

En Ghani dengan segala kelengkapan PA Systemnya





Gosok periuk di penghujung malam.. dan jam 12 da..

RAMAI yang terlibat dalam menjayakan Maulid.. masing-masing punyai tugas dan kepakaran yang saling lengkap melengkapi. Sebab itu kami di TY tidak risau soal kenduri kendara kerana semuanya bermuafakat dengan baik. Semoga Allah mengikat hati-hati kami atas dasar iman dan taqwa. Itulah doa saya setiap kali solat... "Ya Allah ikatkanlah hati-hati kami atas dasar iman dan takwa kepada-MU'

MAULID DI SURAU KAMI..








TAHNIAH dan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan prorgam Maulid surau Al-Muhajirin yang ceria dan meriah. Ceramah yang disampaikan oleh ust Nor Azamir Haji Alias, PTA Rembau juga memikat hati pendengar.
Acara kanak-kanak juga mendapat sambutan baik, selain dari persembahan nasyid kanak-kanak dan wanita Taman Yayasan yang amat memukau.
Persiapan masak-memasak, rewang dan gotong royong seluruhnya berjalan dengan baik. Terima kasih daripada kami kepada semua jemaah yang terlibat. Tiada penghargaan yang paling manis selain daripada ucapan syukur ke hadrat Allah. Jasa tuan puan hanya Allah sahaja membalasnya

Thursday, April 9, 2009

KPI DAN MENTERI

Kepimpinan adalah amanah Allah kepada kita, baik sebagai pemimpin tertinggi mahupun pada kepimpinan biasa seperti kita. Kita memimpin rumah tangga, ada juga yang memimpin kawasan perumahan, masjid dan surau, RELA dan berbagai lagi kepimpinan yang ada. Semua itu adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Sukar dan payah sebenarnya mahu menyempurnakan tugas kepimpinan. Ia tidak semudah yang dilihat atau dinilai, tetapi memerlukan pengorbanan dan kesungguhan. Menilai mutu kerja biasanya kita gunakan KPI (Key Performent Indeks) yang boleh mengukur kepuasan pelanggan, pengekalan mutu dan kelangsungan produk.

Di sini perlunya kita bermuhasabah sendiri atas kemampuan dan keupayaan diri, yang sebenarnya masih jauh untuk memenuhi KPI dan apatah lagi memenuhi keperluan ‘mizan Allah’ pada hari akhirat kelak. Apabila DS Najib mahu KPI-kan menteri kabinet setiap enam bulan sekali, maka rakyat juga berhak untuk KPI-kan PM kita. Amacam, sanggup?

KABINET NAJIB 2009

Perdana Menteri: Datuk Seri Mohd Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancangan Ekonomi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Mejar (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri 1: Datuk Seri Najib Abdul Razak
Menteri 2: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadlah

Timbalan Menteri 1: Datuk Chor Chee Heong
Timbalan Menteri 2: Datuk Dr Awang Adek Hussien

Kementerian PelajaranMenteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan 1: Datuk Dr Wee Ka Sion
Timbalan 2: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Datuk Robert Lau Hoi Chew

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian
Menteri: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Heng Seai Kie

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hassan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Dr Mustapa Mohamad
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Perlancongan
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharom
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latif Ahmad

Kementerian Kerjaraya
Menteri: Datuk Shaziman Mansur
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rasyid Syirin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk Wee Jeck Seng

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Luar
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Monday, April 6, 2009

MAULID RASUL DI SURAU AL-MUHAJIRIN

Sambutan Maulid Rasul s.a.w Surau Al-Muhajirin akan diadakan pada 11 April 2009 dengan ceramahnya akan disampaikan oleh Ustaz Noor Azamir Elias, Pegawai Tadbir Agama Daerah Jempol.

Tentatif program:

9.00 pagi Rewang masak-masak
2.30 Acara pertandingan kanak-kanak (Hafazan, azan, khat dan pantun)
solat asar
Sambung lagi acara kanak-kanak

5.45 Berzanji dan tahlil

Solat maghrib

Jamuan makan diiringi persembahan nasyid tadika dan wanita TY

Solat Isyak

Ceramah

Penyampaian hadiah dan bersurai.

Semua jemaah dan ahli keluarga adalah dijemput.. Dan semua pelayar blog ini juga dijemput menyertai program ini.

Thursday, April 2, 2009

TAHNIAH DS NAJIB, PERDANA MENTERI KE 6

Hari ini negara mencatatkan sejarah baru dengan berlakunya peralihan kuasa kepada DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Surau Al-Muhajirin melalui blog dan Suara Al-Muhajirin merakamkan penghargaan tahniah dan terima kasih di atas pelantikan ini. Kita juga mengharapkan DS Najib dapat mengemudikan kepimpinan negara dalam keadaan yang baik, harmoni dan seimbang. Konsep syura yang perlu dipertahankan, harapan untuk menjaga kepentingan agama (pelaksanaan syariat dan kedudukannya sebagai agama rasmi negara) dan memantapkan kestabilan ekonomi menjadi harapan besar rakyat ke atas pundak DS Najib.

Kepada Pak Lah (Tun Abdullah AB) kita ucapkan penghargaan terima kasih tidak terhingga atas jasa bakti Tun Abdullah memimpin negara. Biarpun berbagai perubahan dan penambahbaikan dasar, namun kekurangan tentunya ada. Bagi kita, Tun Pak Lah adalah seorang yang lunak, baik dan terbuka untuk mempertahankan agama dan negara.. Selamat bersara dan terima kasih daripada kami.