tag:blogger.com,1999:blog-71877223660177421852024-03-05T05:51:54.349-08:00SURAU AL-MUHAJIRINTaman Yayasan, 85000 Segamat, Johor. MalaysiaAhmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.comBlogger183125tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-43916785358003499172017-01-02T00:07:00.000-08:002017-01-02T00:07:53.664-08:00SAMBUTAN MAULID DI SURAU AL-MUHAJIRIN TY
Sambutan Maulid akan kita adakan pada:
4 Januari 2017
Rabu
Tempat di Surau kita
Penceramah:
YANG BERBAHAGIA
AS-SYEIKH TUAN HAJI BAHARIN BIN JALAL
KADI DAERAH SEGAMAT
Tentatif:
6.15 - Berzanji dan selawat
7.15 - Solat Maghrib
- Ucapan aluan Pengerusi Surau (Tuan Haji Daud Samad)
- Ceramah Maulid
- Solat Isyak
- Jamuan dan bersurai
*Sumbangan bolehlah dihulurkan kepada Tuan Haji Daud Samad atau hubungi saya (Ustaz Ahmad Nawawi, Imam Surau)
Tuan puan diundang hadir memanfaatkan ilmu dan ihya syiar Islami.
Terima kasih.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-67665179296800126692016-12-27T22:20:00.001-08:002016-12-27T22:20:56.509-08:002017 TAHUN BARU UNTUK SURAU AL-MUHAJIRINTahun 2017 menyaksikan sedikit perubahan dalam pengurusan surau kita.
Pengerusi baru yang dilantik ialah Tuan Haji Daud bin Samat dan dibantu oleh Cikgu Haji Juaidi. Setiuasaha kekal dengan En Rahman Mohd dan Bendahari kekal diselia TUan Haji Mohd Nor Ahmad.
Pegawai Surau masih seperti dulu; Imam 1; Prof Madya Ustaz Haji Ahmad Nawawi dan dibantu oleh Ustaz Hj Abdul Rahman.
* Hari ini kita mendapat perkhabaran sedih dengan pemergian seorang jemaah surau, Tuan Haji Wak Redza Tahari yang meninggal dunia di tempat kerjanya.
Semoga Allah merahmati arwah.
Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-1404898688361192892012-05-22T17:45:00.002-07:002012-05-22T17:45:27.032-07:00BANTUAN FAKIR MISKINSURAU kita sedang dalam proses mengumpul maklumat ahli jemaah yang boleh dikategorikan sebagai fakir dan miskin. Oleh itu, mereka yang tahu maklumat ini, diharap dapat salurkan kepada saya (Ustaz Ahmad Nawawi) sesegera mungkin.
"Bertolong bantulah sesama muslim.."Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-47750206772395275892012-05-12T09:32:00.000-07:002012-05-12T09:32:06.597-07:00KEMATIANKEMATIAN itu suatu yang pasti. Farahana (30 thn) pergi pada 27 April, Pak Ya Daging 11 Mei, Puan X anak Miskam (12 Mei) akibat kanser (30an). Kematian itu suatu yang pasti.
Hanya punca, sebab dan kaedah kematian berbeza mengikut ketentuan Allah.
Kadang kala (dan banyak kala) kita tidak pernah memikirkan persediaan menghadapi kematian, menghadapi kehidupan kekal abadi pada hari muka.
Kita terleka dengan urusan dunia; walaupun tiada salahnya, tetapi sesekali renungkanlah bekalan yang hendak dibawa, agar tidak pula kita kehausan dan keputusan bekalan apabila bertemu Allah kelak.
Hanya ingatan untuk diri sendiri.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-21333744494951886932012-04-24T18:24:00.000-07:002012-04-24T18:24:45.056-07:00DOA PAGI-PAGIAlhamdulillah Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau menghidupkan kami setelah Engkau mematikan kami pada malam tadi.
Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, Engkau rahmatilah kami pada sepanjang hari ini. Selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya, bala bencana, kesakitan dan kepayahan dalam menguruskan kehidupan kami pada hari ini.
Ya Allah, sihatkanlah kami untuk memudahkan kami mentaati perintah-Mu
Ya Allah, Tuhan yang Maha Mempermudahkan, permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini, berkatilah usia dan tempoh masa yang Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami atas dasar iman dan takwa, jadikanlah kami saling berkasih sayang sesama kami. Muliakanlah kehidupan kami di dunia dan angkatlah kedudukan kami di syurga-Mu, ya Allah.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu bapa kami serta dosa seluruh umat Islam yang hidup mahupun yang telah kembali kepada-Mu
Amin Ya Rabbal alamin.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-76240541343073157962012-04-22T20:12:00.004-07:002012-04-22T20:12:54.087-07:00Menanggani Masallah Anak-AnakCara Ibu Ustas Don Daniyal menanggani masallah anak-anak. Semoga diambil iktibar.
Tegur dan pukul mengikut sunah
Pujuk selepas tegur atau pukul
Nyatakan bahawa hukuman itu berdasarkan kasih sayang
Peluk anak dimasa yang sesuai.
-agbrAhmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-48295753908269662752012-04-22T18:23:00.001-07:002012-04-22T18:23:37.031-07:00KULIAH SUBUH HARI SABTUBeberapa orang jemaah mencadangkan kuliah subuh diadakan pada hari Sabtu. Dan Ustaz Nazrudin bersetuju menjadi pengkuliahnya. Alhamdulillah.
Maka bermulalah kuliah subuh pada hari Sabtu dua minggu sekali membicarakan tentang Hidup Sesudah Mati....
Jom kita pakat mai dengar kuliah subuh ni..Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-53573119561202844822012-04-16T08:35:00.000-07:002012-04-16T08:35:02.766-07:00MENCARI HELAHDalam apa perkara sekalipun, kita punyai helah dan alasan. Untuk membenarkan perlakuan kita, kita berikan alasan itu kepada diri kita sendiri terlebih dahulu, sebelum kita benarkan pula kepada rakan dan orang di sekitar kita. Alasan tetap ada, biarpun ada kalanya kelihatan alasan itu janggal dan pelik.
Orang yang tidak mahu datang berjemaah punyai alasan. Orang yang mahu berjemaah juga punyai alasan. Orang yang suka berborak di kedai kopi juga punyai alasan, orang yang tidak mahu menyempurnakan tugas yang diberi juga punyai alasan.
Pendek kata, alasan ada di mana-mana dan boleh direka cipta berbagai rupa.
Hanya satu yang kita bimbang bila alasan itu kita kemukakan di hadapan Allah. Mampukah alasan yang kita reka cipta itu untuk kita jawap ketika berhadapan Allah kelak? Sukar hendak ditelah.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-34000551980475127322012-03-26T00:05:00.000-07:002012-04-16T18:21:00.162-07:00Khutbah Jumaat - Membeli Syurga Dengan Harta - Sedekah Bukan Perkara RemehMasyaallah.......
~AGBRAhmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-72177909479977038782012-03-22T20:54:00.000-07:002012-03-22T21:02:34.945-07:00Hati masih tergamitYa Allah, hati ini masih tergamit untuk kesana lagi. Air mata masih mengalir. Rindu aku kepada masjid yang Engkau muliakan Ya, Allah.
Kau saksikanlah sendiri bagaimana manusia berhimpun di masjid-masjid Mu. Ada yang kaya datang bersedekah, yang miskin tidur di kaki lima, di dataran masjid waima di bangunan tandas sekadar beralaskan kotak malah beralaskan kain ihram sahaja. Mereka berasak-asak untuk mendapatkan tempat di Raudah atau berhampiran kaabah Mu.
Ya Allah, kau saksikanlah bagaimana yang gagah berlari-lari, yang tua berkerusi roda, kanak dijulang di tengkok bapa, yang kudung mengunakan papan beroda dan menolaknya dengan tangan. Ya Allah, betapa hebatnya mereka yang berkumpulan, berdoa, bertasbih, bermunajat bertahmid secara serentak dengan penuh semangat. Ada yang tersungkur terus mati. Ya Allah, kecilnya aku jika dibandingkan dengan kehebatan mereka. Lemahnya aku jika dibandingkan dengan kesungguhan mereka beribadat, kayanya aku jika dibandingkan dengan kedaifan mereka. Mereka semua datang atas jemputan Mu Ya Allah.
Ya Allah, janganlah kau jadikan jemputan itu sebagai jemputan terakhir buat diri ku. Kau lapangkan rezeki dan kesihatanku supaya aku boleh kesana lagi. Hati ini masih keras Ya Allah. Masih perlu belas kasihan Mu. Hati ini masih berdolak dalik. Hanya kau yang berhak dan berkuasa mengubahnya. Masih banyak lagi yang perlu aku bisikan di Raudah dan dihadapan Kaabah Mu. Ya Allah, ampuni dosaku. Kau jemputlah anak-anak dan rakan-rakan ku kesana Ya Allah. Biar mereka menyaksikan sendiri kebesaran Mu. Biar mereka lihat walau tiada sesaat, Kaabah dan Raudah itu kosong. Mereka semua merapak dan merendahkan diri kepada Mu. Allahuakbar. -AGBR.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-61933751069422550462012-01-18T20:51:00.000-08:002012-01-18T20:51:24.322-08:00ABD RAHIM OMAR
En Abd Rahim Omar seorang daripada jemaah surau yang baru
muncul. Setelah bersara, dia berpindah ke sini (Astakajaya) dan menyertai kami berjamaah.
Orangnya bertubuh kecil dan berpendidikan. Selalu speaking Inggeris bila
berbual dengan saya. Saya selalu SMS kepadanya bagi info aktiviti surau kerana
saya tahu namanya tiada dalam list CNN surau. Semasa program dengan Ustaz
Zahazan, dia cakap tak perlulah SMS kerana melibatkan kos, sedangkan dia
sendiri sudah tahu program berkenaan. Oh, tak apalah... sekadar ingatan kepada
kawan-kawan, ujar saya.
Pagi ini saya dapat SMS memaklumkan kematiannya. Innalillah.
Dia pergi pada ketika kita tidak sedari kesakitan yang dilaluinya. Dia pergi
dengan aman, aman tanpa kami sedari ketiadaannya sehari dua...
Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-8526521112860902342012-01-16T19:29:00.000-08:002012-01-16T19:29:24.524-08:00IHTIRAM ULAMA..Guru-guru yang mengajar kita di surau, malah sesiapa sahaja yang kita kenal kebaikan dan keilmuannya (ulama) seharusnya kita memuliakan mereka. (ihtiram ulama).
Sesekali para guru berjemaah di surau, saya unjukkan mereka mengimamkan solat fardu. Berilah penghormatan kepada ilmu dan kelebihan yang mereka ada untuk mengimamkan kita. Malah tentunya jemaah juga akan gembira dapat merasai pelbagai suara dan bacaan, pelbagai zikir dan doa dalam penghayatan ibadah ritual mereka.
Sebaliknya, jika kita berpegang kepada 'tugas imam'; dengan maksud 'akulah imam di surau ini' maka akulah sahaja yang boleh mengimamkan jemaah, tentulah satu kerugian kepada 'pengimarahan jemaah'. Ini yang kerap terjadi pada masjid dan surau tertentu. Akhirnya jemaah menjadikan ibadah itu satu rutin harian seperti juga imam yang beranggapan ia adalah tugas rutin harian sepanjang hayat. Nilai ibadah semakin menjauh dan terpinggir. Malah tidak mustahil jemaah juga tiada pertambahannya selain orang yang biasa-biasa sahaja.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-2210089516061602822011-11-15T19:56:00.000-08:002011-11-15T19:56:06.265-08:00BACAAN HADIS SELEPAS SUBUHTAZKIRAH dan bacaan hadis selepas solat Subuh berjalan setiap hari. Alhamdulillah sahabat tabligh kita; Sdr Omar Zaki dan Sdr Khairil berselang seli membacakan beberapa kerat hadis yang serba ringkas kepada jemaah, dan ia sudah cukup untuk memberi ingatan dan peringatan kepada kita.
Syukur dengan adanya team sperti ini yang sukarela membantu mengingatkan jemaah. Hanya Allah sahaja memberikan ganjaran kepada yang berdakwah dan beramal.
Pagi tadai dibacakan hadis yang mengatakan janji Rasulullah kepada seorang ibu yang kematian tiga orang anaknya di jalan Allah, maka siibu akan mendapat ganjaran syurga. Malah dua orang juga, dijanjikan siibu mendapat ganjaran syurga.
(Saya dapat bayangkan bagaimana komunikasi Rasulullah dengan wanita pada ketika itu. Kaum wanita juga banyak mendekati Rasulullah dan bertanyakan permasalahan mereka secara berdepan...)
I love u ya Rasullullah...Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-50753503564440255282011-10-27T00:51:00.001-07:002011-10-27T00:51:47.236-07:0010 EKOR LEMBU AKAN DIKORBANKANTahun ini, sebanyak sepuluh ekor lembu akan dikorbankan pada majlis korban/akikah di surau kita.
Semua dijemput hadir dan bergotong royong untuk menjayakan majlis ini.
Hari Raya Aidil Adha pertama, jam 11 pagi...Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-35716043870401605242011-10-27T00:50:00.000-07:002011-10-27T00:50:01.275-07:00CERAMAH "SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM: SATU KEWAJIPANBank Islam Negeri Johor bersama Surau Al-Muhajirin akan menganjurkan majlis berkenaan yang akan disampaikan ceramahnya oleh Ybhg Ustaz Mohd Nazri Chik, Penolong Pengurus Besar Bahagian Syariah, Bank Islam Pusat.
Programnya bermula selepas Maghrib pada 2 November 2011 nanti.
Semua jemaah dan pembaca dijemput hadir.
Jamuan ringan akan disediakan.
*Rebutlah peluang ini yang bukan senang untuk mendapat penceramah hebat seperti beliau.
Terima kasih Bank Islam...Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-34428772435536586812011-09-12T18:22:00.001-07:002011-09-12T18:22:02.548-07:00LATIHAN KOMPANG JEMAAH DEWASATiba-tiba kami berjaya wujudkan team kompang kalangan dewasa, khasnya kalangan mereka yang telah bersara. Itu lebhi baik, lebih baik kerana tumpuan mereka kepada kerjaya agak kurang dan bisa memberikan khidmat bakti sewaktu diperlukan dalam majlis perkahwinan.
Team kompang dewasa dibimbing Tn Hj Ghani Rahmat yang mula berlatih malam tadi di Surau (12 Sept 2011).
Semoga team ini dapat membuat persembahan sulungnya pada majlis walimah Haji Manan pada hujung minggu ini (17 Sept 2011).Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-25153484594353013512011-08-24T20:54:00.000-07:002011-08-24T20:54:08.687-07:00MINGGU TERAKHIR RAMADANMajlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa diadakan pada minggu lepas; 20 Ogos. dan Alhamdulillah ramai jemaah dan jiran-jiran surau berdekatan hadir. Syukur.
Qiamullail kita adakan 3 kali sahaja berjemaah di surau. Kali kedua pada malam 21 Ramadan lalu, dan kali ketiga pada Jumaat ini; 26 Ogos awal pagi 27 ogos..
Tadarus rakan muda kita adakan sehari sahaja pada 24 Ogos, maaf saya tak sempat nak uruskan seperti selalu. Kali ini jadual harian agak padat...
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡر
(٣)
Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-1591738997063370632011-08-19T09:54:00.000-07:002011-08-19T10:17:18.722-07:00Godaan Syaitan.Pada malam 15 Ramadan, Tuan Imam telah membawa surah Al-Hujraat dalam bacaan surah sembahyang sunat Terawih beliau. Tuan Imam telah memetik beberapa maksud ayat yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Antara maksud ayat di baca dipertekankan;
Ayat yang ke 7 : Janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbiran Rasulullah SAW.
Ayat yang ke 11: Janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain (pemimpin-pemimpin) dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut boleh menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik). Mereka yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat ke 12: Jauhilah dari kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah sesaorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Video dari Ustas Kazim Elias elok juga di renungi. Kredit kepada 740108yard dan Alias Salam Enterprise di dalam penerbitan video ini.
<object style="height: 390px; width: 440px;"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/gPM6VYTdP8I?version=3"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/gPM6VYTdP8I?version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="440" height="390"></object>
<object style="height: 390px; width: 440px;"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Dhfx5vhmXYU?version=3"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/Dhfx5vhmXYU?version=3" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="440" height="390"></object>
~agbrAhmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-65820140631373102822011-08-14T00:50:00.000-07:002011-08-14T00:50:44.168-07:00BUBUR LAMBUKHari ini kami merewang masak bubur lambuk. Kali kedua Ramadan ini, buat julung kalinya kami buat dan edarkan kepada jemaah.
Ayahanda jadi adviser dan ketua tukang masaknya Pak Rahman dan dibantu yang lain-lain. Minggu lepas hanya seperiuk dimasak dan tidak ramai yang dapat habuan. kali ini ditambah lagi menjadi dua periuk besar dan nampak gayanya boleh diagihkan kepada ramai jemaah lagi.
Ia sekdar sukarela dan ada jemaah yang menyumbang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan selamat berbuka puasa.
Komen orang ramai; bubur lambuk kita sedap dan ada kelas... itu tak penting sangatlah, yang penting kita buat sebagai amal jariah kita dan menghidupkan aktiviti surau. Orang lebih dekat dengan surau. Itu yang utama.
(Saya bagi sebungkus kepada jiran Cina di hadapan surau, penghargaan kerana selalu parking depan rumah mereka...)Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-72315328423838446992011-08-01T19:17:00.000-07:002011-08-01T19:17:34.764-07:00IMAM DAN JEMAAH DI BULAN RAMADANGiliran imam, bilal dan noja bertugas sepanjang Ramadan telah diedarkan. Begitu juga giliran membawa juadah moreh. Kali ini seramai lima orang imam bergilir ganti mengimamkan solat tarawih; Imam Hazri, Ustaz Nawawi, Samsuri, Haji Yahya dan Hj Sulur.
Surau kita pula bercat baru yang lebih ceria dan cantik, temboknya. Terima kasih keapda semua yang bergotong royong, tukang catnya En Aziz (Botak) yang tekun dan teliti mengecat.
Moreh kali ini juga nampak meriah. Ramai jemaah solat dan mengimarahkan surau kita. Alhamdulillah.
Setiap petang kita berbuka puasa di surau dengan juadah ala kadar,s ebelum kita solat Maghrib berjemaah. Itu yang best. Ringkas dan mudah. Harap-harap selepas tu, tak lah pula cover banyak-banyak di rumah...
Bubur lambuk juga akan kita sediakan. Pak Rahman kata pada setiap Sabtu kita akan edarkan bubur lambuk kepada jemaah. Pastikan anda datang mengambil bubur lambuk pada Sabtu ini...
Ya Allah, ramhatilah kami semua jemaah di surau ini, di taman ini dan di tempat ini... Kami sayang jemaah kami, kami sayang saudara seagama kami...Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-33259098983492659832011-07-25T21:35:00.000-07:002011-07-25T21:35:20.437-07:00AHLAN YA RAMADANGenap seminggu lagi kita akan berpuasa, berjemaah tarawih dan beribadah sebaiknya pada Ramadan.
Surau mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan semoga kita dapat menghayati Ramadan terbaik selamanya.
Jadi yang terbaik pada Ramadan ini..Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-70919897046572725272011-07-20T00:07:00.000-07:002011-07-20T00:07:24.110-07:00SYAABAN..Ketika akan munculnya Ramadan, maka banyaklah kenduri kendara yang diadakan oleh kalangan umat Melayu. Alhamdulillah bertambah rezeki mereka yang mengadakan majlis berkenaan. Minggu ini, surau kita penuh dengan agenda kenduri dan tahlil.
Isnin lalu kenduri Ustazah Rosnah
Selasa di Rilex Zone, kafe baru di TY
Rabu giliran En Baharudin yang kembali berpindah ke Taman Yayasan dari Kelantan.
Khamis - memang bacaan Yasin
Jumaat -
Sabtu -
Ahad - Astaka Jaya 19Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-38247207447939207022011-07-13T01:05:00.000-07:002011-07-13T01:05:36.230-07:00KULIAH MAGHRIB BERSAMA PROF DR HJ MUHD KAMIL DI SURAUKuliah Maghrib berkenaan akan diadakan pada 14 Julai 2011 (Malam Jumaat) di surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan. Prof yang akan berhijrah ke Universiti Tayibah Madinah September nanti, akan mengisi ruang "Malam Semarak Ramadan' bermula sepelas Maghrib.
Mungkin ini kali terakhir beliau bersama kita di surau, sebelum hijrah.
Diharap ramai yang dapat mengambil manfaat. Bawalah keluarga dan ajaklah jiran untuk turut serta.Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7187722366017742185.post-33235706923526632492011-07-03T17:32:00.000-07:002011-07-03T17:32:08.521-07:00SAUDARA KHAIRIL (DARI INDON)Saudara Khairil sahabat kita yang selalu berjemaah di surau. Datangnya dari Indon, entah dari wilayah mana. Telah beberapa kali berulang alik bekerja di Malaysia hampir sepuluh tahun. Apa yang menariknya ialah beliau rajin datang berjemaah, berjalan kaki dan rajin pula bermasyarakat.
Dia ringan tulang, membantu jemaah lain kemas mengemas setelah majlis selesai. Boleh menjadi bilal apabila diperlukan. Malah dia juga mengisi slot 'tazkirah' selepas Subuh saban hari dengan membaca hadis-hadis fadilat amal beberapa kerat.
Selalunya tazkirah subuh (bacaan hadis rakan Tabligh kita) disampaikan Omar Zaki bergilir ganti dengan Haji Burhanudin. Haji Burhanudin akhirnya berpindah ke Bandar IOI, tempatnya diambil alih Sdr Khairil. Dan dia terlebih kerap membacanya saban hari. Suaranya lunak dan keras. Sesuai untuk tazkirah pagi-pagi untuk mengetuk pintu hati kami yang sering tertutup.
Kini Khairil tiada lagi, buat sementara. Majikannya membawanya bekerja di Kluang dan entah bila akan kembali semula ke Taman Yayasan.
Dua perkara yang menarik daripada kisah ini;
1. Orang yang baik, biasa berjemaah akan tetap datang berjemaah di masjid.
2. Orang yang ringan tulang, boleh berinteraksi dengan masyarakat, akan lebih mudah dikenali dan dihargai. (Ramai orang Malaysia kita yang tidak peduli masjid dan surau, tak peduli masyarakat dan ummah; lalu mereka juga tidak dikenali oleh masyarakat)
Seperkara lagi ialah sikap KETERBUKAAN ahli kariah, pengurusan dan jawatankuasanya menerima sesiapa sahaja berkhidmat dan berbakti di surau/masjid adalah perkara pokok. Khairil boleh azan bukan kerana tiada bilal, tetapi kita membenarkan jemaah yang sukarela untuk azan, berazan. Diapun gembira dapat berazan. Saya pernah dimaklumkan ada sesetengah masjid yang tidak membenarkan 'orang Indon' mengambil saf hadapan, atas alasan 'awak orang Indon'.. Masya-Allah, teruknya.
Kesediaan kita untuk menerima jemaah yang hadir, seperti yang selalu diceritakan Haji Toha; menjadi penambat hati jemaah untuk datang berjemaah.
(Artikel ini saya masukkan dalam blog ini sebelum membaca artikel isu yang sama yang ditulis AGBR sebelumnya) Terima kasih.. hati kita serupa..Ahmad Nawawi Yaakobhttp://www.blogger.com/profile/14289511985063214543noreply@blogger.com0