Tuesday, May 22, 2012

BANTUAN FAKIR MISKIN

SURAU kita sedang dalam proses mengumpul maklumat ahli jemaah yang boleh dikategorikan sebagai fakir dan miskin. Oleh itu, mereka yang tahu maklumat ini, diharap dapat salurkan kepada saya (Ustaz Ahmad Nawawi) sesegera mungkin.

"Bertolong bantulah sesama muslim.."

Saturday, May 12, 2012

KEMATIAN

KEMATIAN itu suatu yang pasti. Farahana (30 thn) pergi pada 27 April, Pak Ya Daging 11 Mei, Puan X anak Miskam (12 Mei) akibat kanser (30an). Kematian itu suatu yang pasti.

Hanya punca, sebab dan kaedah kematian berbeza mengikut ketentuan Allah.

Kadang kala (dan banyak kala) kita tidak pernah memikirkan persediaan menghadapi kematian, menghadapi kehidupan kekal abadi pada hari muka.

Kita terleka dengan urusan dunia; walaupun tiada salahnya, tetapi sesekali renungkanlah bekalan yang hendak dibawa, agar tidak pula kita kehausan dan keputusan bekalan apabila bertemu Allah kelak.

Hanya ingatan untuk diri sendiri.

Tuesday, April 24, 2012

DOA PAGI-PAGI

Alhamdulillah Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau menghidupkan kami setelah Engkau mematikan kami pada malam tadi.

Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, Engkau rahmatilah kami pada sepanjang hari ini. Selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya, bala bencana, kesakitan dan kepayahan dalam menguruskan kehidupan kami pada hari ini.

Ya Allah, sihatkanlah kami untuk memudahkan kami mentaati perintah-Mu

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mempermudahkan, permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini, berkatilah usia dan tempoh masa yang Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami atas dasar iman dan takwa, jadikanlah kami saling berkasih sayang sesama kami. Muliakanlah kehidupan kami di dunia dan angkatlah kedudukan kami di syurga-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu bapa kami serta dosa seluruh umat Islam yang hidup mahupun yang telah kembali kepada-Mu

Amin Ya Rabbal alamin.

Sunday, April 22, 2012

Menanggani Masallah Anak-Anak

Cara Ibu Ustas Don Daniyal menanggani masallah anak-anak. Semoga diambil iktibar.




  1. Tegur dan pukul mengikut sunah
  2. Pujuk selepas tegur atau pukul
  3. Nyatakan bahawa hukuman itu berdasarkan kasih sayang
  4. Peluk anak dimasa yang sesuai.

-agbr

KULIAH SUBUH HARI SABTU

Beberapa orang jemaah mencadangkan kuliah subuh diadakan pada hari Sabtu. Dan Ustaz Nazrudin bersetuju menjadi pengkuliahnya. Alhamdulillah.

Maka bermulalah kuliah subuh pada hari Sabtu dua minggu sekali membicarakan tentang Hidup Sesudah Mati....

Jom kita pakat mai dengar kuliah subuh ni..

Monday, April 16, 2012

MENCARI HELAH

Dalam apa perkara sekalipun, kita punyai helah dan alasan. Untuk membenarkan perlakuan kita, kita berikan alasan itu kepada diri kita sendiri terlebih dahulu, sebelum kita benarkan pula kepada rakan dan orang di sekitar kita. Alasan tetap ada, biarpun ada kalanya kelihatan alasan itu janggal dan pelik.

Orang yang tidak mahu datang berjemaah punyai alasan. Orang yang mahu berjemaah juga punyai alasan. Orang yang suka berborak di kedai kopi juga punyai alasan, orang yang tidak mahu menyempurnakan tugas yang diberi juga punyai alasan.

Pendek kata, alasan ada di mana-mana dan boleh direka cipta berbagai rupa.

Hanya satu yang kita bimbang bila alasan itu kita kemukakan di hadapan Allah. Mampukah alasan yang kita reka cipta itu untuk kita jawap ketika berhadapan Allah kelak? Sukar hendak ditelah.

Monday, March 26, 2012

Thursday, March 22, 2012

Hati masih tergamit

Ya Allah, hati ini masih tergamit untuk kesana lagi. Air mata masih mengalir. Rindu aku kepada masjid yang Engkau muliakan Ya, Allah.

Kau saksikanlah sendiri bagaimana manusia berhimpun di masjid-masjid Mu. Ada yang kaya datang bersedekah, yang miskin tidur di kaki lima, di dataran masjid waima di bangunan tandas sekadar beralaskan kotak malah beralaskan kain ihram sahaja. Mereka berasak-asak untuk mendapatkan tempat di Raudah atau berhampiran kaabah Mu.

Ya Allah, kau saksikanlah bagaimana yang gagah berlari-lari, yang tua berkerusi roda, kanak dijulang di tengkok bapa, yang kudung mengunakan papan beroda dan menolaknya dengan tangan. Ya Allah, betapa hebatnya mereka yang berkumpulan, berdoa, bertasbih, bermunajat bertahmid secara serentak dengan penuh semangat. Ada yang tersungkur terus mati.  Ya Allah, kecilnya aku jika dibandingkan dengan kehebatan mereka. Lemahnya aku jika dibandingkan dengan kesungguhan mereka beribadat, kayanya aku jika dibandingkan dengan kedaifan mereka. Mereka semua datang atas jemputan Mu Ya Allah.

Ya Allah, janganlah kau jadikan jemputan itu sebagai jemputan terakhir buat diri ku. Kau lapangkan rezeki dan kesihatanku supaya aku boleh kesana lagi. Hati ini masih keras Ya Allah. Masih perlu belas kasihan Mu. Hati ini masih berdolak dalik. Hanya kau yang berhak dan berkuasa mengubahnya. Masih banyak lagi yang perlu aku bisikan di Raudah dan dihadapan Kaabah Mu. Ya Allah, ampuni dosaku. Kau jemputlah anak-anak dan rakan-rakan ku kesana Ya Allah. Biar mereka menyaksikan sendiri kebesaran Mu. Biar mereka lihat walau tiada sesaat, Kaabah dan Raudah itu kosong. Mereka semua merapak dan merendahkan diri kepada Mu. Allahuakbar.   -AGBR.

Wednesday, January 18, 2012

ABD RAHIM OMAR


En Abd Rahim Omar seorang daripada jemaah surau yang baru muncul. Setelah bersara, dia berpindah ke sini (Astakajaya) dan menyertai kami berjamaah. Orangnya bertubuh kecil dan berpendidikan. Selalu speaking Inggeris bila berbual dengan saya. Saya selalu SMS kepadanya bagi info aktiviti surau kerana saya tahu namanya tiada dalam list CNN surau. Semasa program dengan Ustaz Zahazan, dia cakap tak perlulah SMS kerana melibatkan kos, sedangkan dia sendiri sudah tahu program berkenaan. Oh, tak apalah... sekadar ingatan kepada kawan-kawan, ujar saya.


Pagi ini saya dapat SMS memaklumkan kematiannya. Innalillah. Dia pergi pada ketika kita tidak sedari kesakitan yang dilaluinya. Dia pergi dengan aman, aman tanpa kami sedari ketiadaannya sehari dua...

Monday, January 16, 2012

IHTIRAM ULAMA..

Guru-guru yang mengajar kita di surau, malah sesiapa sahaja yang kita kenal kebaikan dan keilmuannya (ulama) seharusnya kita memuliakan mereka. (ihtiram ulama). Sesekali para guru berjemaah di surau, saya unjukkan mereka mengimamkan solat fardu. Berilah penghormatan kepada ilmu dan kelebihan yang mereka ada untuk mengimamkan kita. Malah tentunya jemaah juga akan gembira dapat merasai pelbagai suara dan bacaan, pelbagai zikir dan doa dalam penghayatan ibadah ritual mereka. Sebaliknya, jika kita berpegang kepada 'tugas imam'; dengan maksud 'akulah imam di surau ini' maka akulah sahaja yang boleh mengimamkan jemaah, tentulah satu kerugian kepada 'pengimarahan jemaah'. Ini yang kerap terjadi pada masjid dan surau tertentu. Akhirnya jemaah menjadikan ibadah itu satu rutin harian seperti juga imam yang beranggapan ia adalah tugas rutin harian sepanjang hayat. Nilai ibadah semakin menjauh dan terpinggir. Malah tidak mustahil jemaah juga tiada pertambahannya selain orang yang biasa-biasa sahaja.

Tuesday, November 15, 2011

BACAAN HADIS SELEPAS SUBUH

TAZKIRAH dan bacaan hadis selepas solat Subuh berjalan setiap hari. Alhamdulillah sahabat tabligh kita; Sdr Omar Zaki dan Sdr Khairil berselang seli membacakan beberapa kerat hadis yang serba ringkas kepada jemaah, dan ia sudah cukup untuk memberi ingatan dan peringatan kepada kita.

Syukur dengan adanya team sperti ini yang sukarela membantu mengingatkan jemaah. Hanya Allah sahaja memberikan ganjaran kepada yang berdakwah dan beramal.

Pagi tadai dibacakan hadis yang mengatakan janji Rasulullah kepada seorang ibu yang kematian tiga orang anaknya di jalan Allah, maka siibu akan mendapat ganjaran syurga. Malah dua orang juga, dijanjikan siibu mendapat ganjaran syurga.

(Saya dapat bayangkan bagaimana komunikasi Rasulullah dengan wanita pada ketika itu. Kaum wanita juga banyak mendekati Rasulullah dan bertanyakan permasalahan mereka secara berdepan...)

I love u ya Rasullullah...

Thursday, October 27, 2011

10 EKOR LEMBU AKAN DIKORBANKAN

Tahun ini, sebanyak sepuluh ekor lembu akan dikorbankan pada majlis korban/akikah di surau kita.

Semua dijemput hadir dan bergotong royong untuk menjayakan majlis ini.

Hari Raya Aidil Adha pertama, jam 11 pagi...

CERAMAH "SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM: SATU KEWAJIPAN

Bank Islam Negeri Johor bersama Surau Al-Muhajirin akan menganjurkan majlis berkenaan yang akan disampaikan ceramahnya oleh Ybhg Ustaz Mohd Nazri Chik, Penolong Pengurus Besar Bahagian Syariah, Bank Islam Pusat.

Programnya bermula selepas Maghrib pada 2 November 2011 nanti.

Semua jemaah dan pembaca dijemput hadir.

Jamuan ringan akan disediakan.

*Rebutlah peluang ini yang bukan senang untuk mendapat penceramah hebat seperti beliau.

Terima kasih Bank Islam...

Monday, September 12, 2011

LATIHAN KOMPANG JEMAAH DEWASA

Tiba-tiba kami berjaya wujudkan team kompang kalangan dewasa, khasnya kalangan mereka yang telah bersara. Itu lebhi baik, lebih baik kerana tumpuan mereka kepada kerjaya agak kurang dan bisa memberikan khidmat bakti sewaktu diperlukan dalam majlis perkahwinan.

Team kompang dewasa dibimbing Tn Hj Ghani Rahmat yang mula berlatih malam tadi di Surau (12 Sept 2011).

Semoga team ini dapat membuat persembahan sulungnya pada majlis walimah Haji Manan pada hujung minggu ini (17 Sept 2011).

Wednesday, August 24, 2011

MINGGU TERAKHIR RAMADAN

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa diadakan pada minggu lepas; 20 Ogos. dan Alhamdulillah ramai jemaah dan jiran-jiran surau berdekatan hadir. Syukur.

Qiamullail kita adakan 3 kali sahaja berjemaah di surau. Kali kedua pada malam 21 Ramadan lalu, dan kali ketiga pada Jumaat ini; 26 Ogos awal pagi 27 ogos..

Tadarus rakan muda kita adakan sehari sahaja pada 24 Ogos, maaf saya tak sempat nak uruskan seperti selalu. Kali ini jadual harian agak padat...

Malam tadi jemaah ramai.. barangkali anak-anak dari luar sudah pulang dan dapat berkumpul dengan lebih meriah. Teruskan solat tarawih kita hingga ke hujungnya.