Wednesday, January 18, 2012

ABD RAHIM OMAR


En Abd Rahim Omar seorang daripada jemaah surau yang baru muncul. Setelah bersara, dia berpindah ke sini (Astakajaya) dan menyertai kami berjamaah. Orangnya bertubuh kecil dan berpendidikan. Selalu speaking Inggeris bila berbual dengan saya. Saya selalu SMS kepadanya bagi info aktiviti surau kerana saya tahu namanya tiada dalam list CNN surau. Semasa program dengan Ustaz Zahazan, dia cakap tak perlulah SMS kerana melibatkan kos, sedangkan dia sendiri sudah tahu program berkenaan. Oh, tak apalah... sekadar ingatan kepada kawan-kawan, ujar saya.


Pagi ini saya dapat SMS memaklumkan kematiannya. Innalillah. Dia pergi pada ketika kita tidak sedari kesakitan yang dilaluinya. Dia pergi dengan aman, aman tanpa kami sedari ketiadaannya sehari dua...

1 comment:

  1. Allahyaham bersama-sama dengan ayahanda Hj Khalid pagi tadi di pasar tani berbincang berkenaan dengan Al-Quraan digital.

    Boleh saya tahu No 60127584564 No hp siapa? No ini tiada dalam list. Saya ramalkan No hp Imam Samsuri. Ayat di terima seolah-olah Imam Samsuri.

    ReplyDelete