Sunday, May 24, 2009

MESYUARAT AGUNG SURAU 21 MEI LALU

Ucapan perasmi, Tn Hj Mardi


Kalangan jemaah wanita yang hadir; Pn Hhj Rafeah, Pn Hasnah..



Daftar dulu..

Syukur kerana surau kita telah mengadakan MAT-nya pada 21 Mei lalu dirasmikan oleh Tn Haji Mardi, Penyelaras Masjid Surau Daerah Segamat. Ramai yang hadir; sehingga 70 buku mesyuarat agung yang disediakan habis.

Banyak perkara dibangkitkan termasuklah penubuhan sekolah agama di TY, masjid baru dan tanah wakaf 16 ekar yang diambil oleh pihak lain untuk memajukannya (?). Kegiatan ekonomi juga akan ditingkatkan dengan memanfaatkan lot tanah yang diberikan MDS di tepi surau. Harap-harap perkara ini akan segera dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan memeriahkan surau kita.

Hadiah Jemaah Terbaik 2008 dianugerahkan kepada En Abdullah, Pn Maznah Musa dan Puan (?) dan disertai cabutan bertuah sebanyak 30 botol minyak masak (2 kg) disediakan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan MAT kali ini. Meriah dan menarik.

No comments:

Post a Comment