Tuesday, July 13, 2010

LADY GAGA, MARIAH CAREY & CELINE DION TURUT SOLAT BERJEMAAH

Menarik. Bukan sahaja jemaah biasa-biasa, malah Lady Gaga, Mariah Carey dan Celine Dion turut solat berjemaah di masjid dan surau. Bukan solat betul-betul, hanya kadang kala terdengar nada dering (handphone) artis berkenaan yang turut solat berjemaah.

Seronok pun ada, tak suka pun ada.. Bayangkan tengah kita solat; bersendirian atau berjemaah, tiba-tiba kedengaran bunyi lagu 'My heart will go on', alangkah tragisnya solat kita. Mahu diikutkan sama nyanyian lagunya atau mahu diteruskan bacaan yang sepatutnya dibaca? Atau barangkali baca dan ikut serentak! kan kita orang hebat!

Rumusannya, eloklah dimatikan handphone ketika masuk ke surau atau masjid, dan lebih baik kalau nada deringannya hanya yang biasa-biasa sahaja.. Kalau terbunyipun, tidaklah janggal sangat.. Manakan tidak Lady Gaga sedang solat berjemaah!

2 comments:

  1. Kebanyak masjid ada papan tanda samada di pintu dan dewan sembahyangyang meminta jemaah mematikan telefon ketika berada di dewan sembahyang. Ada juga yang mengunakan running score board bagi menyampaikan maklumat tersebut dan lain-lain maklumat masjid.

    Dalam sembahyang berjemaah, baik jika imam menginggatkan makmum supaya mematikan handset sebelum solat di mulakan. Imam Samsuri telah menjadi amalan beliau menginggatkan jemaah supaya berbuat demikian.

    Jemaah juga wajar mengambil iktibar dari entri ini.

    agbr47: Bila hati dah ingat Allah yang lain menjadi alpa.

    ReplyDelete
  2. saya teringat satu peringatan yg saya kira cukup halus tegurannya namun msj nye sampai... "tiada seruan selain serun ilahi"

    mungkin tidak salh jika kte tampal peringatan sebegini di dalm surau... tidak perlulah terlalu besar saiz nya.... at least people can read the msg... manusia perlu sering diingatkan...

    ReplyDelete