Friday, May 27, 2011

Hj Toha tokoh bilal yang di segani.

Pehak Badan Tadbir Surau Al-Muhajirin telah membuat keputusan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang lalu bagi menambah Iman dan Bilal bagi mengimarahkan lagi Surau Al Muhajirin yang pernah di nobatkan sebagai beberapa kali Surau Cemerlang Daerah dan Negeri Johor.

2 orang imam baru di lantik
  1. Tuan Hj Yahya bin Hamzah
  2. Tuan Hj Mohd Sulur Bin Ahmad.
Manakala bilal baru yang di lantik adalah Tuan Hj Toha bin Ratiman. Hj Toha bekas seorang pengurus dan pesara dari ESPEC telah memberikan tumpuan sepenuh masa di surau terutama pada waktu waktu yang fardhu siang. Masa terluang di penuhi dengan mengaji Quran dan terlalu rapat dengan Imam baru Tuan Haji Mohd Sulur Bin Ahmad. Tuan Hj Mohd Sulur telah mempunyai diploma dalam tahfiz Al Quran. Tuan Hj Toha juga sekarang ini telah berjinak jinak dengan tahfiz. Atas panduan dan galakkan dari Tuan Hj Mohd Sulur, Hj Toha telah berjaya menghafal surah As Sajadah dan sekarang bergiat untuk menghafal surah surah yang lain.

Walaupun seorang yang suka berjenaka tetapi kritikan beliau juga pedas. Mengena sambil bergurau. Tidak lokek ilmu. Mana mana yang beliau perolehi panduan dari dari tuan tuan guru, tak payah di minta, ilmu tersebut akan di kongsi dengan rakan rakan yang lain. Suami kepada seorang ustazah, Ustazah Zaleha, juga seorang pendengar yang baik. Semasa bersantai dengan rakan rakan, beliau akan mengingatkan semula hadith hadith yang di baca oleh Ustas yang menyampaikan kuliah mingguan atau pun yang di baca oleh ahli-ahli  tabligh sebagai taskirah selepas fardhu magrib, Isyak dan Subuh.

Mempunyai suara yang merdu juga sebagai pelupor dan mengetuai kumpulan Berzanzi yang semakin hilang dek zaman. Alunan azan beliau agak tersendiri jika di bandingkan dengan muazim yang lain. Lagu yang tidak boleh di dengar di corong radio dan tv. Tidak bergiat dengan mana mana parti politik sudah tentu beliau mempunyai sikap yang neutral dalam semua hal. Mempunyai pekerti yang baik dari itu pemilihan yang di buat oleh jawatankuasa Badan Tadbir Surau Al Muhajirin keatas beliau adalah tepat.

Mengimbas panduan dari Tuan Haji Mohd Sulur untuk menghafaz ayat  ayat Quran, ayat tersebut hendaklah di baca berulang ulang sekurang kurangnya 40 kali. Di sini saya telah temui web Tanzil.net yang memberi kemudahan membaca Al Quran sambil mengulangi ayat ayat tersebut berulang ulang mengikut pilihan sendiri.
  1. Software yang ringan dan di gunakan secara online
  2. Boleh memilih Qari yang bacaan laju saperti Qari Maher Al-Muaiqly; sederhana Qari Misyari-Al Afasy dan perlahan dari qari qari yang lebih tua.
  3. Ayat boleh di terjemah ke bahasa Melayu.
  4. Ayat boleh di baca secara terus, di ulang dari sekali hingga 9 kali atau di ulang secara infiniti.
  5. Mudah memilih surah dan ayat. Boleh juga memilih secara klik ke ayat tersebut.
  6. Software juga boleh di install ke dalam komputer. Setakat yang telah di cuba tidak berapa lancar.
  7. Walau bagaimana pun tulisan tidak sepenuhnya mengikut resam Uthmani. Di cadangkan supaya menyemak terus dari Quran atau membuka web Quran yang lain yang banyak di website.
sila lawati; Tanzil.net.

-agbr 

No comments:

Post a Comment