Saturday, June 25, 2011

Ruyati Satubi Selamat Menjalani Hukuman.


Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi pada Sabtu 18 Jun 2011 yang lalu. Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Semuga Allah mengampunkan dosa dosanya yang lalu dan kematian beliau kekal di dalam iman. Al Fatiha.

Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.





RUYATI SATUBI


JAKARTA - Kerajaan Arab Saudi memohon maaf berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang pekerja wanita Indonesia yang dipancung di Makkah, minggu lalu.  Media Indonesia melaporkan, Duta Arab Saudi di Jakarta, Mohammad Amin Al Khayyat memohon maaf bagi pihak negaranya kerana tidak memaklumkan mengenai waktu perlaksanaan hukuman itu kepada Jakarta semasa mengadakan pertemuan de-ngan Kementerian Luar Indonesia, kelmarin. Indonesia, minggu lalu membantah hukuman itu dan meminta pekerja negara itu diberi pelindungan lebih baik di Arab Saudi. Selain itu, kerajaan Indonesia juga meminta Arab Saudi memulangkan mayat wanita itu ke negara asalnya untuk pengebumian. Kelmarin, Parlimen Indonesia menggesa kerajaan berhenti menghantar pekerja ke Timur Tengah terutama Arab Saudi selepas pembantu rumah Indonesia, Ruyati Sapubi, 54, dipancung kerana membunuh majikannya menggunakan pisau pemotong daging selepas tidak dibenarkan pulang ke Indonesia. Kebanyakan Ahli Parlimen menegaskan Arab Saudi tidak patut mendapat faedah buruh murah Indonesia sehingga Riyadh bersetuju melindungi hak asasi pekerja tersebut.
Sumber: Hok Sengoti
Di Petik oleh: agbr

No comments:

Post a Comment