Thursday, February 12, 2009

KOPERASI MASJID AL-MUHAJIRIN DITUBUHKAN

Sejarah baru tercipta apabila Koperasi Al-Muhajirin Taman Yayasan Berhad secara rasminya ditubuhkan pada hari ini 12 Feb 2009. Taklimat drp pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Segamat memberi makna besar kepada kelangsungan sebuah badan untuk mengendalikan ekonomi penduduk sekitar, khasnya ahli dan anggota.

Mereka yang terpilih sebagai Lembaga Pengarah ialah; Haji Ramlee bin Ramlan, En Ghani Rahmat, Hj Manan Atan, Haji Norasyikin Mohd, Hj Jaafar Ahmad, Hj Ismail Tarmudi, Hj Daud, Haji Mohd Nor dan Haji Yusof Embut. Semoga semua LP ini akan memberi momentum awal ke arah menggerakkan koperasi kita..

Selamat menjalankan tugas..

Antara jemaah yang turut hadir

Ustaz Ahmad Nawawi mempengerusikan mesyuarat

Anrata wanita yang turut hadir



1 comment:

  1. Eee...ramainya....Seramai majlis ceramah Maulud Nabi. Ini menandakan penubuhan kopeasi ini mendapat perhatian penduduk. Bukan senang nak kumpul penduduk seramai itu.Trend pemilihan juga ada sedikit perubahan. Banyak nama-nama baru yang masuk. Ahli jawatankuasa surau boleh di bilang jari. Mungkin "bakal anggota" di pengaruhi cadangan Tuan Pengerusi Badan Tadbir Surau Tuan Haji Ramlee Ramlan supaya memilih nama nama lain kerana tidak mahu sikap monopoly kuasa atau giler kuasa.

    Barisan LP juga boleh tahan. Boleh di katakan Boss kesemuanya. Hj Manan, Hj Md Nor, En Hamzah memang datang dari sektor Peladangan. Hj Jaafar (Ahli Majlis Daerah) dan Hj Daud dari Jabatan Penerangan. Dah boleh buat marketing. Hj Norasyikin, Hj Ismail Tarmudi yang di ketuai Hj Yusof Embut dari bidang Pendidikan. Koperasi, dah biasalah tu. Nak buat projek consultation dan training kepada peladang bisa di atur. Mereka boleh bercakap lebih baik dari peladang sendiri. Tuan Pengerusi Badan Tadbir surau masih lagi berkecimpong dengan koperasi sejak 15 tahun yang lalu. Masih memeggang jawatan Politik dan ketua masyarakat. Tentu banyak pengalaman yang boleh di kongsi.

    Yang masih saya tidak faham, kenapa tiada perlantikan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari? Walaupun di peringkat penaja. Lepas ini siapa yang panggil mesyuarat? Maaf, saya tidak biasa dengan koperasi. Tenggok-tenggok macam dah boleh buat kabinet bayangan. Sakit juga kepala nanti nak pilih ketua kerana semuanya ketua.

    Ghani - Dah tenggok semua orangnya besar besar, terasa diri makin kecil

    ReplyDelete