Monday, March 9, 2009

MASJID AL-RAHMAN, KUALA LUMPUR

Lama saya tidak datang ke masjid ini, masjid di pintu masuk Univ Malaya tempat orang bijak pandai beribadah dan bermasyarakat. Jumaat lalu (6 Mac) ketika berhenti solat Jumaat, ada banyak perkara yang menarik. Gerai-gerai jualan banyak beroperasi di belakang masjid. Pelbagai jualan disediakan terutamanya makanan (nasi biryani, lauk pauk), gerai baju, gerai CD, buaha-buahan, malah alatan hardwear (alatan dapur) ada dijual..

Bila pula surau kita (Al-Muhajirin) akan dapat membuka gerai jualan seperti ini? Mungkin menantikan Koperasi yang boleh beroperasi..

Kuliah Jumaat -sebelum masuk waktu- turut diadakan. Ceramahnya hanya biasa-biasa tapi sentuhannya menyengat juga. Ada elemen politik, ada fakta agama, ada sejarah dan iktibar kepada jemaah..

Khutbahnya pula disampaikan dalam bentuk multimedia yang membuat ringkasan daripada setiap kalimah yang diucapkan oleh khabtib.. Saya percaya ia disediakan oleh pihak berkuasa agama (Majlis Agama Islam Wilayah) dengan teks dan khutbahnya seiring.

Selepas solat, ada pula kempen Mansuhkan Pengajaran Bhs Inggeris Mat Sains diadakan diperkarangan masjid dan ramai yang melihat dan ada yang sekadar beredar..

Apa yang boleh dilihat ialah senario KL jauh berbeza dengan Segamat. Di KL isu-isu politik begitu kuat melanda, keterbukaan orang ramai menerima atau menolak sesuatu isu, menjadi pilihan masing-masing, perubahan arus pemikiran perdana ketara terserlah, berbanding Segamat yang kelihatan sepi dan tiada apa riaknya..

Sememangnya apa pun perubahan, ia bermula di bandar. Islam tertegak sebagai negara pada hayat Rasulullah di sebuah bandar, Yathrib yang ditukarkan namanya menjadi Madinah (civiliz), sedangkan desa akan menurut sahaja perkembangan dan perubahan dari bandar itu.

Cuma jarak perubahan antara desa dan bandar besar agak luas dan jurangnya terpisah. Perkara ini menjadikan gerakan perubahan itu tidak mendapat sokongan meluas dan itulah yang terjadi dalam senario kita di Malaysia. Ringkasnya dakwah perlu diperkasakan dalam seluruh sudut desa dan bandar, tanpa dibatasi sempadan lagi.

No comments:

Post a Comment