Sunday, March 8, 2009

Mesyuarat Agong PYWTY F1, Kali ke 9

Mesyuarat Agong Perkumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan Fasa 1, Kali Ke 9.

Taman Yayasan, 7 Mac 2009 - Telah 5 tahun saya bersama sama membantu Mesyuarat Agong ini dengan menyediakan kemudahan audio. Sedikit sebanyak dapat juga memahami masalah mereka. Dari itu, saya tidak begitu asing atau janggal dengan mereka. Telah tiga tahun, saya di berikan cenderahati khas setaraf dengan Ahli Jawatankuasa yang lain. Dalam 2 tahun ini pula, saya pula di jemput untuk menyampaikan ucapan penangguhan. Biasanya, orang lelaki akan beranggapan mereka tidak perlu ada pada majlis majlis isteri mereka. Bagi saya, kita patut ada bagi memberi bantuan yang seadanya.

Mesyuarat di mulakan Ucapan Pengerusi Perkumpulan, Puan Hajah Rafeah Jaafar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang di berikan dan memohon maaf kepada ahli di atas kesilapan yang beliau lakukan sebagai Pengerusi Perkumpulan ini selama 3 penggal. Hari ini adalah hari yang baik untuk ahli menukar pemimpin jika ahli ahli mahukan pembaharuan dan perubahan didalam corak kepimpinan perkumpulan itu. Beliau juga mengajak ahli ke kelas KEMAS yang di anjur kan oleh perkumpulan itu dengan yuran RM 30 setahun pada setiap hari Isnin dan merasa kecewa kerana sambutannya sedikit dingin.

Dalam ucapan perasmian, Ustazah Salmah Abd. Rahman, beranggapan bahawa usia 9 tahun telah di anggap baligh. Ustazah menyeru supaya tindakan serta kegiatan dapat di pertingkatkan lagi dan meninggalkan sikap merajuk dan lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan oleh ahli ahli. Menegur kerana ada segelintir ahli mengutamakan perkara yang kurang penting di luar Taman dengan meninggalkan kegiatan di Taman sendiri kecuali ia terlibat sebagai tunggak di dalam majlis tersebut. Beliau juga menyarankan supaya menarik lebih ramai ahli dan mengajak mereka yang tidak ahli ke majlis Yasin dan tahlil dan majlis perjumpaan yang lain. Mudah mudahan dengan cara itu mereka akan berminat menyertai perkumpulan tersebut. Ustazah juga menasihati ahli supaya mengamalkan nasihat berhemah supaya ahli yang lain tidak tersentuh hati dan mengasingkan diri kemudiannya. Menasihati supaya ahli menyiasat punca ahli ahli yang telah lama tidak hadir dalam mana mana majlis yang di atur dan tidak membatalkan keahlian sewenang wenangnya. Mana tahu ada yang uzur syarie tambah beliau lagi.

Dalam pelantikan semua jawatan tunggak masih di kekalkan muka muka lama secara sebulat suara. Pemilihan berjalan dengan pantas, cadang, sokong dan tutup. Dari itu jelas bahawa perkumpulan ini telah menjalankan kerja kerja mereka dengan telus dan di terima dengan senang hati oleh ahli ahli.

Pengerusi : Puan Hajjah Rafeah Jaafar

Naib Pengerusi: : Puan Azidah Mahat

Setiausaha : Puan Hasnah Wakijoh

Naib Setiausaha : Puan Hajjah Khalipah Bte Salleh

Bendari : Puan Zaliha Jaafar

Juru odit : Puan Hanifah Mohammad; Puan Maramah Misri

Jawatan Kuasa: Puan Hajjah Siti Fatimah Md Said; Puan Hafidah Dini; Puan Hajjah Rahmah Long; Puan Hajjah Halidah Othman; Puan Noraisah Hairon; Puan Rohani Mohammad Nafis; Puan Salamah Md Nor; Puan Noraini Othman; Puan Nihla Faridah Alijuddin. Pelantikan ajk berdasarkan kepada zon penduduk.

Seramai 35 ahli yang hadir dari 68 orang jumlah ahli keseluruhan. Ini juga bersamaan dengan jumlah yang hadir pada setiap majlis majlis Yasin. Dari jumlah kehadiran ahli dan suasana pemilihan, menunjokkan bahawa tujuan ahli menyertai kumpulan ini sekadar bermasyarakat dan mereka tidak mempunyai agenda lain yang tersembunyi.

Ghani: Saya cadangkan supaya perkumpulan seumpama ini di daftarkan ke "Pendaftar Pertubuhan" supaya mereka boleh berurusan dengan mana mana pehak dengan lebih teratur.


Barisan AJK dan ahli yang hadir


Terima kasih.

Ala, tapis aje, tak nak lah aku.............

2 comments:

  1. mesranye m.cik2 kat taman yayasan nie...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak ada gaduh masa ambil hadiah.Tak ada pilih-pilih hadiah.

    ReplyDelete