Wednesday, January 26, 2011

KULIAH TTG SOLAT

Ustaz Zainuddin yang kembali memulakan kelas pengajian fiqh tahun ini, membuka bicara tentang solat. Banyak perkara praktikal solat yang dibincangkan dan ramai jemaah yang memberi respond.

Oleh kerana kelas pengajian ini nampak kritikal; kalau dibiar lama, nanti terlupa pula, lalu Ustaz Zainuddin bersetuju untuk mengadakan kelas ini dengan lebih kerap. Malam tadi satu kelas tambahan diadakan.

Dan akan menyusul pula kuliahnya pada hari Jumaat malam Sabtu ini (28 Jan 2011). Diharapkan ahli jemaah dapat datang mengikuti pengajian yang menarik dan bersahaja.

Terima kasih Ustaz Z.. (they are so happy with u)

3 comments:

  1. Salam,
    Harap pihak pentadbir masjid dapat menasihatkan para kanak-kanak dan remaja yang terlalu membuat bising semasa solat Jumaat hingga mengganggu jemaah lain yg ingin mendengar khutbah. Sudah sekian lama saya perhatikan perkara ni. tp tiada sebarang reaksi dr pihak masjid. Sekurang-kurangnya berilah peluang kepada mereka yg betul2 ingin bersembahyang memenuhi ruang dalam masjid daripada dipenuhi dengan remaja yg saya sudah besar panjang tetapi masih tidak ada adab sopannya lagi..Sekiranya masih tiada lagi tindakan mungkin saya akan adukan pula pada pihak atasan yang berwajib.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih atas komentar yang diberi. Syukur di atas keprihatinan sdr terhadap apa yang berlaku di surau kita. Itu tandanya sdr seorang yang cukup bertanggungjawab. Terima kasih.

    Dalam soal kebisingan, kita tiada polis atau jawatankuasa khas yang memantau hal ini. MEmang kita ada noja dan AJK, namun keterbatasan tugas mereka untuk memantau semua keadaan adalah sukar.

    Surau ini adalah surau kita. dalam apa jua hal, marilah sama-sama kita bendung. DI atas mimbar selalu saya seru supaya anak-anak tidak bising dan berjemaah sama-sama. Namun di bawah sana, marilah kita bersama-sama juga menegur dan membimbing anak-anak kita yang kelihatan 'salah' pada kelakuan mereka.

    Pada saya, kita tidak mahu menyalahkan anak-anak, kerana itulah karenah yang dikatakan anak-anak. Mereka perlukan teguran dan bimbingan berterusan. usah disalahkan anak, salahkan pada kebisingan mereka. Tegurlah dan bantulah surau dalam hal ini agar kita lebih selesa beribadah.

    Tidak ada salahnya jika saudara kemukakan perkara ini ke pihak atasan. Namun adakah itu langkah terbaik? Diibaratkan, anak-anak di dalam rumah kita sendiri membuat bising, lalu kita pun adukan perkara ini kepada polis.. Saya kira pihak polis akan datang juga memberi nasihat kepada anak-anak kita dan kepada kita juga.

    Wallahuaklam dan terima kasih. Mohon maaf atas penjelasan yang tidak elok di sini.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas teguran tersebut. Kami akan bincang sekali lagi dalam mesyuarat j/kuasa kelak. Saperti jawapan dari ANY, masyarakat juga kena bersama sama membantu membimbing anak anak kita semua.

    ReplyDelete