Tuesday, January 20, 2009

BERAPA CEPAT BERITA DISAMPAI DI TY?

Petang semalam; 20 Jan 18:32, rakan saya Cikgu Ramlee menghantarkan SMS; "Hj Hasan noja kemalangan sekarng kat hospital Segamat, keadaan belum pasti." Berita ini gempar dan penting kepada kami yang telah lama berkawan di surau.

En Ghani yang mendapat jolokan CNN Taman Yayasan akan memajukan SMS yang sama kepada semua rakan-rakan dalam folder 'surau'-nya. Dan berita ini sampai ke pengetahuan hampir 30 jemaah surau dan ternyata kaedah ini amat membantu kami melicinkan perkhabaran dan berita semasa. Cumanya, tak tahulah berapa En Ghani membayar bilnya untuk menjadi sumber informasi segera seperti ini. Saya kira dia tidak pernah memikirkan soal bayaran bil hp-nya. Ternyata ia amat berkesan.

Namun apa terjadi apabila berita itu tidak benar?

Itu yang terjadi semalam. Haji Hasan lain yang terlibat, bukannya Haji Hasan noja. Ada yang lebih pantas bertindak seperti En Ghani telahpun bergerak menuju ke hospital sampai ke Tahang Rimau.. sebelum berita sebenarnya diperoleh.

Berapa cepat berita seperti ini boleh tersebar?

2 comments:

  1. Urutan Peristiwa.

    Bilai Hj Ismail Tarmudi> Kesilapan yang tidak memudaratkan tetapi sebaliknya bagaimana sistem maklumat beredar dan disampaikan antara jemaah dengan pantas merupakan yang terbaik.

    Hj Ali> Inalillahi wainalillahi rajiun. Alhamdullilah.

    Tuan Hj Ramlee> Maaf saya, Hjh Salmah call dan bila minta pastikan dia kata Hj Hassan noja. Tapi lepas 20 minit dia maklomkan tersalah orang. Dia mohon maaf.

    Ghani> Saya Ghani Mitsumi

    Hj Hassan Jakirin> Saya tak ingat, awak ni siapa. Maklum dah tua

    Hj Ismail Ghani> Ok, mudah-mudah semuanya sehat dan selamat.

    Ghani> Cigu Samid, Tn Hj Ramlee dapat salah informasi. Saya sendiri dah meluru pergi hospital. Saya dah sampai Tahang Rimau.

    Cikgu Samid> Buat terperanjat juga

    Ghani>Maaf, Hj Hassan Tahan Rimau. Hj Hassan Noja sihat.

    Bilal Hj Ismail Tarmudi>Semoga beliau selamat dan segera sihat saperti biasa.

    Ghani>Saya buat tinjauan di hospital

    Hjh Rafeah> Kemalangan dengan apa?

    Hj Toha> Kemalangan di mana dengan apa?

    Tuan Hj Ramlee> Hj Hassan noja kemalangan sekarang dekat hospital Segamat. Keadaan belum pasti.

    ReplyDelete
  2. Sedangkan CNN, Al-Jazeera, RTM dan TV3 buat laporan yang salah....inikan pula kita. Keprihatinan kita adalah yang utama.

    ReplyDelete