Wednesday, February 4, 2009

GANGGUAN KETIKA SOLAT: HANDPHONE

Apabila berlakunya gangguan ketika solat, kita wajib menegah atau memberhentikan gangguan itu. Contohnya; jika ada orang yang ingin melintasi tempat sujud ketika sedang solat, maka kita - orang yang sedang solat- boleh merentangkan tangan dan menghalangnya. Jika dia enggan juga, maka boleh ditumbuk bagi menahan melintasi kita yang sedang solat. Adakah terbatal solat? Tidak terbatal solat kerana perbuatan itu termasuk dalam menjaga kesucian solat.

Jika begitu keadaannya, bagaimana pula apabila handset kita berbunyi ketika sedang solat? Jika dahulu bunyian hand set sekadar deringan atau runut yang biasa-biasa, tetapi hari ini runutnya pelbagai. Yang tak sedapnya bunyi runut lagu Mariah Carry berkumandang ketika berjemaah solat. Apa sudah jadi? Khusuk? Minta maaflah, tiada seorangpun yang dapat khusuk kalau dah lagu berbagai-bagai rentak mengganggu solat.

Gangguan hand set ketika solat wajib dan perlu dihentikan. Langkah paling tepat ialah mematikan hand set ketika masuk ke masjid atau ketika hendak menunaikan solat. Tetapi jika terlupa, dan bunyinya berdering ketika solat, anda perlu mematikan hand set itu segera.

Bagaimana mahu mematikan hand set sedangkan anda sedang solat? Jawapnya ialah boleh menggunakan sebelah tangan atau kedua belah tangan jika perlu bagi mematikannya. Anda jangan berasa janggal atau takut terbatal solat walaupun gerakannya mungkin lebih daripada tiga kali, kerana perlakuan berkenaan adalah untuk menghalang gangguan ketika solat. Bayangkan jika orang yang hendak melintasi di hadapan solat, anda boleh menahan dan memberhentikannya dengan tangan, inikan pula sekadar mengeluarkan hand set dari kocek dan mematikannya. Maka tentunya ia jauh lebih daripada boleh.

Oleh itu, pastikan kita tahu bagaimana pentingnya kita menghentikan sebarang gangguan ketika solat, apatah lagi solat berjemaah.

1 comment:

  1. Takde poster larangan talifon atau imam tolonglah ingatkan. Kadang-kadang dah takbir baru ingat talifon belum matikan.
    Separuh masjid ada running screen led menginggatkan jamaah.

    ReplyDelete