Wednesday, February 4, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI AL-MUHAJIRIN

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telahpun meluluskan penubuhan Koperasi Al-Muhajirin; sebagai koperasi berdaftar untuk Surau Al-Muhajirin. Mesyuarat dan taklimat penubuhan koperasi berkenaan akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 12 Februari 2009 (Khamis malam Jumaat)
Jam: Selepasa solat Isya
Tempat: Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan
Perasmi: Pegawai Koperasi Daerah Segamat
Kehadiran: Terbuka kepada semua jemaah dan penduduk Taman Yayasan, Taman Segamat Jaya, Astaka Jaya dan kawasan sekitarnya (daerah Segamat)

Ini adalah satu-satunya koperasi yang diluluskan di daerah ini di bawah kendalian surau.

Oleh itu, tuan puan dijemput hadir pada majlis berkenaan bagi kita mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Koperasi Al-Muhajirin, Taman Yayasan.

Pastikan tuan puan dapat meluangkan masa untuk memajukan ekonomi umat Islam.

3 comments:

  1. Matlamat tu baik, perlaksanaan susah nak cari yang boleh di banggakan. Lepas 3 tahun hanya tinggal papan signboard

    ReplyDelete
  2. Mencuba untuk hidup lebih baik dari hidup untuk mencuba.Kita telah diberi peluang, laksanakan.InsyaAllah. Kita perlu bersikap optimistik

    ReplyDelete
  3. Insyallah, barisan Lembaga Pengarah yang di lantik kebanyakkannya terdiri dari bekas Pentadbir dalam kerjaya mereka masing masing dan berwibawa. Saya yakin mereka akan membawa surau ini sekali lagi ke mercu kecemerlangan.

    Ghani: Ada dua mesti ada tiga.

    ReplyDelete