Monday, February 23, 2009

PAK ENAL MASUK HOSPITAL

En Zainal, pesara TNB dimasukkan ke hospital Pakar Putra di Melaka akibat komplikasi jantung sejak 22 Feb 09 lalu. Doakan semoga beliau cepat pulih dan mendapat rawatan sebaiknya daripada pihak berkenaan..

Kita yang sihat, bersyukurlah dan jaga pemakanan yang baik...

Sekarang ni hampir setiap malam selepas Maghrib di meja bulat tepi surau selain berborak-borak, dihidangkan pula jamuan ringan (mi goreng, kouteow goreng dan kopi pekat) hasil sumbagan jemaah yang berminat... Begitulah ragamnya kami di surau TY.. yang tak sedapnya, Pak Enal malam sebelum dia kena sakit, dikatakan minum kopi Radix sampai dua cawan... itu sekadar hendak dijadikan sebab dan penyebab...

Wallahuaklam..

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bila dah duduk ramai ramai sambil bergurau senda kadang kadang terlupa yang kita telah berusia. Apatah lagi ada cabar mencabar dari rakan rakan.
    Itu lah cara kita mengurangkan stress. Stress adalah gejala yang teruk kepada kesihatan. Takpelah, kalau tak minum kopi pun mungkin di sebabkan makanan yang lain. Bak kata pepatah; Retak menunggu belah.....

    ReplyDelete
  3. Ada sesiapa pergi ziarah? bagaimana dengan perkembangan En Zainal?

    ReplyDelete