Monday, January 17, 2011

Cikgu Samid Kirim Salam Kepada semua.

Assalamualaikum,

Cikgu Samid Rashidi kirim salam kepada semua kariah Surau Al Muhajirin. Beliau rindu dan memohon doa semuga kembali sihat dan dapat bergiat semula sebagaimana biasa. Malam Jumaat adalah malam yang paling beliau begitu terasa kerana pada setiap malam itu, tergiang giang ingatan berkumpul bersama sama jemaah dan melakukan pembersihan untuk persediaan fardhu Jumaat untuk hari esoknya. Pada setiap pagi Isnin pula persiapan awal minggu untuk ke sekolah bagi mendidik anak yang bakal membena negara tercinta.

agbr47: Semuga Allah memperkenankan doa kita semua. Jika tuan/puan sudi membuat komen di bawah, saya akan ajukan semua komen tuan/puan kepada beliau kelak. Sila masukan nickname supaya pengirim di kenali.

8 comments:

  1. Moga Cikgu Samid tabah dan terus mendapat rawatan. Moga cepat sembuh dan dapat kembali bersama-sama kami di surau TY. Saya telefonnya tadi dan dia kini menjalani rawatan terapi secara intensif. Moga ia berjaya.

    *Maaf cikgu, kami kadang kala terlupa rakan kami yang sedang sakit spt ini. Malam ini kita solat hajat ramai-ramai utk kesejahteraan Cikgu.

    ReplyDelete
  2. saya sangat terharu mendapat tahu cik gu sakit,walau bagaimana pun kuat kan semangat kalau boleh cuba berubat cara lain pula.dan sya mengharapkan cik gu cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya doakan cik gu sekeluarga tabah. Kami penduduk taman yayasan mendoakan cik gu cepat sembuh.

    nett.

    ReplyDelete
  4. Saya dan rakan dari kumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan 1 mendoakan semoga Cikgu Samid cepat sembuh dan SALAM untuk Baniah.

    ReplyDelete
  5. Imam Samsuri melalui smsJanuary 18, 2011 at 6:50 PM

    Kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan cigu Samid segera sembuh.

    ReplyDelete
  6. En Jamaluddin Bohari melalui smsJanuary 18, 2011 at 6:52 PM

    Didoakan semoga cikgu Samid mendapat semula kesihatan dan kesejahteraan yang terbaik dengan izin Nya. Amin.

    ReplyDelete
  7. Hajjah Rafeah melalui telefonJanuary 18, 2011 at 6:58 PM

    Semoga Surau Al Muhajirin melakukan solat hajat tiga kali berturut turut. Pernah berlaku pada seorang hamba Allah yang memohon Masjid Jamek Segamat melakukan solat hajat untuknya. Dengan izin Allah dia sembuh.

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh cikgu samid :'), saye doakan cikgu.

    ReplyDelete