Thursday, January 29, 2009

MASJID PUTRAJAYA YANG HEBAT..

Assalamuailaikum,
Ruginya saya tidak bepeluang menghadiri semua majlis yang berlangsung. Saya menziarahi anak saya Nurul di Damasara, Selangor. Dulu, dia agak keberatan jika saya sekeluarga bermalam di rumahya. Maklumlah, pada masa itu rumah berkongsi dengan rakan-rakan. Sekarang, semua dia telefon; emak, adik-adik di sms supaya kami datang ke rumahnya. Tapi yang nyata saya bakal mendapat cucu. Hadiah untuk hari pesaraan saya agaknya.
Balik, saya singgah ke Putrajaya. Hazwani pernah ke sana semasa bayi dahulu. Ini bermakna kali akhir saya ke sana 10 tahun yang lalu. Sempat ziarah ke Masjid Putrajaya.10 tahun hingga sekarang masjid masih belum siap di ubah suai? Tidak ada nampak apa yang berbeza sangat. Yang jelas, besi scafold yang berselerak di tepi masjid dan lantai yang berdebu di sana sini.Masalah betullah orang Melayu. Kalau tak jadi kontraktor, jaga kontraktor. Dua-dua tak boleh buat.
Masjid yang dikunjungi pelancong ratusan orang setiap hari, rupa dia macam itu?Dah tau nak cuti, bersihkanlah dulu lantai dan sisa kerja. Karpet dah begitu buruk dan berdebu. Tempat mengambil wuduk jauh di hadapan, berhampiran pintu masuk. Kaki basah dari air wuduk terus pijak lantai yang berdebu dan masuk ke dewan masjid. Mana tak buruk rupa karpet? Kalau nak kira karpet surau TY jauh lebih bersih dari Masjid Putrajaya. Kena eksport Hj Hassan ke sana.
Saya dapati "jaga" di mana-mana pun sama. Saya dah bosan mengawal jaga. Kalau pandai kerja, memang tak jadi "jaga". Mereka berkumpul sesama mereka. "Jaga" ada yang tak sampai darjah 6 pun. Macam mana nak kawal pelancong? Tengok pelancong dia dah takut. Kalau pelancong tanya apa dia nak jawab? Kalau berlaku masalah jawapan standard dah ada. "Saya tak nampak" atau "saya buang air". Walaupun kita tau dia ada di situ.Pelancong berkeliaran, posting pada lantai yang berdebu dan selerakkan scafolder dan kanvas yang menutupi sebahagian projek. Ada pelancong yang memakai kasut di kawasan yang tidak boleh mengunakan kasut. saya sendiri terpaksa mengejar pelancong dan memberikan nasihat supaya dia keluar dari kawasan tersebut.
Lantai kawasan yang tidak berbumbung telah diselaputi lumut hitam bercapuk di sana sini.Tidak jelas peranan "wanita berjubah" dengan muka yang boleh menghilangkan selera makan. Tengah merenung masa depan, kot. Adakah cukup sekadar menjaga pelancong tidak masuk ke dewan sembahyang?Siapa yang menyambut tetamu? Siapa yang memberikan penjelasan tentang masjid, sejarah dan keunikannya?Ada juga pemandu syarikat pelancong yang memberi penjelasan kepada ahli rombongan mereka. Saya tak tahu apa yang dia beri tahu. Saya tak faham bahasa dia. Adakah pemandu pelancong yang bukan Islam lebih tahu tentang Masjid Putrajaya dari petugas-petugas masjid itu sendiri. Atau mereka sedang mengutuk masjid kebanggan rakyat Malaysia.
Pak Lah tak pergi ke ke masjid tu. Atau bisa tenggal biasa? Tolonglah, hentikan pelancong dari melawat masjid itu. Kerana masjid itu hanya layak dilawati kami yang datang dari ceruk kampung. Atau belajar dahulu membuat maintenance.Saya keluar dari masjid dengan penuh geram...
(Luahan rasa En Ghani)

2 comments:

  1. Terima kasih Ust di atas teguran.

    Tapi tak semua masjid seperti itu. 2 tahun yang lalu, saya ziarah masjid Shah Alam. Petugas lengkap berbaju melayu. Mereka bangun berdiri ketika saya menghampiri mereka dan memberi salam. Mereka memandu arah tempat wuduk dan dewan sembahyang. Ada juga pam-plet berhubung masjid di sediakan. Mungkin sultan selalu ke masjid itu kot.
    Berhubung ejaan, apa dah tukar-tukar "u" dengan "o" ke? Inilah masalahnya kalau ejaan di tukar-tukar.

    Sebab:
    Saya telah didik dengan ejaan seperti itu sejak darjah 1 hingga tingkatan 3. Saya aliran Inggeris. Teks dan nota pula semuanya dalam bahasa Inggeris.Ada yang dah masuk dan ada yang masih belum masuk. "Sh" saya dah tukar kepada "sy". "Ch" saya dah buang "h". "U" dengan "O" masih belum nampak. "Seperti" kadang-kadang "se" selalunya "sa". Di tempat kerja, kalau ada apa-apa yang perlu saya tulis surat atau presentation dalam Bahasa Malaysia, saya minta pekerja saya semak dulu.

    Tindakan:
    Tidak membuat komen atau post secara terus dari blog sebaliknya mengunakan "yahoo email" untuk semak komen atau post. Yahoo email ada kemudahan memeriksa ejaan.
    Selepas di periksa oleh yahoo email baru cut/paste komen/post ke blog sebelum di hantar.

    Komen ini telah di semak ejaannya oleh Yahoo email. Boleh tahan, banyak salah

    ReplyDelete
  2. Belajar dari kesalahan lebih baik dari membuat kesalahan atas apa yang telah selalu diajar.

    ReplyDelete