Wednesday, January 28, 2009

TAHUN BARU CINA 26 JAN 09, SOLAT GERHANA

Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikannya.
Pada 26 Jan 2008, ada 4 program melibatkan jemaah surau.
Pada jam 12 kami dijemput bertahlil di rumah Cikgu Zafizan di Astaka Jaya. Alhamdulillah ada juga jemaah surau yang hadir maklumlah apabila kenduri dibuat pada siang hari, tak ramai yang akan hadir.

Seusai majlis kami ke surau solat Zohor dan terus ke majlis tahlil dan berzanji di rumah Puan Syarifah selorong dengan rumah ustaz Nawawi. Makan lagi.

Sementara itu, Kumpulan Yasin Wanita TY 2 pula menghadiri majlis yasin/ khatam quran di rumah Cikgu Mazlan, dan majlis dipimpim Ustazah Uda (Pn Rosnah)

Sekali lagi kami berkumpul solat Asar dan solat gerhana matahari di surau. Us Nawawi mengimamkan solat gerhana dan berkhutbah. Dia tidak pandai membaca teks, tetapi bolehlah berkhutbah...Selesai solat, kami menyaksikan sebahagian lagi keajaiban alam; fenomena gerhana matahari. Walaupun sedikit sahaja sentuhan bulan melindungi matahari, ia cukup mengingatkan kita kepada kebesaran Allah. Saya pernah mengikuti gerhana penuh semasa di Kudat, Sabah dalam tahun-tahun 1998 dahulu.. Subhanallah, taajub.

Jiran cina di tepi surau pula menjemput kami ke rumahnya; ada open house raya cina.. Alhamdulillah, makan lagi dan kami bertuah kerana berjiran keluarga cina yang baik hati...

4 comments:

  1. Assalamuailaikum,
    Ruginya saya tidak bepeluang menghadiri semua majlis yang berlangsung. Saya menziarahi anak saya Nurul di Damasara, Selangor. Dulu, dia agak keberatan jika saya sekeluarga bermalam di rumah dia. Maklumlah, pada masa itu rumah berkongsi dengan rakan-rakan. Sekarang, semua dia telefon, emak, adik-adik di sms supaya kami datang kerumahnya. Tapi yang nyata saya bakal mendapat cucu. Hadiah untok hari pesaraan saya agaknya.

    Balik, saya singgah ke Putrajaya. Hazwani pernah kesana semasa bayi dahulu. Ini bermakna kali akhir saya ke sana 10 tahun yang lalu. Sempat ziarah ke Masjid Putrajaya.

    10 tahun hingga sekarang masjid masih belum siap di ubah suai? Tidak ada nampak apa yang berbedza sangat. Yang jelas, besi scafold yang berselerak di tepi masjid dan lantai yang berdebu di sana sini.

    Masallah betullah orang Melayu. Kalau tak jadi kontraktor, jaga kontraktor. Dua-dua tak boleh buat.

    Masjid yang di kunjungi pelancung ratusan orang setiap hari, rupa dia macam itu?

    Dah tau nak cuti, bersihkanlah dulu lantai dan sisa kerja. Karpet dah begitu buruk dan berdebu. Tempat mengambil uduk jauh dihadapan, berhampiran pintu masuk. Kaki basah dari air uduk terus pijak lantai yang berdebu dan masuk kedewan masjid. Mana tak buruk rupa karpet? Kalau nak kira karpet surau TY jauh lebih bersih dari Masjid Putrajaya. Kena eksport Hj Hassan kesana.

    Saya dapati "jaga" di mana-mana pun sama. Saya dah bosan mengawal jaga. Kalau pandai kerja, memang tak jadi "jaga". Mereka berkumpul sesama mereka. "Jaga" ada yang tak sampai darjah 6 pun. Macam mana nak kawal pelancung? Tenggok pelancung dia dah takut. Kalau pelancung tanya apa dia nak jawab? Kalau berlaku masallah jawapan standard dah ada. "Saya tak nampak" atau "saya buang air". Walaupun kita tau dia ada di situ.

    Pelancung berkeliaran, posting pada lantai yang berdebu dan selerakkan scafolder dan kanvas yang menutupi sebahagian projek. Ada pelancung yang memakai kasut di kawasan yang tidak boleh mengunakan kasut. saya sendiri terpaksa mengejar pelancung dan memberikan nasihat supaya dia keluar dari kawasan tersebut.

    Lantai kawasan yang tidak berbumbung telah di selaputi lumut hitam bercapuk di sana sini.

    Tidak jelas peranan "wanita berjubah" dengan muka yang boleh menghilangkan selera makan. Tengah merenung masa depan, kot. Adakah cukup sekadar menjaga pelancung tidak masuk kedewan sembahyang?

    Siapa yang menyambut tetamu? Siapa yang memberikan penjelasan tentang masjid, sejarah dan keunikkannya?

    Ada juga pemandu syarikat pelancung yang memberi penjelasan kepada ahli rombongan mereka. Saya tak tahu apa yang dia beri tahu. Saya tak faham bahasa dia. Adakah pemandu pelancung yang bukan Islam lebih tahu tentang Masjid Putrajaya dari petugas-petugas masjid itu sendiri. Atau mereka sedang mengutuk masjid kebanggan rakyat Malaysia.

    Pak Lah tak pergi ke kemasjid tu. Atau bisa tenggal biasa? Tolonglah, hentikan pelancung dari melawat masjid itu. Kerana masjid itu hanya layak dilawati kami yang datang dari ceruk kampung. Atau belajar dahulu membuat maintenance.

    Saya keluar dari masjid dengan penuh geram.....

    ReplyDelete
  2. betulkan beberapa ejaan;
    pelancong bukan pelancung
    wuduk bukan uduk
    untuk bukan untok
    masalah bukan masallah
    dan lain-lain...

    ReplyDelete
  3. Ejaan tu ikut syllabus Senior Cambridge kot. Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah!

    Allahuakbar!

    Itulah kebesaran Allah yang ditunjukkan kepada hambanya. Selesai solat sunat, kita dapat berkongsi melihat akan fenomena itu yang dijangka berlaku lagi pada Julai 2010. Yang lagi best...Open House rumah depan...Sate ada...Nasi minyak ada...macam-macam ada.

    ReplyDelete