Monday, February 23, 2009

PAK ENAL MASUK HOSPITAL

En Zainal, pesara TNB dimasukkan ke hospital Pakar Putra di Melaka akibat komplikasi jantung sejak 22 Feb 09 lalu. Doakan semoga beliau cepat pulih dan mendapat rawatan sebaiknya daripada pihak berkenaan..

Kita yang sihat, bersyukurlah dan jaga pemakanan yang baik...

Sekarang ni hampir setiap malam selepas Maghrib di meja bulat tepi surau selain berborak-borak, dihidangkan pula jamuan ringan (mi goreng, kouteow goreng dan kopi pekat) hasil sumbagan jemaah yang berminat... Begitulah ragamnya kami di surau TY.. yang tak sedapnya, Pak Enal malam sebelum dia kena sakit, dikatakan minum kopi Radix sampai dua cawan... itu sekadar hendak dijadikan sebab dan penyebab...

Wallahuaklam..

Sunday, February 22, 2009

POLISING COMMUNITY DI TAMAN YAYASAN

COMMUNITY POLISING telahpun ditubuhkan di Taman Yayasan yang dipengerusikan Cikgu Yusof Embut sebagai satu prorgam kerjasama polis dan penduduk setempat bagi membanteras jenayah. Di Taman Yayasan, jenayah pecah rumah, kecurian motorsikal dan ragut antara yang berbanyak dilaporkan.

Sehingga kini, program rondaan malam telah dijalankan di TY dan sambutannya agak menggalakkan walaupun kurang memberangsangkan daripada masyarakat Cina.

Diharapkan program seperti ini mendapat kerjasama semua pihak bagi menentukan kawasan kita selamat dan aman daripada gejala negatif. Dalam satu mesyuarat yang diadakan Sabtu 21 Feb di Hotel VIP (Pelangi), urusetia bersetuju untuk mengadakan hari pelancaran PC di Taman Yayasan. Dijangkakan pada April ini akan dilangsungkan Hari Pelancarannya dengan kerjasama Polis Segamat, MDS, Rukun Tetangga, RELA dan agensi kerajaan lain..

Cumanya tak nampak pula kertas kerja untuk projek sebegini, mungkin SU boleh siapkan satu kertas kerja pelaksanaan kelak...

Monday, February 16, 2009

KEAHLIAN KOPERASI AL-MUHAJIRIN SEDANG DIBUKA

Pada mesyuarat Penajaan Koperasi Al-Muhajirin Taman Yayasan Bhd yang lalu diputuskan keahlian koperasi dibuka kepada semua penduduk dari Taman Yayasan, Astaka Jaya, Segamat Jaya, Sejati Lake Park sahaja buat masa ini. Oleh itu, mereka yang berminat untuk menyertai koperasi ini, dialu-alukan untuk mendaftar dengan membuat pembayaran awal sejumlah RM10.00 sebagai ahli koperasi.

Pendaftaran boleh dilakukan kepada En Idris Tohiran, selaku Bendahari Surau yang buat masa ini menguruskan kutipan yuran keahlian.

Pelaburan RM100 dalam koperasi adalah melayakkan ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi untuk yang berikutnya.

Sehingga kini, Lembaga Pengarah masih belum bermesyuarat lagi, dan perkara ini akan diuruskan segera. Mungkin LP perlu lebih pantas bergerak bagi memastikan perjalanan koperasi berjalan lancar.

Thursday, February 12, 2009

KOPERASI MASJID AL-MUHAJIRIN DITUBUHKAN

Sejarah baru tercipta apabila Koperasi Al-Muhajirin Taman Yayasan Berhad secara rasminya ditubuhkan pada hari ini 12 Feb 2009. Taklimat drp pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Segamat memberi makna besar kepada kelangsungan sebuah badan untuk mengendalikan ekonomi penduduk sekitar, khasnya ahli dan anggota.

Mereka yang terpilih sebagai Lembaga Pengarah ialah; Haji Ramlee bin Ramlan, En Ghani Rahmat, Hj Manan Atan, Haji Norasyikin Mohd, Hj Jaafar Ahmad, Hj Ismail Tarmudi, Hj Daud, Haji Mohd Nor dan Haji Yusof Embut. Semoga semua LP ini akan memberi momentum awal ke arah menggerakkan koperasi kita..

Selamat menjalankan tugas..

Antara jemaah yang turut hadir

Ustaz Ahmad Nawawi mempengerusikan mesyuarat

Anrata wanita yang turut hadir



LAGI FOTO..

Pejabat KabupatenKarimun Kepulauan Riau
Tandas yang bersih di masjid agung, berkolah..
Saya hadiahkan buku Lingkaran Isu dan Buku Travelog Dakwah kepada Imam Besar Masjid Agung Karimun
Masjid Agung Karimun, kelihatan menaranya sedang dalam pembinaan.

BEBERAPA LAGI FOTO MENARIK...

FOTO KAMI DI PULAU KARIMUN

Perjalanan 7 Feb berjalan lancar dengan 7 ahli rombongan ke Pulau Karimun yang berbandarkan Tanjung Balai. Dari Segamat ke Kukup memakan masa 2 jam dan menaiki feri dalam satu jam untuk sampai ke Tanjung Balai. Di sana kami menginap di Hotel Paragon, antara hotel terbaik yang ada.

Ziarah muslim lebih manis apabila kami dapat bertemu imam besar di Masjid Agung Karimun, masjid terbesar yang sedang dalam pembinaan menaranya. Lanskapnya cantik yang terletak di pusat bandar baru sebenarnya.. dan kawasan itu masih lagi belum berpenghuni selain kantor kerajaan semata.

Kami juga berkenalan dengan imam dan jemaah Masjid Raya (Masjid Baitul Rahim) yang terletak di pusat bandar Tjg Balai. Selain membeli belah, dapat juga kami menyaksikan keindahan pantai yang belum terusik, menikmati makanan Minang yang terkenal dan bertemu pegawai dari Universitas Karimun.. Pengalaman ini sungguh luar biasa dan tentunya banyak perkara yang akan dapat dipanjangkan pada masa hadapan.


Di bandar Tjg Balai
Jeti, pelabuhan Tjg Balai
melewati kapal besar, view dari atas feri
Hj Moin, USt, Hj Hasan, Hj Yusof dan Hj Hafiz

Saturday, February 7, 2009

Ustaz Ahmad Nawawi dah kaya

Ikuti kisah rahsia beliau di http://www.ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/. atau klik pautan "Jendela Hati" di side bar. Mudah mudahan Ustaz dapat berkongsi cerita dengan kita.

Ghani- Baru cerita teringin hendak ke Karimun.

Masjid Baitul Rahim, di pusat bandar Tanjung Balai, hanya selangkah dari Hotel Paragon

Bersama Imam Besar Masjid Raya (Baitul Rahim) yang saya tinggalkan sebuah buku kepadanya

Berkesempatan mengunjungi UK setelah bertemu sdr Irwanto

Aku mula rindu pada mu

Sepanjang hayat, aku tidak pernah ke sana. Kerap juga ternampak tanda jalan menuju ke situ. lantas, aku meminta Nurul membawa aku ke sana. Nurul kehairanan dan tanpa banyak soal memusingkan stereng membelok ke situ. Seperti seorang driver melayan perintah bossnya .Satu nama gah yang dikenali oleh pelosok rakyat Malaysia. Nama ini terpahat di kepala sejak aku kecil lagi. Dia ada sejarahnya tersendiri. Aku tanya Nurul, di mana studio dan pemancar radio? "Entah lah ayah, ada di kawasan rumah di sini agaknya", jawab Nurul ringkas.

Nurul teruskan perjalanan. Terdapat rumah tersergam di atas bukit. Wow, besarnya. Walaupun tidak dibina secara rupa bentuk moden cukup membuktikan kemewahan empunya. Bagaikan istana. Jalan dibuat berliku liku melalui taman sebelum sampai ke tangga rumah.

Rumah persekitarannya di diri kan di lereng bukit. Aku tidak pasti status tanah di situ. Hutan nya masih dara. Monyet berpesta di tong sampah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran. Monyet monyet menikmati sisa makanan yang dibuang oleh salah satu rumah yang baru selesai mengadakan majlis perkahwinan di situ.

Aku minta Nurul berhati hati. Terlalu banyak motosikal yang melalui jalan di situ. Kesemuanya memandu laju. Aku beritahu Nurul, kalau di Rengit, Batu Pahat, jika berlaku kemalangan, kenderaan yang melanggar penduduk dianggap bersalah. Walaupun yang melanggar kenderaan itu adalah penduduk. Pemandu akan di bantai dulu.

Tak kira tua, tak kira muda semua pemandu dan pembonceng motosikal tidak mengunakan topi keledar. Mereka juga tidak perlu berhenti di lampu trafik. Walaupun terletak dalam kawasan bandar raya. Saya fikir ini adalah zon eksklusif untuk mereka.
Deretan kedai semua peniaganya Melayu. Dari perniagaan elektrik hinggalah kepada perniagaan makanan. Perniagaan, seperti tiada bantuan dari mana mana pihak. Agak kurang juga bangsa asing yang lalu lalang di situ. Ada satu restoran yang agak unik. Kita biasa melihat R&R di bina di atas jejambat di lebuh raya. Restoran ini pula di bawah jejambat. Satu idea yang menarik. Ada kemudahan api dan air. Sayang, tidak ada pula kawasan parking. Ada juga gedung gedung besar di sana. Semuanya kepunyaan Melayu. Salah satu ialah "Mohfaz", syarikat pengedar kenderaan terbesar di negara ini. Nurul bekerja di sana.

Kawasan penempatan rumah juga tidak ada tanda bangsa asing. Jika di taman ini, di luar rumah sahaja kita boleh kenal samada rumah itu rumah melayu atau cina. Di sana kelihatan semuanya Melayu.

Tengahari, sekali lagi aku ke sana. Menantu kata makanan di restoran di situ sedap. Restoran terletak bersebelahan masjid. Masjid tidaklah begitu besar. Dilengkapi dengan penghawa dingin. Kubahnya di cacatkan dengan pacakkan pacakan alat pemancar komunikasi di sekelilingnya. Menutup lambang kebanggaan Islam. Walaupun ia merupakan sumber pendapatan agaknya. Urus lah dia dengan lebih bijaksana.

Restoran menyediakan kemewahan jenis lauk pauk. Harganya, amat berpatutan. Ada kemudahan WiFi di sediakan. Aku lihat, semua yang makan berpuas hati dengan kenikmatan makanan yang di sajikan. Sekali sekala terdengar jeritan kucing yang terpijak oleh pelanggan.

Sungai Penchala aku mula rindu pada mu. Bila aku akan ke sana lagi?

Ghani- Ada hati juga nak tenggok Pulau Kerimun.

Wednesday, February 4, 2009

Ampunilah dosa dia

Terasa penat betul sepanjang minggu ini. Banyak kerja kerja kilang yang perlu di selesaikan. Minggu lepas, mendapat berita ibu Hasnah demam dan menanggis supaya dia di hantar balik ke kampung. Rindu kepada rumah kata dia. Kakak ipar menghubungi kami dan kami bergegas pulang ke Kampung. Begitulah orang tua. Tidak selesa tinggal lama di rumah anak dan merasakan rumah sendiri adalah syurga untuk dirinya. Kakak ipar dan kami sama sama menuju ke kampung. Saya sampai di Kampong Sawah, Pekan Nenas, Pontian pada pukul 2.00 petang
 
Ibu mertua saya mengikut kakak ipar saya yang tinggal di Linggiu, Kota tinggi sejak selepas majlis perkahwinan anak saya, Nurul. Saya menziarahi ibu mertua saya sehari sebelum Hari Raya Aidiladha yang lalu. Selepas sampai di kampung tidak sangka pula ibu mertua saya setuju untok mengikut saya balik ke Segamat.
 
Dalam pulang ke Segamat, pukul 5.30 petang, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya Redzuan Cheah Abdullah, menyatakan bahawa isteri dia, Puan Jalilah baru kembali kerahmatullah. Saya minta dia bersabar dan berjanji akan ke rumah dia malam nanti. Isteri beliau mengidap barah payu dara. Beliau terpaksa mengorbankan kedua dua buah dadanya untuk dipotong. Walaupun telah dibuang kedua dua buah dadanya setahun yang lalu, beliau masih menghadapi kompilasi kesihatan. Beberapa hospital pakar telah di rujuk, walau bagaimana pun pihak hospital tidak dapat memastikan penyakit sebenar isteri beliau. Tiga minggu yang lalu, rakan saya telah merujuk ke rawatan tradisional di Kuala Lumpur.
 
Pembedahan di lakukan amat pelik. Waris tidak di benarkan masuk bilik bedah semasa pembedahan di mulakan. Apabila telah dibuka organ yang di bedah, waris di panggil masuk. Yang pelik bahawa proses pembedahan tersebut di lakukan dalam keadaan pesakit sedar. Pesakit boleh bercakap. Rakan saya melihat sendiri anggota yang di bedah dan organ dalaman. Tabib menunjukkan organ yang telah di keluarkan dari pembedahan itu dan menerangkan bahawa kerosak organ sudah terlalu teruk. Dia tidak yakin pembedahan itu dapat menyelesaikan kompilasi kesihatan yang di alami oleh isteri beliau. Satu lagi yang amat mengagumkan bahawa tiada jahitan di buat hanya memadai tape menutupi kawasan di bedah. Tabib hanya mengenakan bayaran RM 150 untuk rawatan pembedahan itu. Rakan saya ada memberikan alamat klinik tersebut kepada saya. 
 
Pada hari pertama Hari Raya Cina yang lalu, Allahyarhamah telah di masukkan ke hospital Segamat dan seminggu selepas itu pula menghembuskan nafas yang terakhir.  Doktor melaporkan bahawa hati, pancreas, jantung dan buah pinggan telah menghadapi kerosakan yang kronik. Di antara kariah Taman Yayasan yang sama sama menziarahi dan bersembahyang sunat jenazah adalah Tuan Haji Hassan Jantan (Noja) yang juga sepupu kepada Allahyarhamah.
 
Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunilah dosa dosa Allahyarhamah setelah engkau berikan dia dugaan dalam menghadapi sakit yang panjang. Dia, anak  anak dan suami reda dengan apa yang telah engkau beri, Ya Allah. Berikanlah kelapangan kubur dan mudahkanlah dia melalui Sirathalmustakim Mu dan jadikan lah dia bersama sama ambia ambia di syurga Mu. Amin. Ya Rabal Alamin Alfatiha.
 
 
 
 


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI AL-MUHAJIRIN

Suruhanjaya Koperasi Malaysia telahpun meluluskan penubuhan Koperasi Al-Muhajirin; sebagai koperasi berdaftar untuk Surau Al-Muhajirin. Mesyuarat dan taklimat penubuhan koperasi berkenaan akan diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 12 Februari 2009 (Khamis malam Jumaat)
Jam: Selepasa solat Isya
Tempat: Surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan
Perasmi: Pegawai Koperasi Daerah Segamat
Kehadiran: Terbuka kepada semua jemaah dan penduduk Taman Yayasan, Taman Segamat Jaya, Astaka Jaya dan kawasan sekitarnya (daerah Segamat)

Ini adalah satu-satunya koperasi yang diluluskan di daerah ini di bawah kendalian surau.

Oleh itu, tuan puan dijemput hadir pada majlis berkenaan bagi kita mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Koperasi Al-Muhajirin, Taman Yayasan.

Pastikan tuan puan dapat meluangkan masa untuk memajukan ekonomi umat Islam.

GANGGUAN KETIKA SOLAT: HANDPHONE

Apabila berlakunya gangguan ketika solat, kita wajib menegah atau memberhentikan gangguan itu. Contohnya; jika ada orang yang ingin melintasi tempat sujud ketika sedang solat, maka kita - orang yang sedang solat- boleh merentangkan tangan dan menghalangnya. Jika dia enggan juga, maka boleh ditumbuk bagi menahan melintasi kita yang sedang solat. Adakah terbatal solat? Tidak terbatal solat kerana perbuatan itu termasuk dalam menjaga kesucian solat.

Jika begitu keadaannya, bagaimana pula apabila handset kita berbunyi ketika sedang solat? Jika dahulu bunyian hand set sekadar deringan atau runut yang biasa-biasa, tetapi hari ini runutnya pelbagai. Yang tak sedapnya bunyi runut lagu Mariah Carry berkumandang ketika berjemaah solat. Apa sudah jadi? Khusuk? Minta maaflah, tiada seorangpun yang dapat khusuk kalau dah lagu berbagai-bagai rentak mengganggu solat.

Gangguan hand set ketika solat wajib dan perlu dihentikan. Langkah paling tepat ialah mematikan hand set ketika masuk ke masjid atau ketika hendak menunaikan solat. Tetapi jika terlupa, dan bunyinya berdering ketika solat, anda perlu mematikan hand set itu segera.

Bagaimana mahu mematikan hand set sedangkan anda sedang solat? Jawapnya ialah boleh menggunakan sebelah tangan atau kedua belah tangan jika perlu bagi mematikannya. Anda jangan berasa janggal atau takut terbatal solat walaupun gerakannya mungkin lebih daripada tiga kali, kerana perlakuan berkenaan adalah untuk menghalang gangguan ketika solat. Bayangkan jika orang yang hendak melintasi di hadapan solat, anda boleh menahan dan memberhentikannya dengan tangan, inikan pula sekadar mengeluarkan hand set dari kocek dan mematikannya. Maka tentunya ia jauh lebih daripada boleh.

Oleh itu, pastikan kita tahu bagaimana pentingnya kita menghentikan sebarang gangguan ketika solat, apatah lagi solat berjemaah.

Sunday, February 1, 2009

MIMBAR BARU..

Kita masih mencari-cari reka bentuk mimbar baru untuk menggantikan mimbar lama. Mungkin ada pelayar email yang mengetahui beberapa reka bentuk mimbar yang kecil comel utk ruang mihrab yang agak kecil dan terbatas..

Buget dalam RM5,000 begitulah kira-kiranya..

Minggu ini siapa baca khutbah? ooo sila tengok dalam laman blog aktiviti surau...

Gayung di hayun tidak bersambut

Surau Al Muhajirin (28hb. Januari 2009). Ahli Jawatankuasa Badan Tadbir Surau mengadakan mesyuarat terjadual. Antara lain membincangkan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Agong yang lalu. Antara ucapan penangguhan yang menarik perhatian saya ialah ada ahli yang kesal kerana segelintir remaja yang datang ke surau khususnya pada malam Jumaat tidak berjemaah maghrib, tidak bersama sama menyertai tahlil tetapi hanya duduk di bangku di perkarangan surau. Pada waktu makan tiba tiba timbul dan kemudian hilang selepas itu.
 
Pengerusi yang mengulas ucapan tersebut kelihatan tersepit antara memulihara akhlak yang baik dengan berdakwah berhemah. Walau bagaimanapun Pengerusi berpandangan bahawa tidak kira atas niat apa pun kehadiran remaja itu ke surau, walaupun pada mulanya hanya atas tujuan makan pasti akan terbuka jua hati mereka akhirnya untuk bersama sama melakukan sembahyang berjemaah dan mengikuti kegiatan kegiatan yang di anjur kan oleh surau.
 
Perkara seperti ini kerap di bincangkan oleh jemaah. Sebahagian jemaah berpendapat bahawa surau adalah rumah suci Allah. Dari itu sesiapa yang ada di dalam kawasannya hendaklah menjaga semua unsur kesucian termasuk akhlak. Jika tidak boleh melakukannya, lebih baik tidak ada. Kehadiran orang seperti ini tidak menambah kebaikan kepada jemaah malahan mengurangkan keberkatan mereka pula di sebab kan gangguan gangguan yang mereka lakukan. Sebahagian lagi berpendapat tidak kira apa niat, asalkan mereka telah ada dalam kawasan surau adalah satu rahmat. Lambat laun akan mendapat hidayah Allah jua.
 
Saya amat bersetuju dengan pandangan Pengerusi. Bukan mudah hendak membawa remaja datang ke surau. Jika sejak remaja mereka tidak boleh melangkah masuk kawasan surau, apakah apabila dewasa kelak mereka boleh melakukannya? Jika di ambil nisbah penduduk cuba kita anggarkan berapa peratusan yang hadir ke majlis mingguan, tahunan yang di anjur kan oleh surau. Jika budaya ke surau tidak di pupuk sejak kanak kanak hingga remaja lagi tidak mungkin apa bila telah dewasa mereka mampu untuk mengubahnya..
 
Fardu Jumaat adalah kes terpencil dalam hal ini. Statistik telah membuktikan bahawa masjid dan surau penuh pada hari Jumaat di sebab kan hari tersebut adalah hari bekerja. Ke banyakkan pekerja walaupun pada waktu lain tidak bersembahyang tetapi oleh sebab rakan rakan mereka ke masjid, atas nama maruah mereka pun pergi juga. Keadaan ini berubah selepas kerajaan Negeri Johor menetapkan hari cuti rehat kepada hari Ahad. Selepas itu masjid menjadi sesak pada hari Jumaat. Jika hari rehat pada hari Jumaat, mereka jadikan hari tersebut sebagai hari bersuka ria, melancong atau berehat di rumah.
 
Jika ada kegiatan mubaligh, kita lihat jemaah mubaligh bersungguh sungguh menjemput penduduk supaya datang ke surau mengikuti program yang mereka atur. Jika ada penduduk yang datang mereka boleh menyampaikan visi mereka kepada yang hadir. Jika tidak ada yang datang visi mereka akan tergantung begitu sahaja. Walaupun di jemput, adakah penambahan jemaah pada hari itu. Yang hadir adalah muka yang sama. Mereka hadir bukan kerana di jemput oleh mubaligh. Mereka yang telah sememangnya membudayakan diri dengan surau.
 
Kini gayung telah di hayun. Siapa yang sambut. Rezeki telah berada di hadapan pintu siapa yang hendak mengambil rahmat Nya? Remaja telah datang tanpa di jemput, siapa yang sanggup menyambut mereka dan memberikan bimbingan dan panduan supaya mereka bergerak dan  melakukan mengikut yang sewajarnya. Saya yakin jika ada yang sanggup berjumpa dengan mereka dengan pendekatan yang sesuai, pasti kita boleh menawan mereka. Menempelak tidak menguntungkan mana mana Pihak. Tuan tuan sanggup?
 
Ghani- Kasihan tengok Ustaz kena mengejar kanak kanak yang nakal dan bising termasuk anak sendiri waktu jemaah lain sedang bersembahyang.
 


Nikmati lebih banyak perbualan di blog dan tapak web
Alaminya dengan Online Pingbox Creation Wizard