Wednesday, January 26, 2011

KULIAH TTG SOLAT

Ustaz Zainuddin yang kembali memulakan kelas pengajian fiqh tahun ini, membuka bicara tentang solat. Banyak perkara praktikal solat yang dibincangkan dan ramai jemaah yang memberi respond.

Oleh kerana kelas pengajian ini nampak kritikal; kalau dibiar lama, nanti terlupa pula, lalu Ustaz Zainuddin bersetuju untuk mengadakan kelas ini dengan lebih kerap. Malam tadi satu kelas tambahan diadakan.

Dan akan menyusul pula kuliahnya pada hari Jumaat malam Sabtu ini (28 Jan 2011). Diharapkan ahli jemaah dapat datang mengikuti pengajian yang menarik dan bersahaja.

Terima kasih Ustaz Z.. (they are so happy with u)

Monday, January 24, 2011

KUMPULAN YASIN WANITA TAMAN YAYASAN FASA 2

KYTY2 membuat rombakan kepimpinan baru. Puan Maznah Musa yang menerajui selama ini menarik diri atas alasan kesihatan. Minggu lalu dalam perjumpaan yang diadakan di rumah Ust Nawawi, mesyuarat AJK bersetuju untuk melantik Puan Noor sebagai Pengerusi baru.

Puan Noor (isteri Cikgu Mahadzir) pernah memimpin kumpulan ini pada awal penubuhan dahulu, dan kini beliau kembali mengambil alih. Semoga pelantikan dan pemilihan ini mendapat sokongan dan kerjasama kalangan ahli.

Saya kira soal kepimpinan adalah resam alam, ada yang naik dan ada yang turun. Gunakanlah peluang semasa memimpin ini untuk menjadi pemimpin terbaik, tulus ikhlas berkerja untuk agama.

Semoga KYTY2 kekal cemerlang. Terima kasih kepada Puan Maznah dan Kak Uda (Ustazah Rosnah) yang menerajuinya selama ini. Banyak perubahan dan kemajuan yang telah dilaksanakan. Tahniah.

Monday, January 17, 2011

Cikgu Samid Kirim Salam Kepada semua.

Assalamualaikum,

Cikgu Samid Rashidi kirim salam kepada semua kariah Surau Al Muhajirin. Beliau rindu dan memohon doa semuga kembali sihat dan dapat bergiat semula sebagaimana biasa. Malam Jumaat adalah malam yang paling beliau begitu terasa kerana pada setiap malam itu, tergiang giang ingatan berkumpul bersama sama jemaah dan melakukan pembersihan untuk persediaan fardhu Jumaat untuk hari esoknya. Pada setiap pagi Isnin pula persiapan awal minggu untuk ke sekolah bagi mendidik anak yang bakal membena negara tercinta.

agbr47: Semuga Allah memperkenankan doa kita semua. Jika tuan/puan sudi membuat komen di bawah, saya akan ajukan semua komen tuan/puan kepada beliau kelak. Sila masukan nickname supaya pengirim di kenali.

Thursday, January 6, 2011

Hadapilah Dengan Tabah Bersendirian

Jasa mu tetap ku kenang. Walau tak sebesar Jasa allahyaraham Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak atau pemimpin-pemimpin lain yang membawa kesejahteraan rakyat Malaysia ini.

Hari ini kau keseorangan menghadapinya. Berihatlah. Pandang tinggi ke atas. Di atas ada Allah yang sentiasa menganugerahkan rahmatNya kepada hamba-hambaNya. Mungkin ini satu musibah untuk digantikan dengan kebaikan dan pahla yang lebih besar lagi. Berzikirlah. Allah memang telah dekat dengan kamu.

Dulu kita ketawa bersama. Hari ini, nama mu sedikit demi sedikit telah kami lupakan. Maaf, kami semua sebok. Ada urusan yang lebih besar perlu kami lakukan. Sebesar urusan mentadbir negara. Ada masyarakat yang perlu diberikan perhatian. Supaya masyarakat akan sejahtera. Ada anak-anak yang perlu dibesarkan. Mereka akan menjadi pemimpin nusa dan bangsa.

Kau masih ada isteri, kau masih ada anak. Mereka pasti sudi menjenggok mu.

Berehatlah. Dengan rehat memberi peluang engkau beribadah dengan ikhlas. Mintalah dari tuhanmu. Sesungguhnya dia Maha Pengampun.

Ah biarkanlah mereka. Jika tidak boleh didoakan setiap waktu, kenapa tidak setiap minggu atau setidaknya setiap bulan? Itu bukan urusan mereka. Aku janji aku akan terus mendoakan mu. Aku juga telah mendoakan di hadapan Kaabah. Mungkin Allah belum pemperkenankan.

Nanti jika telah sihat, kita bersama lagi. Di surau ini. Jasa mu akan di kenang semula. Mereka akan sebut nama mu. Cikgu Samid Bin Rashidi.

Sambil mata membelik langgit bagai nabi kagum melihat cekerawal ciptaan tuhan kau berzikir bersama lagu ini.