Sunday, August 23, 2009

Giliran Moreg Ramadan 1430 / 2009

Untuk menyemak giliran moreg tuan / puan sila ke halaman kalender Muhajirin.

Thursday, August 20, 2009

KOPERASI AL-MUHAJIRIN: TERKINI

BERITA KOPERASI AL-MUHAJIRIN

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi:
Pengerusi: Tuan Haji Abd Manan Atan
Setiausaha: Haji Norasyikin Mohamad
Bendahari: Tn Haji Mohd Nor Ahmad
AJK: Haji Yusof Embut
Haji Jaafar Ahmad
Haji Ramlee Ramlan
Haji Daud Samad
Haji Ismail Tarmudi
En Ghani Rahmat

Juru Audit: Us Ahmad Nawawi Yaakob
Hj Jaafar Arshad

Dalam mesyuarat lembaga, diputuskan keahlian masih dibuka kepada penduduk Taman Yayasan dan sekitarnya, kutipan yuran keahlian RM100 akan dibuat sedikit masa lagi. Diharapkan koperasi kita dapat bergerak secepat mungkin bagi menjana ekonomi umat Islam setempat.

AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN DI SURAU

AKTIVITI SURAU SEPANJANG RAMADAN

- Solat tarawih sepanjang malam
- Jamuan moreh selepas tarawih
- Tadarus al-Quran selepas tarawih
- Berbuka puasa di surau
- Tadarus rakan muda (14 – 15 Sept 09)
- Qiamullail Ramadan (5 Sept & 16 Sept)
- Bayaran zakat fitrah
- Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa (12 September 2009)
- Sumbangan fakir miskin

Kepada mereka yang ingin menyumbang bagi aktiviti surau sepanjang Ramadan, sila serahkan kepada Pengerusi (Cikgu Ramlee bin Ramlan, Imam Hadzri Harom atau Bendahari (En Idris Tohiran). Pastikan sumbangan anda mendapat resit pembayaran.

Terima kasih di atas sumbangan ikhlas tuan puan

AHLAN YA RAMADAN

Ramadan tiba menjelang Maghrib ini...

Ahlan wa sahlan ya Ramadan. Ramadan kembali berteduh merafakkan limpah ramhmatnya kepada kita. Ramadan membawa seribu keberkatan, keelokan dan keindahan untuk kita bersama-sama menyempurnakan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain.

Ramadan terlalu istimewa untuk kita hayati; ia adalah bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan, pada bulan ini diturunkan al-Quran, bulan ini dilimpahi rahmat dan keampunan Allah kepada mereka yang mahu kembali. Maka apakah lagi kemuliaan yang hendak dicari, selain daripada kita menyempurnakan amal ibadah sebaik mungkin.

Bulan ini bukannya bulan pesta-pestaan untuk makan-makan, untuk berbelanja lebih, mahupun untuk memperbaharui langsir, sofa, kereta dsb. Ia adalah bulan untuk tumpuan ibadah seharian. Fokus pada ibadah puasa, fokus pada ibadah tarawih, qiamullail dan tadarus al-Quran. Itulah yang sebaiknya untuk kita hayati bersama.

Selamat beribadah dan panjangkan doa untuk kita bersama

Saturday, August 15, 2009

Telur Pindang Di Jamah Syaitan.

Program Keluarga Sakinah, satu usaha Jabatan Agama Islam Johor untuk membantu masyarakat Islam keluar dari kecelaruan dalam membena instusi keluarga. Walaupun Program ini bukan suatu penyelesaian muktamad namun banyak elemen keruntuhan Institusi itu di rungkai di dalam modul yang di sampaikan secara bersiri. Bermula dari zaman remaja di ikuti penyediaan berumah tangga, berumah tangga, melahirkan anak, mendidik anak hingga menyusuri usia emas. Kuliah ini membimbing jemaah dengan amalan -amalan yang di tuntut oleh syarak dan sunah serta merubah perbuatan bidaah yang telah lama di budayakan oleh masyarakat kita.

Dalam upacara pernikahan pula, program ini membantu meleraikan banyak masalah utama keruntuhan rumah tangga. Selain melakukan rukun-rukun nikah, majlis di susun sebegitu rupa supaya menyedarkan peranan masyarakat yang di wakili oleh saksi, peranan ahli agama melalui khutbah nikah, perakuan menjalankan tugas suami dan akibat kealpaannya pengantin lelaki dalam lafaz taklik, kesetiaan dan sanggup menerima pelajaran dari suami oleh pengantin perempuan dan penyerahan tanggungjawab oleh ibu bapa. Program ini juga tidak menafikan peranan ibu bapa dan mertua yang menyebabkan haru biru rumah tangga. Pernikahan secara program sakinah ini juga menyatukan hati - hati mereka supaya sama - sama memainkan peranan bagi kerukunan rumah tangga anak dan menantu mereka sambil hormat menghormati dan berbaik sangka kepada besan-besan mereka.

Dari itu, selain menyediakan modul yang di teliti dengan halus, program ini juga menyediakan penyampai - penyampai yang berkelayakan dan terlatih. Surau kita bertuah kerana di antara yang terpilih dalam penyampaian program ini. Ini adalah kali kedua Surau Al-Muhajirin menerima penyampai dari kaum hawa. Satu idea yang menarik kerana tidak secara langsung dapat menarik kaum wanita turut serta menghadiri kuliah yang di sampaikan.

Modul mungkin di kaji dengan teliti. Walau bagaimanapun mentafsirkan hukum - hukum agama masih lagi terletak kepada individu dan penyampai itu sendiri. Dari itu ada kalanya penyampai mengambil mudah isu - isu yang di bentangkan tanpa menghirau sikap kritis pendengar hari ini.

Pada siri Keluarga sakinah musim yang lalu, penyampai membawa fakta peratusan akhlak remaja yang begitu menggerunkan. Fakta itu menarik minat hadirin dan mereka membahas nya. Mereka mempertikaikan cara fakta itu di ambil dan sumber yang menyakinkan.

Pada musim kali ini sekali lagi penyampai membawa isu yang memberi kesan kepada jemaah yang hadir. Kak Siti terkedu apabila niat suci menghormati tetamu dengan menyediakan telur pindang dari apa yang di maksudkan oleh penyampai di katakan amalan yang tidak baik kerana di masak dengan masa begitu panjang. Dari itu, keberkatan telur itu telah hilang kerana telah di jamah oleh syaitan di sebabkan penyediaan masakan yang begitu lama. Puan Idah, isteri Imam Samsuri juga tersentak kerana dia juga terlibat menyediakan hidangan yang telah di jamah oleh syaitan kepada tetamu majlis.

Saya berpendapat, penyampai perlu melakukan rujukan terlebih dahulu sebelum sesuatu isu itu di ketengahkan kepada orang awam. Penyampai perlu menjelaskan sumber ambilan kepada hukum - hukum tersebut kerana ia melibatkan amalan yang telah di terima sebagai adat atau kebiasaan. Ini akan melibatkan ramai orang dan keresahan yang tidak sepatutnya pula akan berlaku. Sebaliknya, jika tafsiran-tafsiran itu lemah sudah pasti akan menjatuhkan kewibawaan penyampai itu sendiri.

Pernah berlaku di Kampong saya, seorang ustaz dalam ceramah di surau menyatakan bahawa nikah hendaklah tidak boleh di dengar oleh orang lain kecuali saksi -saksi, wali dan juga kedua-dua pengantin sahaja. Perbuatan mengunakan alat pembesar suara dalam majlis seperti itu menyebabkan nikah tersebut tidak sah. Ustaz, amat kesal kerana amalan sekarang orang mengunakan pembesar suara dalam majlis tersebut.

Satu kampung tersentak dan kecoh kerana majoriti anak -anak mereka telah di nikah kan dengan cara seperti itu. Adakah semua pernikahan anak - anak mereka tidak sah? Perkara ini telah di rujuk kepada Mufti Johor, dan Mufti sendiri telah turun ke kampung saya memberikan penjelasan dalam satu majlis maulidur rasul bahawa perbuatan upacara nikah mengunakan alat pembesar suara tidak menjejaskan rukun nikah. Malahan perkahwinan hendaklah di war-war kan untuk mengelakkan fitnah asalkan tidak ada unsur - unsur pembaziran.

Jika perkara seperti ini benar sebagaimana yang di sentuh oleh penyampai, kita juga perlu memberikan perhatian kepada makanan lain seperti jeruk, tapai dan lain-lain makanan yang di simpan lama seperti kuih raya dan sebagainya. Pak Rahman perlu juga menghidangkan makanan untuk majlis kenduri kahwin sebaik tetamu datang. Tidak boleh masak di awal malam. Mereka pula yang hadir di akhir majlis, pasti di hidangkan dengan makanan yang telah di jamah oleh syaitan?

Mungkin ini hanya gimik penyampai untuk membuat kejutan- kejutan supaya menarik lebih ramai jemaah hadir dalam kuliah yang akan di sampaikan oleh nya. Atau butiran dan hujah - hujah yang lebih jelas perlu di berikan pada kuliah yang akan datang. Saya berpendapat, syaitan tidak perlu menunggu hingga dua hari untuk menjamah makanan kita. Dia boleh menjamah nya pada bila- bila masa.

Peristiwa sebagaimana di ceritakan dalam sebuah kitab yang di baca oleh Allahyarham bapa saya kepada saya perlu di renung; Bertanya syaitan gemuk kepada syaitan kurus, “Kenapa engkau kurus?”. Lalu di jawab oleh syaitan kurus; “Aku kurus sebab apabila tuan aku hendak menjamah makanan lalu dia membaca Bismillahirahmanirahim. Dari itu aku tidak dapat mengambil zat, dari makanan dia. Kenapa pula engkau gemuk?”. Lalu di jawab oleh syaitan gemuk; “Tuan aku tidak membaca Bismillahirahmanirahim ketika menjamah makanan. Sebelum dia menjamah makanan tersebut, aku telah mengambil semua zat, dari makanan itu”.

Wallahu’alam.

Agbr: Teringat taskirah saya tentang ayat dari surah Al-Imran: 7

Tuesday, August 4, 2009

NIFSU SYAABAN

Malam ini jatuh hari ke 15 bulan Syaaban dan kebiasaannya kita mengadakan bacaan Yaasin dan tahlil ringkas.

Surau Al-Muhajirin juga akan mengadakan bacaan Yasin (sekali sahaja) dan tahlil diikuti dengan sedikit jamuan. Jamuan akan disediakan oleh ahli jemaah, bawalah sepinggan juadah untuk dimakan bersama-sama...

Sambutan Nisfu Syaaban sememangnya amalan bid'ah, namun kita perhalusi dari sudut bacaan Yasin, doa yang kita baca, ia adalah perkara yang baik dan seharusnya kita kekalkan sepertinya. Saya kurang gemar membaca Yaasin sampai 3 kali yang menjadi amalan sesetengah masjid dan surau kerana ia 'memaksa dan memberatkan' jemaah, sedangkan ibadah itu bukanlah dipaksa-paksa dan tidaklah pula kita berlari laju mengejar masa. Sebab itu, di surau Al-Muhajirin, kita baca sekali sahaja Yaasin, diikuti tahlil ringkas dan doa. Itu lebih ringkas dan tidak membebankan jemaah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap yang bid'ah itu adalah sesat, dan kesesatan itu menyebabkan kamu dicampakkan ke dalam neraka"