Tuesday, April 24, 2012

DOA PAGI-PAGI

Alhamdulillah Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau menghidupkan kami setelah Engkau mematikan kami pada malam tadi.

Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, Engkau rahmatilah kami pada sepanjang hari ini. Selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya, bala bencana, kesakitan dan kepayahan dalam menguruskan kehidupan kami pada hari ini.

Ya Allah, sihatkanlah kami untuk memudahkan kami mentaati perintah-Mu

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mempermudahkan, permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini, berkatilah usia dan tempoh masa yang Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami atas dasar iman dan takwa, jadikanlah kami saling berkasih sayang sesama kami. Muliakanlah kehidupan kami di dunia dan angkatlah kedudukan kami di syurga-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu bapa kami serta dosa seluruh umat Islam yang hidup mahupun yang telah kembali kepada-Mu

Amin Ya Rabbal alamin.

Sunday, April 22, 2012

Menanggani Masallah Anak-Anak

Cara Ibu Ustas Don Daniyal menanggani masallah anak-anak. Semoga diambil iktibar.




  1. Tegur dan pukul mengikut sunah
  2. Pujuk selepas tegur atau pukul
  3. Nyatakan bahawa hukuman itu berdasarkan kasih sayang
  4. Peluk anak dimasa yang sesuai.

-agbr

KULIAH SUBUH HARI SABTU

Beberapa orang jemaah mencadangkan kuliah subuh diadakan pada hari Sabtu. Dan Ustaz Nazrudin bersetuju menjadi pengkuliahnya. Alhamdulillah.

Maka bermulalah kuliah subuh pada hari Sabtu dua minggu sekali membicarakan tentang Hidup Sesudah Mati....

Jom kita pakat mai dengar kuliah subuh ni..

Monday, April 16, 2012

MENCARI HELAH

Dalam apa perkara sekalipun, kita punyai helah dan alasan. Untuk membenarkan perlakuan kita, kita berikan alasan itu kepada diri kita sendiri terlebih dahulu, sebelum kita benarkan pula kepada rakan dan orang di sekitar kita. Alasan tetap ada, biarpun ada kalanya kelihatan alasan itu janggal dan pelik.

Orang yang tidak mahu datang berjemaah punyai alasan. Orang yang mahu berjemaah juga punyai alasan. Orang yang suka berborak di kedai kopi juga punyai alasan, orang yang tidak mahu menyempurnakan tugas yang diberi juga punyai alasan.

Pendek kata, alasan ada di mana-mana dan boleh direka cipta berbagai rupa.

Hanya satu yang kita bimbang bila alasan itu kita kemukakan di hadapan Allah. Mampukah alasan yang kita reka cipta itu untuk kita jawap ketika berhadapan Allah kelak? Sukar hendak ditelah.