Wednesday, January 18, 2012

ABD RAHIM OMAR


En Abd Rahim Omar seorang daripada jemaah surau yang baru muncul. Setelah bersara, dia berpindah ke sini (Astakajaya) dan menyertai kami berjamaah. Orangnya bertubuh kecil dan berpendidikan. Selalu speaking Inggeris bila berbual dengan saya. Saya selalu SMS kepadanya bagi info aktiviti surau kerana saya tahu namanya tiada dalam list CNN surau. Semasa program dengan Ustaz Zahazan, dia cakap tak perlulah SMS kerana melibatkan kos, sedangkan dia sendiri sudah tahu program berkenaan. Oh, tak apalah... sekadar ingatan kepada kawan-kawan, ujar saya.


Pagi ini saya dapat SMS memaklumkan kematiannya. Innalillah. Dia pergi pada ketika kita tidak sedari kesakitan yang dilaluinya. Dia pergi dengan aman, aman tanpa kami sedari ketiadaannya sehari dua...

Monday, January 16, 2012

IHTIRAM ULAMA..

Guru-guru yang mengajar kita di surau, malah sesiapa sahaja yang kita kenal kebaikan dan keilmuannya (ulama) seharusnya kita memuliakan mereka. (ihtiram ulama). Sesekali para guru berjemaah di surau, saya unjukkan mereka mengimamkan solat fardu. Berilah penghormatan kepada ilmu dan kelebihan yang mereka ada untuk mengimamkan kita. Malah tentunya jemaah juga akan gembira dapat merasai pelbagai suara dan bacaan, pelbagai zikir dan doa dalam penghayatan ibadah ritual mereka. Sebaliknya, jika kita berpegang kepada 'tugas imam'; dengan maksud 'akulah imam di surau ini' maka akulah sahaja yang boleh mengimamkan jemaah, tentulah satu kerugian kepada 'pengimarahan jemaah'. Ini yang kerap terjadi pada masjid dan surau tertentu. Akhirnya jemaah menjadikan ibadah itu satu rutin harian seperti juga imam yang beranggapan ia adalah tugas rutin harian sepanjang hayat. Nilai ibadah semakin menjauh dan terpinggir. Malah tidak mustahil jemaah juga tiada pertambahannya selain orang yang biasa-biasa sahaja.