Sunday, March 22, 2009

RESTU- MOTIVASI UPSR











Program pada 19 Mac dari 5 ptg hingga 10.00 malam berjalan lancar dan mendapat sambutan remaja. 30 orang murid sekolah terlibat dan aktiviti dijayakan oleh Br Mohd Sieqal dan Br Farhan (UTP) berjaya menyentuh hati peserta.. Selepas Isyak diadakan solat hajat dan tazkirah (ceramah dan pembentangan) oleh ustaz Nawawi.. Ramai yang terhibur dan tertarik dengan pembentangan pakai LCD seperti ini..








Syukur..








Monday, March 16, 2009

PROGRAM RESTU (MOTIVASI) PELAJAR DI SURAU

Sempena cuti sekolah ini, Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan, Segamat akan menganjurkan program RESTU (motivasi) untuk murid sekolah yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan anak remaja lain.. Ia terbuka kepada semua.

Programnya;
19 Mac 2009 Khamis
Bertempat di Surau Al-Muhajirin, TY
Jam 5.00 petang - 10 malam
Ada games, simulation, ceramah, solat hajat, baca yasin...
PERCUMA..
Terbuka kepada semua.. sila hadir dan mendaftar pada hari berkenaan.
Fasilitator: Us Ahmad Nawawi, Sdr Sheaqal (UiAM), Sdr Farhan (UTP), Hazlami (Vok) dll

Anjuran; Biro Dakwah dan Pendidikan dan Biro Rakan Muda.

Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDUL RASUL

Tanamkan rasa cinta kasih kita kepada Rasulullah, suburkan iman dengan amal yang mulia... Rasulullah adalah contoh ikutan manusia sepanjang zaman.


Cinta Rasul
Cinta umat

Salam Maulidul Rasul

MASJID AL-RAHMAN, KUALA LUMPUR

Lama saya tidak datang ke masjid ini, masjid di pintu masuk Univ Malaya tempat orang bijak pandai beribadah dan bermasyarakat. Jumaat lalu (6 Mac) ketika berhenti solat Jumaat, ada banyak perkara yang menarik. Gerai-gerai jualan banyak beroperasi di belakang masjid. Pelbagai jualan disediakan terutamanya makanan (nasi biryani, lauk pauk), gerai baju, gerai CD, buaha-buahan, malah alatan hardwear (alatan dapur) ada dijual..

Bila pula surau kita (Al-Muhajirin) akan dapat membuka gerai jualan seperti ini? Mungkin menantikan Koperasi yang boleh beroperasi..

Kuliah Jumaat -sebelum masuk waktu- turut diadakan. Ceramahnya hanya biasa-biasa tapi sentuhannya menyengat juga. Ada elemen politik, ada fakta agama, ada sejarah dan iktibar kepada jemaah..

Khutbahnya pula disampaikan dalam bentuk multimedia yang membuat ringkasan daripada setiap kalimah yang diucapkan oleh khabtib.. Saya percaya ia disediakan oleh pihak berkuasa agama (Majlis Agama Islam Wilayah) dengan teks dan khutbahnya seiring.

Selepas solat, ada pula kempen Mansuhkan Pengajaran Bhs Inggeris Mat Sains diadakan diperkarangan masjid dan ramai yang melihat dan ada yang sekadar beredar..

Apa yang boleh dilihat ialah senario KL jauh berbeza dengan Segamat. Di KL isu-isu politik begitu kuat melanda, keterbukaan orang ramai menerima atau menolak sesuatu isu, menjadi pilihan masing-masing, perubahan arus pemikiran perdana ketara terserlah, berbanding Segamat yang kelihatan sepi dan tiada apa riaknya..

Sememangnya apa pun perubahan, ia bermula di bandar. Islam tertegak sebagai negara pada hayat Rasulullah di sebuah bandar, Yathrib yang ditukarkan namanya menjadi Madinah (civiliz), sedangkan desa akan menurut sahaja perkembangan dan perubahan dari bandar itu.

Cuma jarak perubahan antara desa dan bandar besar agak luas dan jurangnya terpisah. Perkara ini menjadikan gerakan perubahan itu tidak mendapat sokongan meluas dan itulah yang terjadi dalam senario kita di Malaysia. Ringkasnya dakwah perlu diperkasakan dalam seluruh sudut desa dan bandar, tanpa dibatasi sempadan lagi.

Sunday, March 8, 2009

Mesyuarat Agong PYWTY F1, Kali ke 9

Mesyuarat Agong Perkumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan Fasa 1, Kali Ke 9.

Taman Yayasan, 7 Mac 2009 - Telah 5 tahun saya bersama sama membantu Mesyuarat Agong ini dengan menyediakan kemudahan audio. Sedikit sebanyak dapat juga memahami masalah mereka. Dari itu, saya tidak begitu asing atau janggal dengan mereka. Telah tiga tahun, saya di berikan cenderahati khas setaraf dengan Ahli Jawatankuasa yang lain. Dalam 2 tahun ini pula, saya pula di jemput untuk menyampaikan ucapan penangguhan. Biasanya, orang lelaki akan beranggapan mereka tidak perlu ada pada majlis majlis isteri mereka. Bagi saya, kita patut ada bagi memberi bantuan yang seadanya.

Mesyuarat di mulakan Ucapan Pengerusi Perkumpulan, Puan Hajah Rafeah Jaafar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang di berikan dan memohon maaf kepada ahli di atas kesilapan yang beliau lakukan sebagai Pengerusi Perkumpulan ini selama 3 penggal. Hari ini adalah hari yang baik untuk ahli menukar pemimpin jika ahli ahli mahukan pembaharuan dan perubahan didalam corak kepimpinan perkumpulan itu. Beliau juga mengajak ahli ke kelas KEMAS yang di anjur kan oleh perkumpulan itu dengan yuran RM 30 setahun pada setiap hari Isnin dan merasa kecewa kerana sambutannya sedikit dingin.

Dalam ucapan perasmian, Ustazah Salmah Abd. Rahman, beranggapan bahawa usia 9 tahun telah di anggap baligh. Ustazah menyeru supaya tindakan serta kegiatan dapat di pertingkatkan lagi dan meninggalkan sikap merajuk dan lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan oleh ahli ahli. Menegur kerana ada segelintir ahli mengutamakan perkara yang kurang penting di luar Taman dengan meninggalkan kegiatan di Taman sendiri kecuali ia terlibat sebagai tunggak di dalam majlis tersebut. Beliau juga menyarankan supaya menarik lebih ramai ahli dan mengajak mereka yang tidak ahli ke majlis Yasin dan tahlil dan majlis perjumpaan yang lain. Mudah mudahan dengan cara itu mereka akan berminat menyertai perkumpulan tersebut. Ustazah juga menasihati ahli supaya mengamalkan nasihat berhemah supaya ahli yang lain tidak tersentuh hati dan mengasingkan diri kemudiannya. Menasihati supaya ahli menyiasat punca ahli ahli yang telah lama tidak hadir dalam mana mana majlis yang di atur dan tidak membatalkan keahlian sewenang wenangnya. Mana tahu ada yang uzur syarie tambah beliau lagi.

Dalam pelantikan semua jawatan tunggak masih di kekalkan muka muka lama secara sebulat suara. Pemilihan berjalan dengan pantas, cadang, sokong dan tutup. Dari itu jelas bahawa perkumpulan ini telah menjalankan kerja kerja mereka dengan telus dan di terima dengan senang hati oleh ahli ahli.

Pengerusi : Puan Hajjah Rafeah Jaafar

Naib Pengerusi: : Puan Azidah Mahat

Setiausaha : Puan Hasnah Wakijoh

Naib Setiausaha : Puan Hajjah Khalipah Bte Salleh

Bendari : Puan Zaliha Jaafar

Juru odit : Puan Hanifah Mohammad; Puan Maramah Misri

Jawatan Kuasa: Puan Hajjah Siti Fatimah Md Said; Puan Hafidah Dini; Puan Hajjah Rahmah Long; Puan Hajjah Halidah Othman; Puan Noraisah Hairon; Puan Rohani Mohammad Nafis; Puan Salamah Md Nor; Puan Noraini Othman; Puan Nihla Faridah Alijuddin. Pelantikan ajk berdasarkan kepada zon penduduk.

Seramai 35 ahli yang hadir dari 68 orang jumlah ahli keseluruhan. Ini juga bersamaan dengan jumlah yang hadir pada setiap majlis majlis Yasin. Dari jumlah kehadiran ahli dan suasana pemilihan, menunjokkan bahawa tujuan ahli menyertai kumpulan ini sekadar bermasyarakat dan mereka tidak mempunyai agenda lain yang tersembunyi.

Ghani: Saya cadangkan supaya perkumpulan seumpama ini di daftarkan ke "Pendaftar Pertubuhan" supaya mereka boleh berurusan dengan mana mana pehak dengan lebih teratur.


Barisan AJK dan ahli yang hadir


Terima kasih.

Ala, tapis aje, tak nak lah aku.............

Tuesday, March 3, 2009

MAKLUMAN AWAL SAMBUTAN MAULID DI SURAU

Sambutan maulid di Surau kita akan diadakan pada 4 April 2009. Penceramahnya setakat ini belum dipastikan lagi.

Makanan; sehingga kini sudah ada dua ekor lembu untuk disembelih hasil sumbangan akikah berkelompok..

Program yang dirancang;

Pertandingan kanak-kanak; azan, hafazan dan khat

berzanji dan marhaban

selepas Maghrib, jamuan makan

Selepas Isya,ceramah dan penyampaian hadiah