Monday, July 25, 2011

AHLAN YA RAMADAN

Genap seminggu lagi kita akan berpuasa, berjemaah tarawih dan beribadah sebaiknya pada Ramadan.

Surau mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan semoga kita dapat menghayati Ramadan terbaik selamanya.

Jadi yang terbaik pada Ramadan ini..

Wednesday, July 20, 2011

SYAABAN..

Ketika akan munculnya Ramadan, maka banyaklah kenduri kendara yang diadakan oleh kalangan umat Melayu. Alhamdulillah bertambah rezeki mereka yang mengadakan majlis berkenaan. Minggu ini, surau kita penuh dengan agenda kenduri dan tahlil.

Isnin lalu kenduri Ustazah Rosnah
Selasa di Rilex Zone, kafe baru di TY
Rabu giliran En Baharudin yang kembali berpindah ke Taman Yayasan dari Kelantan.
Khamis - memang bacaan Yasin
Jumaat -
Sabtu -
Ahad -  Astaka Jaya 19

Wednesday, July 13, 2011

KULIAH MAGHRIB BERSAMA PROF DR HJ MUHD KAMIL DI SURAU

Kuliah Maghrib berkenaan akan diadakan pada 14 Julai 2011 (Malam Jumaat) di surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan. Prof yang akan berhijrah ke Universiti Tayibah Madinah September nanti, akan mengisi ruang "Malam Semarak Ramadan' bermula sepelas Maghrib.

Mungkin ini kali terakhir beliau bersama kita di surau, sebelum hijrah.

Diharap ramai yang dapat mengambil manfaat. Bawalah keluarga dan ajaklah jiran untuk turut serta.

Sunday, July 3, 2011

SAUDARA KHAIRIL (DARI INDON)

Saudara Khairil sahabat kita yang selalu berjemaah di surau. Datangnya dari Indon, entah dari wilayah mana. Telah beberapa kali berulang alik bekerja di Malaysia hampir sepuluh tahun. Apa yang menariknya ialah beliau rajin datang berjemaah, berjalan kaki dan rajin pula bermasyarakat.




Dia ringan tulang, membantu jemaah lain kemas mengemas setelah majlis selesai. Boleh menjadi bilal apabila diperlukan. Malah dia juga mengisi slot 'tazkirah' selepas Subuh saban hari dengan membaca hadis-hadis fadilat amal beberapa kerat.



Selalunya tazkirah subuh (bacaan hadis rakan Tabligh kita) disampaikan Omar Zaki bergilir ganti dengan Haji Burhanudin. Haji Burhanudin akhirnya berpindah ke Bandar IOI, tempatnya diambil alih Sdr Khairil. Dan dia terlebih kerap membacanya saban hari. Suaranya lunak dan keras. Sesuai untuk tazkirah pagi-pagi untuk mengetuk pintu hati kami yang sering tertutup.



Kini Khairil tiada lagi, buat sementara. Majikannya membawanya bekerja di Kluang dan entah bila akan kembali semula ke Taman Yayasan.



Dua perkara yang menarik daripada kisah ini;



1. Orang yang baik, biasa berjemaah akan tetap datang berjemaah di masjid.



2. Orang yang ringan tulang, boleh berinteraksi dengan masyarakat, akan lebih mudah dikenali dan dihargai. (Ramai orang Malaysia kita yang tidak peduli masjid dan surau, tak peduli masyarakat dan ummah; lalu mereka juga tidak dikenali oleh masyarakat)



Seperkara lagi ialah sikap KETERBUKAAN ahli kariah, pengurusan dan jawatankuasanya menerima sesiapa sahaja berkhidmat dan berbakti di surau/masjid adalah perkara pokok. Khairil boleh azan bukan kerana tiada bilal, tetapi kita membenarkan jemaah yang sukarela untuk azan, berazan. Diapun gembira dapat berazan. Saya pernah dimaklumkan ada sesetengah masjid yang tidak membenarkan 'orang Indon' mengambil saf hadapan, atas alasan 'awak orang Indon'.. Masya-Allah, teruknya.



Kesediaan kita untuk menerima jemaah yang hadir, seperti yang selalu diceritakan Haji Toha; menjadi penambat hati jemaah untuk datang berjemaah.

(Artikel ini saya masukkan dalam blog ini sebelum membaca artikel isu yang sama yang ditulis AGBR sebelumnya) Terima kasih.. hati kita serupa..