Friday, May 29, 2009

PERTEMUAN RAKAN MUDA TY

Malam tadi, 28 Jun selepas Isya' diadakan pertemuan rakan muda TY yang berjaya mengumpulkan seramai 53 orang. Ramai dan meriah.

Hasil perbincangan terlantiklah ketua rakan muda iaitu sdr Amir dan penolong ialah Mahamad Syieqal. Aktiviti pertama ialah pertandingan futsal yang bakal diadakan pada 8 Jun ini di padang balai raya, TY. Ia melibatkan semua remaja dengan penajaan daripada Rukun Tetangga.

Aktiviti lain yang dirancang ialah xpdc ke Gunung Lumut di Kluang dan menggiatkan kompang. Banyak agenda lain yang boleh dibuat seperti silat, sukan, muzik dan budaya, kelab basikal, dan lain-lain. Masalahnya penggeraknya sahaja yang tiada berupaya...

Sunday, May 24, 2009

KOMPANG TAK CUKUP!!

Semalam (24 Mei, 9 pg) saya berada di Cherating atas urusan rasmi, manakala di rumah saya anak-anak remaja berlatih kompang. En Ghani memaklumkan kepada saya 20 orang anak yang hadir dan spontan saya teringat.. kompang tidak cukup! Ya.. kompang tidak cukup!

Shida pula sibuk di dapur memasak kueh dan air sebagai pembasah tekak anak-anak yang penat dan panas tentunya.. Terima kasih Shida..

Walau bagaimanapun, ternyata cetusan penubuhan kumpulan kompang ini telah memberi kekuatan kepada rakan muda berada dalam satu aktiviti menarik dan berfaedah. Sehingga jam 5.30 petang semalam ketika saya sampai ke rumah, masih ada peserta kompang yang belum pulang!.. Saya cakap, pulanglah.. nanti mak risau kat rumah..

Hai anak-anakku..

FOTO MAT SURAU 21 MEI 09

Orang di bawah juga menadapat cabutan bertuah kehadiran.. boleh masak-masak tu
Haji Hafiz mendapat hadiah dari Cikgu Ramlee




Anugerah Jemaah Terbaik 2008 diberikan kepada En Abdullah, Pn Maznah Musa dan Puan (?). 30 botol minyak masak (2 kg) menjadi cabutan bertuah kepada jemaah yang hadir.. Meriah gitu..

Pada MAT kali ini, saya persembahkan slide show aktiviti sepanjang 2008 - 2009 sebagai imbauan kenangan kepada jemaah. Dan ramai yang teruja tentunya..

MESYUARAT AGUNG SURAU 21 MEI LALU

Ucapan perasmi, Tn Hj Mardi


Kalangan jemaah wanita yang hadir; Pn Hhj Rafeah, Pn Hasnah..



Daftar dulu..

Syukur kerana surau kita telah mengadakan MAT-nya pada 21 Mei lalu dirasmikan oleh Tn Haji Mardi, Penyelaras Masjid Surau Daerah Segamat. Ramai yang hadir; sehingga 70 buku mesyuarat agung yang disediakan habis.

Banyak perkara dibangkitkan termasuklah penubuhan sekolah agama di TY, masjid baru dan tanah wakaf 16 ekar yang diambil oleh pihak lain untuk memajukannya (?). Kegiatan ekonomi juga akan ditingkatkan dengan memanfaatkan lot tanah yang diberikan MDS di tepi surau. Harap-harap perkara ini akan segera dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan memeriahkan surau kita.

Hadiah Jemaah Terbaik 2008 dianugerahkan kepada En Abdullah, Pn Maznah Musa dan Puan (?) dan disertai cabutan bertuah sebanyak 30 botol minyak masak (2 kg) disediakan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan MAT kali ini. Meriah dan menarik.

Sunday, May 17, 2009

MESYUARAT AGUNG SURAU

Mesyuarat Agung Surau akan diadakan pada 21 Mei 2009, hari Khamis malam Jumaat, selepas Isyak. Semua jemaah adalah dijemput hadir bagi mendapatkan maklum balas dan informasi terkini surau.

Cabutan bertuah turut diadakan, selain anugerah Jemaah Terbaik 2008.

FOTO-FOTO LATIHAN KOMPANG

Sesi latihan berjalan..
En Ghani sebagai maha guru kompang

Pegang kompang betul-betul..

Kalau tak hujan, di luar rumah...

Lagi foto latiahn kompang di TY..









KOMPANG RAKAN MUDA.. LATIHAN BERMULA
















Dan latihan kompangpun bermula.. sudah 3 minggu sesi latihan berjalan..










Tuesday, May 5, 2009

KOMPANG RAKAN MUDA TY

Kumpulan kompang rakan muda Taman Yayasan baharu sahaja ditubuhkan semula. Ramai muka baru terlibat dan sesi latihan akan diadakan pada setiap hari Ahad. Kepada anak-anak remaja, diharap dapat mengambil peluang ini bagi mempelajari tradisi kompang dan boleh mengambil peranan di dalam majlis walimah di TY kelak.

Latihan akan diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di rumah no 12, jalan 5/10 Taman Yayasan. Semua anak-anak remaja adalah dijemput.

Jom kita berkompang..

Monday, May 4, 2009

KOMENTER TERPILIH- EN GHANI

Tidak dinafikan, keutuhan ini adalah hasil dari pergerakan Surau Al-Muhajirin. Walaupun taman ini mempunyai pelbagai kegiatan sosial dan pertubuhan seperti UMNO, Perpaduan, Rela dan Jawatankuasa Penduduk tetapi "core" kegiatan kemasyarakatan seperti ini masih berpusat di Surau Al Muhajirin.

Dari majlis kelahiran, perkahwinan, sakit dan kematian semuanya di dukungi oleh Surau Al-Muhajirin. Alhamdulillah, walaupun kariah surau di anggotai oleh pelbagai fahaman politik, namun surau masih berjaya menyatukan mereka jika di bandingkan dengan pertubuhan yang lain di taman ini. Tidak sahaja berbeza fahaman politik malahan surau juga tiada sempadan bangsa dan agama.

Apa juga kegiatan surau melibatkan semua penduduk. Cina dan India bersama -sama bergotong royong jika ada majlis yang di anjurkan. Ia perlu di perluaskan.Pada tahun 2002, memadai menyediakan 30 nasi bungkus untuk majlis yasin dan tahil yang di jalankan di surau manakala pada hari ini kalau 100 bungkus alamat ada yang menggigit jari. Pak Deris dan tak boleh bekalkan hanya dengan satu tarmus nasi kini seperiuk besar perlu disediakan.

Walau bagaimanapun pertambahan ini ada sedikit kekecewaan. Pertambahan adalah satu pertambahan yang neutral kerana pertambahan penduduk akibat pembukaan taman -taman baru. Yang hadir masih lagi muka-muka lama dan pertambahan pesara yang dulu merantau atau sebuk sekarang telah kembali semula ke taman ini.

Saya pernah sarankan supaya di wujudkan wakil-wakil blok untuk menjadi agen, menarik lebih ramai kariah hadir ke surau dan menjalankan kegiatan-kegiatannya. Saya boleh nampak kekuatan melalui kewujudan wakil-wakil blok. Apa yang kita cakap hanya boleh di dengar oleh siapa yang hadir. Yang tidak hadir, siapa pula yang menyampaikannya?

Saya pernah mengelilingi taman ini dengan pembesar suara menyampaikan mesej yang akan di jalankan oleh Jawatankuasa surau. Pada masa itu saya memadai sendiri. Jawatankuasa surau pun tidak kenal saya. Nasib baik tak kena hentam.

Jika kita terlalu sibuk dengan isu murtad dan tidak ada kuasa mengekangnya, kita masih lagi boleh berdakwah kepada anak anak kita, isteri kita dan jiran jiran kita supaya bersama sama berkumpul di rumah Allah untuk mendapat petunjuk Nya dan keampunan Nya.Wallahu'alam.

April 30, 2009 7:48 PM