Sunday, April 19, 2009

REWANG-REWANG KAMI..

(Peragaan baju baru)

Semangat gotong royang dan kerjasama masih utuh terjalin di Taman Yayasan termasuklah untuk rewang kenduri kendara. Begitulah besarnya erti persahabatan dan pengorbanan yang termampu untuk kami hulurkan, biarpun kadang kala sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Kaum lelaki hanya ada satu kumpulan sahaja, dari tukang masak hinggalah perewang dan basuh pinggan, manakala perempuan terbahagi dua kumpulan; Yayasan 1 (Pn Hjh Rafeah, ketuanya) dan Yayasan 2 (Puan Maznah, ketuanya)..

Semoga ikatan kerjasama dan semangat persaudaraan ini kekal terjalin..

1 comment:

  1. Jangan di nafikan, ke utuhan ini adalah hasil dari pergerakan Surau Al-Muhajirin. Walaupun taman ini mempunyai pelbagai kegiatan sosial dan pertubuhan seperti UMNO, Perpaduan, Rela dan Jawatankuasa Penduduk tetapi "core" kegiatan kemasyarakatan seperti ini masih berpusat di Surau Al Muhajirin. Dari majlis kelahiran, perkahwinan, sakit dan kematian semuanya di dukungi oleh Surau Al-Muhajirin. Alhamdulillah, walaupun kariah surau di anggotai oleh pelbagai fahaman politik, namun surau masih berjaya menyatukan mereka jika di bandingkan dengan pertubuhan yang lain di taman ini. Tidak sahaja berbeza fahaman politik malahan surau juga tiada sempadan bangsa dan ugama. Apa juga kegiatan surau melibatkan semua penduduk. Cina dan India bersama -sama bergotong royong jika ada majlis yang di anjurkan. Ia perlu di perluaskan.

    Pada tahun 2002, memadai menyediakan 30 nasi bungkus untuk majlis yasin dan tahil yang di jalankan di surau manakala pada hari ini kalau 100 bungkus alamat ada yang menggigit jari. Pak Deris dan tak boleh bekalkan hanya dengan satu tarmus nasi kini seperiuk besar perlu di sediakan.

    Walau Bagaimanapun pertambahan ini ada sedikit kekecewaan. Pertambahan adalah satu pertambahan yang neutral kerana pertambahan penduduk akibat pembukaan taman -taman baru. Yang hadir masih lagi muka-muka lama dan pertambahan pesara yang dulu merantau atau sebuk sekarang telah kembali semula ke taman ini.

    Saya pernah sarankan supaya di wujudkan wakil-wakil blok untuk menjadi agen, menarik lebih ramai kariah hadir ke surau dan menjalankan kegiatan-kegiatannya. Saya boleh nampak kekuatan melalui kewujudan wakil-wakil blok. Apa yang kita cakap hanya boleh di dengar oleh siapa yang hadir. Yang tidak hadir, siapa pula yang menyampaikannya? Saya pernah mengelilingi taman ini dengan pembesar suara menyampaikan mesej yang akan di jalankan oleh Jawatankuasa surau. Pada masa itu saya memadai sendiri. Jawatankuasa surau pun tidak kenal saya. Nasib baik tak kena hentam.

    Jika kita terlalu sibuk dengan isu murtad dan tidak ada kuasa mengekangnya, kita masih lagi boleh berdakwah kepada anak anak kita, isteri kita dan jiran jiran kita supaya bersama sama berkumpul di rumah Allah untuk mendapat petunjuk Nya dan keampunan Nya.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete