Sunday, May 24, 2009

KOMPANG TAK CUKUP!!

Semalam (24 Mei, 9 pg) saya berada di Cherating atas urusan rasmi, manakala di rumah saya anak-anak remaja berlatih kompang. En Ghani memaklumkan kepada saya 20 orang anak yang hadir dan spontan saya teringat.. kompang tidak cukup! Ya.. kompang tidak cukup!

Shida pula sibuk di dapur memasak kueh dan air sebagai pembasah tekak anak-anak yang penat dan panas tentunya.. Terima kasih Shida..

Walau bagaimanapun, ternyata cetusan penubuhan kumpulan kompang ini telah memberi kekuatan kepada rakan muda berada dalam satu aktiviti menarik dan berfaedah. Sehingga jam 5.30 petang semalam ketika saya sampai ke rumah, masih ada peserta kompang yang belum pulang!.. Saya cakap, pulanglah.. nanti mak risau kat rumah..

Hai anak-anakku..

1 comment:

  1. maaf sebab saya tidak dapat menolong untuk menbantu pada hari ahad lalu bersamaan 31 jun kerana saya menziarah m.cik saya di kluang....

    ReplyDelete