Wednesday, June 30, 2010

TAKZIAH SDR MOHD FIRDAUS BIN ALI

(Fahmi)
(Firdaus)


Mohd Firdaus adalah pelajar Tingkatan Lima - SPM- di SMK Buloh Kasap. Ketika pulang dari sekolah hari Khamis 24 Jun lalu bersama rakannya, Fahmi Haslahudin; mereka terlibat kemalangan jalan raya. Difahamkan kereta yang melintas di jalan 4/19 tidak berhenti di persimpangan lalu motor yang mereka naiki melanggar kenderaan berkenaan. Firdaus koma beberapa hari di hospital sehinggalah disahkan meninggal dunia pada Isnin (28 Jun)dan dikebumikan pada malam berkenaan di perkuburan Berata.

Ramai dan terlalu ramai yang datang berziarah. Rakan-rakan sekolah, guru, masyarakat taman dan entah dari mana datang berpusu-pusu menziarahi jenazahnya.

Firdaus seorang anak yang baik. Pernah dia menyertai team latihan kompang di rumah saya sesekali untuk mengenal rupa wajahnya. Malah dia anak cemerlang. Dimaklumkan keputusan peperiksaan pertengahan sem baru-baru ini dia mendapat 7A. Kami beryasin dan tahlil selama tiga malam berturut-turut di rumahnya, dan rakan-rakannya turut hadir.

Takziah kepada ahli keluarga, semoga bersabar menerima ujian Allah.

Sdr Fahmi pula mengalami kecederaan di kaki dan bahagian bawah perutnya. Fahmi beransur pulih. Syukur.

(Mereka semua adalah anak-anak saya yang baik.. dan Allah sayang kepada mereka..)

1 comment:

  1. saya sempat berbual-bual dengan allahyarham semasa latihan kompang. Semoga Allah mencucuri rahmat Nya ke atas roh allahyarham.

    Semoga Allah memberikan kesabaran kepada keluarga allahyarham

    agbr47: Betapa kita cinta kepada dia, Allah lagi menyayanginya.

    ReplyDelete