Monday, January 16, 2012
IHTIRAM ULAMA..
Guru-guru yang mengajar kita di surau, malah sesiapa sahaja yang kita kenal kebaikan dan keilmuannya (ulama) seharusnya kita memuliakan mereka. (ihtiram ulama).
Sesekali para guru berjemaah di surau, saya unjukkan mereka mengimamkan solat fardu. Berilah penghormatan kepada ilmu dan kelebihan yang mereka ada untuk mengimamkan kita. Malah tentunya jemaah juga akan gembira dapat merasai pelbagai suara dan bacaan, pelbagai zikir dan doa dalam penghayatan ibadah ritual mereka.
Sebaliknya, jika kita berpegang kepada 'tugas imam'; dengan maksud 'akulah imam di surau ini' maka akulah sahaja yang boleh mengimamkan jemaah, tentulah satu kerugian kepada 'pengimarahan jemaah'. Ini yang kerap terjadi pada masjid dan surau tertentu. Akhirnya jemaah menjadikan ibadah itu satu rutin harian seperti juga imam yang beranggapan ia adalah tugas rutin harian sepanjang hayat. Nilai ibadah semakin menjauh dan terpinggir. Malah tidak mustahil jemaah juga tiada pertambahannya selain orang yang biasa-biasa sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment