Saturday, January 24, 2009

Hj Mohammed Isa Kehilangan Ibu Tersayang.

Taman Yayasan- Pada 24 hb pukul 10:30 pagi, sekali lagi penduduk di taman ini gempar dengan berita Hj Mohammed Isa bin Dawee telah kehilangan ibu yang tercinta, Allahyarhamah Aisah binti Ikhsan, 80 tahun yang telah pergi meninggalkan keluarga tersayang buat selama-lamanya.

Diantara yang sama-sama menziarah keluarga dan mengiringi jenazah ketanah perkuburan ialah ayahanda Hj Khalid Hassan, bonda Zainab Uda dan Imam Samsuri Hj Ismail.
Jenazah telah di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Raja, Bukit Kepong, Muar pada pukul 4:00 petang pada hari yang sama.
Hj Mohammed Isa mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan kerana sudi mendoakan Allahyarhamah bonda beliau. Semoga doa tuan-tuan di perkenankan oleh Allah dan Allahyarhamah di berikan kelapangan kubur semasa di alam barzah dan di letakkan di antara orang-orang yang beriman di Syurga Jannah kelak.

Selepas upacara perkebumian, Imam Samsuri, anak jati Muar, telah membawa ayahanda dan bonda ke Balai Polis bangunan bersejarah, Bukit kepong. Ayahanda begitu tersentuh dan menghayati catatan sejarah yang dipamerkan dipapan pameran yang di dirikan di hadapan bangunan bersejarah tersebut.





Dengan kesayuan, ayahanda melangkah pulang dan bersyukur tinggal di negara yang aman dan berharap supaya kita semua juga mensyukuri nikmat ke amanan.
Hj Isa sekeluarga yang belum lagi menjamah walaupun sedikit makanan sejak dari pagi, sudi membawa ayahanda, bonda dan Imam Samsuri untok mengambil sedikit minuman petang.












5 comments:

  1. Hali> Kepada ssekelian ahli keluarga, kami turut merasa sedih diatas pemergian Allahyarhamah (ibu Hj Isa) yang sama-sama kita sayangi. Moga rohnya sentiasa dalam keberkatan dan tergulung sebagai Ahli Syurga. Kami sama-sama merasakan kehinagannya dan merasakan giliran kita semakin hampir. Inilah peringatan untuk kita bersedia secukupnya menghadapi Allah apabila tiba masanya nanti. Alfatiha.(Hj Ali Arshad)

    Isamsuri> Innalilah...Kalau ada sahabat yang nak pergi ziarah, saya tumpang.(Samsuri Ismail)

    Unawawi> Innalilah. Semoga rohnya di sisi anbia. Kita buat tahlil kat surau malam ni (Ahmad Nawawi Yaccob)

    Hj Kamal> Takziah dari saya. Moga tuan Haji tabah dengan ujian Allah. (Kamal Najmi)

    Hj Isa> Mak saya sudah kembali kembali kerahmatullah di kebumi lepas asar di Bukit kepong (Hj Mohammed Isa Darwee)

    ReplyDelete
  2. Ustaz,
    Selepas magrib kami telah adakan majlis tahlil untuk arwah. Terima kasih. -Ghani

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. Berita seperti ini amat penting untuk kita rakamkan.. Terima kasih kpd En Ghani.. steady.. its ok and very informatif

    ReplyDelete
  4. Mana pergi gambar moderator? Adakah saya buat apa-apa kesilapan atau Ustaz yang keluarkan. Dalam dashboard masih ada.

    ReplyDelete
  5. He...He... moderator merajuk. Nasib baik tak lama.

    ReplyDelete