Saturday, January 24, 2009

Kemeriahan Majlis Bercukur Rambut

Taman Yayasan-24hb. Jan 2009. Hj Daud B Samad dengan meriahnya mengadakan 2 majlis serentak pada hari ini dengan sebelah petang majlis bertunang anak perempuan manakala pada sebelah malamnya pula ialah majlis bercukur rambut 2 orang cucu dan salah seorangnya adalah cucu saudara. Majlis bertunang dilangsungkan pada pukul 3:00 petang dan majlis bercukur rambut dijalankan selepas waktu Isyak.

Majlis bercukur rambut di pimpin oleh Ustaz Kamal secara "Keluarga Sakinah" dengan di dahului bacaan berzanzi dari Jemaah Surau Al Muhajirin dan di akhiri dengan bacaan tahlil dan doa yang di pimpin oleh Imam 1, Mejar (B) Hadzri Harom.

Jemputan di jamu dengan masakkan daging "kambing aqiqah" sempena kelahiran cucu beliau.

Dalam ucapan Ustaz kamal, beliau menyarankan supaya majlis cukur rambut saperti ini hendaklah di teruskan kerana amalan sunah ini sedikit demi sedikit telah mula di lupakan. Beliau juga menyedarkan bahawa amalan "potong jambul" adalah amalan tradisi yang tidak membawa apa-apa sunah dan hendaklah digantikan dengan majlis bercukur rambut saperti yang di lakukan pada malam ini.

Bagi menjawab soalan Hj Toha yang bertanya, ada pendapat yang mengatakan majlis membaca barzanzi dan cukur jambul sebagai bidaah, Ustaz Kamal menjawab bahawa bercukur rambut adalah sunah dan ada nasnya manakala majlis berzanzi dan tahlil adalah bidaah hasanah.
Jemputan diberikan oleh-0leh kek bahulu berserta dengan 2 biji telur.

2 comments:

  1. Alhamdulilah

    Syukur kehadrat Allah. Semoga kedatangan 'orang baru' menceriakan keluarga Hj. Daud khususnya.
    Nasib baik cucu sahaja yang bercukur. Kalau tidak dengan 'Tok Ayah'nya sekali kita kerjakan.

    ReplyDelete
  2. yang melucukan...pada pagi sebelumnya, terserempak dengan Adib di traffic light. Tanya dia "Dib siapa yang bertunang?" Disebabkan memakai helmet....Adib menjawab "Ayah....dgn org Kuala Paya!" Terkajuit den!

    ReplyDelete