Friday, May 29, 2009

PERTEMUAN RAKAN MUDA TY

Malam tadi, 28 Jun selepas Isya' diadakan pertemuan rakan muda TY yang berjaya mengumpulkan seramai 53 orang. Ramai dan meriah.

Hasil perbincangan terlantiklah ketua rakan muda iaitu sdr Amir dan penolong ialah Mahamad Syieqal. Aktiviti pertama ialah pertandingan futsal yang bakal diadakan pada 8 Jun ini di padang balai raya, TY. Ia melibatkan semua remaja dengan penajaan daripada Rukun Tetangga.

Aktiviti lain yang dirancang ialah xpdc ke Gunung Lumut di Kluang dan menggiatkan kompang. Banyak agenda lain yang boleh dibuat seperti silat, sukan, muzik dan budaya, kelab basikal, dan lain-lain. Masalahnya penggeraknya sahaja yang tiada berupaya...

8 comments:

  1. pembetulan: mahd saeqal...

    ReplyDelete
  2. saya rasa, pihak surau perlu menampal senarai nama rakan muda di surau bagi tujuan pembetulan dan penambahan maklumat baru. saya nak hantar tapi tak pasti alamat email p.cik atau ustaz.

    ReplyDelete
  3. saya nak minta maaf sekirannya terlebih dan tersalah cakap pada mesyarat tersebut...

    ReplyDelete
  4. setelah mesyuarat selesai, saya mendapatkan respon daripada rakan-rakan.. mereka menyatakan, mesyuarat tersebut terlalu formal dan menyebabkan mereka berasa bosan serta mengantuk. walaupun saya tahu, pada asalnye, cik rahman sememangnye mahu menjadikan mesyuarat itu tidak formal tetapi berdasarkan perjalanan mesyuarat, ia nampak formal... itu adalah respon daripada sesetengah daripada mereka.

    ReplyDelete
  5. pada pendapat saya, perjumpaan tersebut boleh menjadi tidak formal sekiranya, kita duduk atas lantai... bercakap tanpa perlu mengikut susunan.. ala macam kita wat latihan kompang... itu pendapat je....

    ReplyDelete
  6. walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak rukun tetangga dan pihak surau kerana telah cuba mengambil langkah baru untuk menyatukan remaja dan kanak-kanak di taman yayasan dan persekitaran. keprihatinan anda amat saya hargai... semoga, usaha ini dapat berterusan dan mudah-mudahan jasa anda diredhai allah...

    ReplyDelete
  7. email ustas: paksusegamat@yahoo.com dan pakchik agbr47@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. sy ariff...
    sy nk tanya skit..
    mcm mne nk msk rakan muda di TY..?

    ReplyDelete