Tuesday, May 10, 2011

PELANTIKAN IMAM DAN BILAL BARU

ALHAMDULILLAH pada mesyuarat AJK 4 Mei lalu diputuskan pelantikan imam tambahan surau Al-Muhajirin. Imam baru yang dilantik ialah HAJI YAHYA HAMZAH (bekas Imam Masjid Jamek Bandar Segamat) dan HAJI SULUS (sahabat kita dari Petronas).

Pelantikan ini mengambil kira kepada kekurangan dan komitmen imam yang sedia ada, yang nampaknya mereka semakin sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. Imam Hadzri (Imam 1) uzur dan tidak dapat mengepalai jemaah lagi. Ustaz Nawawi (Imam 2) semenjak berjawatan Timbalan Rektor UiTM Johor, keberadaannya di surau agak terbatas. Kerap out station ke Shah Alam dan sebagainya. En Samsuri (Imam 3) lebih kerap di surau, namun sesekali ada juga ruang yang terpanggil di luar. Malah dalam mesyuarat AJK pun, ke tiga-tiga imam ini tidak hadir mesyuarat atas urusan tersendiri.

Seperkara lain keperluan pelantikan imam ini bagi memenuhi imam pada solat hari raya. Contohnya pada raya puasa atau haji yang lalu, tiada imam yang ke depan kerana dua imam yang sihat (Ust Nawawi dan En. Samsuri) balik kampung. Perkara ini amat berat ertinya kepada surau kita.

Bilal tambahan yang dilantik ialah Tuan HAJI TOHA (pesara ESPEC) yang tentunya lebih masa terluang untuk mengimarahkan surau, khasnya pada waktu solat Zohor dan Asar.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada barisan imam dan bilal baru yang dilantik. Diharapkan surau kita akan lebih ceria dan makmur terpelihara pada masa akan datang.

Mengenai pelantikan AMIL, AJK telah membuat keputusan dan saya tidak pasti perkembangan selanjutnya...

ANY

No comments:

Post a Comment