Monday, June 27, 2011

Patah tumbuh bila akan berganti?

Sebelum ini Surau Al Muhajirin di perkenalkan dengan seorang pekerja dari Indonesia dikenali dengan nama Hadi. Hadi begitu peramah dan ringan tulang. Beliau begitu rapat dengan surau dan ahli ahli kariah di taman ini. Selepas beberapa tahun begitu rapat dan akhirnya terpaksa berpisah kerana projek perumahan yang beliau bertugas disitu telah tamat projeknya di kawasan ini. Dengar kabar Hadi dah kawin semula?

Dengan izin Allah, sekali lagi surau ini di perkenalkan dengan seorang lagi buruh kontrek pembinaan dari Indonesia, Khairil. Tidak saperti Hadi, beliau seorang yang pendiam dan tidak bergaul rapat dengan jemaah. Oleh sebab sikap beliau itu sehingga tak ramai yang kenal nama beliau. Kehadiran beliau di surau di habiskan dengan bersembahyang sunat, berzikir, membaca Quran dan kitab-kitab hadis. Umor jauh lebih muda dari Hadi. Umur  di antara 20 hingga 22 tahun sahaja. Alunan azannya juga cukup mendayu.

Keistimewaan Khairil ialah selepas fardu Magrib dan Subuh, sebaik sahaja Imam menghabiskan bacaan doa, jika ketiadaan En Omar Zaki, beliau akan kehadapan jemaah untuk membacakan maksud terjemahan hadis dari buku hadis yang ada di surau. Senakal nakal Cikgu (Tn Haji) Yusof akan terdiam jika hadis hadis ini di bacakan. Tn Hj Toha juga kerap menyentuh isi hadis yang di bacakan ketika bersembang dengan kawan kawan.

Suara beliau yang lunak dan sedikit bertelorkan Indonesia amat sedap di dengar. Bacaan yang jujur sehingga pernah Imam salah satu fardu Subuh untuk meminta beliau mengulangi sekali lagi bacaan terjemahan maksud hadis yang dibaca; Dari Abu Barzah Aslami ra meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai orang-orang yang hanya Islam dilidah dan belum beriman didalam hati! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan jangan sibuk mencari keburukannya. Barangsiapa yang sibuk mencari kesalahan orang Islam, Allah akan menzahirkan keburukannya sehingga didalam rumahnya sendiri (HR Abu Daud).

Keterangan: Didalam ayat yang pertama hadith ini memberi amaran bahawa mengumpat orang Islam adalah kerja orang munafik dan bukannya kerja orang-orang Islam. (Badhal Majhud). Imam tersenyum puas.

Sekali lagi kita terpaksa berpisah dengan Khairil atas sebab sama dengan Hadi. Cikgu Yusuf pasti akan merindui beliau kelak. Setelah beliau menunjokkan tauladan yang baik, selepas ini siapa diantara jemaah taman ini sendiri selain En Omar Zaki yang sanggup berkongsi ilmu saperti yang beliau contohkan?

Pehak pentadbiran surau wajar memberikan sedikit penghargaan kepada beliau diatas budi iklas beliau sepanjang bersama disini.

~agbr

No comments:

Post a Comment