Monday, December 22, 2008

BLOG AL-MUHAJIRIN

Blog ini mengisi bahan berkaitan surau Al-Muhajirin Taman Yayasan, Segamat, Johor.

2 comments:

  1. assalamualaikum.wbt. Pada pandangan saya, ustaz wajar untuk mengadakan satu bahagian dalam blog ini untuk pertanyaan soalan. Contohnya, "APA KATA USTAZ?". Bahagian ini wajar diwujudkan bagi memudahkan jemaah surau al-muhajirin khasnya dan seluruh umat Islam di dunia amnya, dapat menanyakan nasihat daripada sumber yang betul dan bertauliah.
    Kehidupan yang penuh dengan cubaan dan dugaan ini dapat menyebabkan pelbagai masalah akan timbul sama ada masalah peribadi ,rumahtangga, pelajaran dan lain-lain. Dengan kewujudan bahagian ini insyaallah setiap persolan yang malu untuk dipertanyakan di khalayak ramai dapat dikongsikan, dibincangkan dan seterusnya diselesaikan dengan cara yang betul serta berlandaskan syariat Islam.
    Bagi individu yang ingin menanyakan soalan-soalan agama juga boleh dikemukakan di bahagian tersebut. Contohnya, bahagian ibadah seperti solat jamak kasar yang kurang jelas bagi kebanyakan individu, bahagian faraid, bahagian muamalat, dan lain-lain.
    Mudah-mudahan, sekiranya bahagian tersebut diwujudkan, setiap persoalan kehidupan akan terjawab dan blog ini akan lebih aktif dan mendapat perhatian ramai. Insyaallah. wasalam.

    ReplyDelete
  2. Saudara Saeqal,
    Terima kasih atas cadangan tersebut. Jauh sangat saudara berbalik kebelakang. Article 6 bulan yang lalu.
    Walaupun cadangan itu baik, kami kena melihat kapasiti ustas semada dia berkemampuan melayan soalan-soalan yang bakal di terima dari pengunjung blog. Ustas cukup sebuk buat masa ini. Jawapan yang di berikan akan di baca oleh cedikiawan, ahli fikir dan mereka yang berfahaman sempit dan liberal. Ada kala juga soalan di ajukan bukan bertujuan untuk mempelajari perkara yang mereka tidak faham sebaliknya untuk menguji atau mengukur ilmu sesaorang. Sudah tentu jawapan yang di tulis di web/blog yang boleh di capai ke seluruh dunia hendaklah kualiti jawaban itu perlu di fikirkan. Hujah yang di sampaikan hendaklah secara ilmiah perlu di isi dengan nas-nas sejajar dengan kritis pemikiran pembaca-pembaca sekarang. Untuk memberi jawapan saperti itu, rujukan dan kajian perlu di lakukan terlebih dahulu. Untuk melayan soalan-soalan saperti itu, ustas perlu bekerja keras. Sudah tentu ustas terbatas untuk menjawab satu ada dua soalan sahaja. Untuk tujuan saperti ini, banyak yahoo group atau web mufti yang boleh di rujuk. Bagi web mufti, mereka mempunyai ramai petugas yang di khaskan bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Mufti hanya memeriksa jawapan itu sahaja. Mereka mempunyai rujukan mudah jika terpaksa melakukan perbahasan.
    Saya fikir, persembahan ustas yang santai dan membawa bahan yang ringgan lebih sesuai buat masa ini untuk ustas beriteraksi dengan penduduk di taman ini dan pembaca blog yang budiman sambil ustas berdakwah. Beberapa persoalan perlu di fikirkan terlebih dahulu sebelum menyediakan ruangan itu.
    1. Adakah semua soalan akan di publish ke blog?
    2. Adakah mencukupi kaki tangan untuk melayannya?
    3. Bagaimana jika berlaku perdebatan?
    4. Apakah mempunyai bahan rujuk yang mencukupi untuk memenuhi ragam pembaca yang pelbagai?

    Saya yakin, ustas boleh menjawab semua soalan itu jika hanya sekadar ingin tahu.

    Saya lebih suka soalan di ajukan secara beribadi dan di jawab juga secara peribadi.
    Saya cadangkan, jika ada masalah saperti yang di sentuh di atas, bolehlah post sahaja ke blog ini. Saperti yang saudara lakukan. Secara otomatik post tersebut akan sampai ke peti email ustas juga. Ustas masih boleh jawab tanpa mengambil kira persoalan yang saya kemukakan di atas.
    Mungkin saya fikir yang berat-berat. Keadaan yang sebenar mungkin tidak seberat itu. Saya akan rujuk semula kepada ustas itu menentukan format ruang sebagaimana yang di cadangkan. Terima kasih

    -agbr47: Dakwah itu banyak cara pendekatan. Blog ini salah satu dari pendekatan tersebut.

    ReplyDelete