Wednesday, February 4, 2009

Ampunilah dosa dia

Terasa penat betul sepanjang minggu ini. Banyak kerja kerja kilang yang perlu di selesaikan. Minggu lepas, mendapat berita ibu Hasnah demam dan menanggis supaya dia di hantar balik ke kampung. Rindu kepada rumah kata dia. Kakak ipar menghubungi kami dan kami bergegas pulang ke Kampung. Begitulah orang tua. Tidak selesa tinggal lama di rumah anak dan merasakan rumah sendiri adalah syurga untuk dirinya. Kakak ipar dan kami sama sama menuju ke kampung. Saya sampai di Kampong Sawah, Pekan Nenas, Pontian pada pukul 2.00 petang
 
Ibu mertua saya mengikut kakak ipar saya yang tinggal di Linggiu, Kota tinggi sejak selepas majlis perkahwinan anak saya, Nurul. Saya menziarahi ibu mertua saya sehari sebelum Hari Raya Aidiladha yang lalu. Selepas sampai di kampung tidak sangka pula ibu mertua saya setuju untok mengikut saya balik ke Segamat.
 
Dalam pulang ke Segamat, pukul 5.30 petang, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya Redzuan Cheah Abdullah, menyatakan bahawa isteri dia, Puan Jalilah baru kembali kerahmatullah. Saya minta dia bersabar dan berjanji akan ke rumah dia malam nanti. Isteri beliau mengidap barah payu dara. Beliau terpaksa mengorbankan kedua dua buah dadanya untuk dipotong. Walaupun telah dibuang kedua dua buah dadanya setahun yang lalu, beliau masih menghadapi kompilasi kesihatan. Beberapa hospital pakar telah di rujuk, walau bagaimana pun pihak hospital tidak dapat memastikan penyakit sebenar isteri beliau. Tiga minggu yang lalu, rakan saya telah merujuk ke rawatan tradisional di Kuala Lumpur.
 
Pembedahan di lakukan amat pelik. Waris tidak di benarkan masuk bilik bedah semasa pembedahan di mulakan. Apabila telah dibuka organ yang di bedah, waris di panggil masuk. Yang pelik bahawa proses pembedahan tersebut di lakukan dalam keadaan pesakit sedar. Pesakit boleh bercakap. Rakan saya melihat sendiri anggota yang di bedah dan organ dalaman. Tabib menunjukkan organ yang telah di keluarkan dari pembedahan itu dan menerangkan bahawa kerosak organ sudah terlalu teruk. Dia tidak yakin pembedahan itu dapat menyelesaikan kompilasi kesihatan yang di alami oleh isteri beliau. Satu lagi yang amat mengagumkan bahawa tiada jahitan di buat hanya memadai tape menutupi kawasan di bedah. Tabib hanya mengenakan bayaran RM 150 untuk rawatan pembedahan itu. Rakan saya ada memberikan alamat klinik tersebut kepada saya. 
 
Pada hari pertama Hari Raya Cina yang lalu, Allahyarhamah telah di masukkan ke hospital Segamat dan seminggu selepas itu pula menghembuskan nafas yang terakhir.  Doktor melaporkan bahawa hati, pancreas, jantung dan buah pinggan telah menghadapi kerosakan yang kronik. Di antara kariah Taman Yayasan yang sama sama menziarahi dan bersembahyang sunat jenazah adalah Tuan Haji Hassan Jantan (Noja) yang juga sepupu kepada Allahyarhamah.
 
Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunilah dosa dosa Allahyarhamah setelah engkau berikan dia dugaan dalam menghadapi sakit yang panjang. Dia, anak  anak dan suami reda dengan apa yang telah engkau beri, Ya Allah. Berikanlah kelapangan kubur dan mudahkanlah dia melalui Sirathalmustakim Mu dan jadikan lah dia bersama sama ambia ambia di syurga Mu. Amin. Ya Rabal Alamin Alfatiha.
 
 
 
 


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!

No comments:

Post a Comment