Sunday, February 1, 2009

Gayung di hayun tidak bersambut

Surau Al Muhajirin (28hb. Januari 2009). Ahli Jawatankuasa Badan Tadbir Surau mengadakan mesyuarat terjadual. Antara lain membincangkan ucapan penangguhan pada Mesyuarat Agong yang lalu. Antara ucapan penangguhan yang menarik perhatian saya ialah ada ahli yang kesal kerana segelintir remaja yang datang ke surau khususnya pada malam Jumaat tidak berjemaah maghrib, tidak bersama sama menyertai tahlil tetapi hanya duduk di bangku di perkarangan surau. Pada waktu makan tiba tiba timbul dan kemudian hilang selepas itu.
 
Pengerusi yang mengulas ucapan tersebut kelihatan tersepit antara memulihara akhlak yang baik dengan berdakwah berhemah. Walau bagaimanapun Pengerusi berpandangan bahawa tidak kira atas niat apa pun kehadiran remaja itu ke surau, walaupun pada mulanya hanya atas tujuan makan pasti akan terbuka jua hati mereka akhirnya untuk bersama sama melakukan sembahyang berjemaah dan mengikuti kegiatan kegiatan yang di anjur kan oleh surau.
 
Perkara seperti ini kerap di bincangkan oleh jemaah. Sebahagian jemaah berpendapat bahawa surau adalah rumah suci Allah. Dari itu sesiapa yang ada di dalam kawasannya hendaklah menjaga semua unsur kesucian termasuk akhlak. Jika tidak boleh melakukannya, lebih baik tidak ada. Kehadiran orang seperti ini tidak menambah kebaikan kepada jemaah malahan mengurangkan keberkatan mereka pula di sebab kan gangguan gangguan yang mereka lakukan. Sebahagian lagi berpendapat tidak kira apa niat, asalkan mereka telah ada dalam kawasan surau adalah satu rahmat. Lambat laun akan mendapat hidayah Allah jua.
 
Saya amat bersetuju dengan pandangan Pengerusi. Bukan mudah hendak membawa remaja datang ke surau. Jika sejak remaja mereka tidak boleh melangkah masuk kawasan surau, apakah apabila dewasa kelak mereka boleh melakukannya? Jika di ambil nisbah penduduk cuba kita anggarkan berapa peratusan yang hadir ke majlis mingguan, tahunan yang di anjur kan oleh surau. Jika budaya ke surau tidak di pupuk sejak kanak kanak hingga remaja lagi tidak mungkin apa bila telah dewasa mereka mampu untuk mengubahnya..
 
Fardu Jumaat adalah kes terpencil dalam hal ini. Statistik telah membuktikan bahawa masjid dan surau penuh pada hari Jumaat di sebab kan hari tersebut adalah hari bekerja. Ke banyakkan pekerja walaupun pada waktu lain tidak bersembahyang tetapi oleh sebab rakan rakan mereka ke masjid, atas nama maruah mereka pun pergi juga. Keadaan ini berubah selepas kerajaan Negeri Johor menetapkan hari cuti rehat kepada hari Ahad. Selepas itu masjid menjadi sesak pada hari Jumaat. Jika hari rehat pada hari Jumaat, mereka jadikan hari tersebut sebagai hari bersuka ria, melancong atau berehat di rumah.
 
Jika ada kegiatan mubaligh, kita lihat jemaah mubaligh bersungguh sungguh menjemput penduduk supaya datang ke surau mengikuti program yang mereka atur. Jika ada penduduk yang datang mereka boleh menyampaikan visi mereka kepada yang hadir. Jika tidak ada yang datang visi mereka akan tergantung begitu sahaja. Walaupun di jemput, adakah penambahan jemaah pada hari itu. Yang hadir adalah muka yang sama. Mereka hadir bukan kerana di jemput oleh mubaligh. Mereka yang telah sememangnya membudayakan diri dengan surau.
 
Kini gayung telah di hayun. Siapa yang sambut. Rezeki telah berada di hadapan pintu siapa yang hendak mengambil rahmat Nya? Remaja telah datang tanpa di jemput, siapa yang sanggup menyambut mereka dan memberikan bimbingan dan panduan supaya mereka bergerak dan  melakukan mengikut yang sewajarnya. Saya yakin jika ada yang sanggup berjumpa dengan mereka dengan pendekatan yang sesuai, pasti kita boleh menawan mereka. Menempelak tidak menguntungkan mana mana Pihak. Tuan tuan sanggup?
 
Ghani- Kasihan tengok Ustaz kena mengejar kanak kanak yang nakal dan bising termasuk anak sendiri waktu jemaah lain sedang bersembahyang.
 


Nikmati lebih banyak perbualan di blog dan tapak web
Alaminya dengan Online Pingbox Creation Wizard

3 comments:

  1. Tahniah,surau tuan boleh adakan blog. Saya banyak dengar pasal surau tuan. Surau tuan telah di anugerah surau cemerlang. Sebab itu saya pilih untuk berjemaah di surau tuan jika saya lalu surau tuan balik rumah saya di Keratong. Saya kesal ada jemaah yang bercakap ketika iman baca wirid dan doa. Saya alami 2 kali macam itu. Pernah sekali saya duduk sebelah dia. Dia bercakap terlalu kuat. Orang tua dengan budak budak pun sama. Tempat saya pun macam itu. Sekarang saya singgah masjid Sulir.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas teguran membina darp saudara. Maaflah keadaan seperti ini sering berlaku di mana-mana masjid.. lagilah di sini yang kelihatan jemaahnya terlebih ceria hingga mengganggu kosentrasi berzikir.

    Sudi-sudilah datang singgah ke surau kami lagi dan perkenalkanlah diri saudara agar ikatan mahabbah sedia terjalin. terima kasih atas kunjungan ke blog kami..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Anonymous. Maaf, saya terlepas pandang komen saudara. Alhamdulilah, Ust Ahmad Nawawi telah memberikan respond. Saya bersetuju dengan pandangan Ust supaya tidak menjauhkan diri. Semakin dekat, makin banyak yang boleh kita perbaiki dan sumbangkan. Boleh kami tahu, dari mana saudara tahu tentang blog kami. Dari rakan, buletin surau atau internet? Maaf, blog kami masih lagi baru. Banyak bahan yang belum sempat kami upload. Terima kasih atas teguran dan kunjungan ke blog kami.

    Ghani: Kami jadikan teguran sebagai pemacu kecemerlangan.

    ReplyDelete