Sunday, February 22, 2009

POLISING COMMUNITY DI TAMAN YAYASAN

COMMUNITY POLISING telahpun ditubuhkan di Taman Yayasan yang dipengerusikan Cikgu Yusof Embut sebagai satu prorgam kerjasama polis dan penduduk setempat bagi membanteras jenayah. Di Taman Yayasan, jenayah pecah rumah, kecurian motorsikal dan ragut antara yang berbanyak dilaporkan.

Sehingga kini, program rondaan malam telah dijalankan di TY dan sambutannya agak menggalakkan walaupun kurang memberangsangkan daripada masyarakat Cina.

Diharapkan program seperti ini mendapat kerjasama semua pihak bagi menentukan kawasan kita selamat dan aman daripada gejala negatif. Dalam satu mesyuarat yang diadakan Sabtu 21 Feb di Hotel VIP (Pelangi), urusetia bersetuju untuk mengadakan hari pelancaran PC di Taman Yayasan. Dijangkakan pada April ini akan dilangsungkan Hari Pelancarannya dengan kerjasama Polis Segamat, MDS, Rukun Tetangga, RELA dan agensi kerajaan lain..

Cumanya tak nampak pula kertas kerja untuk projek sebegini, mungkin SU boleh siapkan satu kertas kerja pelaksanaan kelak...

1 comment:

  1. Baguslah tu. Saya tabik hormat dengan Hj Yusof. Auranya amat tinggi. Apa di buat semua menjadi. Kadang-kandang tak terfikir dalam kepala segala rancangan dia boleh mendapat sokongan. Semoga dapat bekerja sama dengan RELA yang memang telah ujud di Taman ini.
    Ghani: Cikgu, tolonglah kelas marhaban kami.

    ReplyDelete