Monday, September 14, 2009

CUCU SULUNG EN. GHANI

Malam tadi (14 Sept, jam 11pm) Nurul selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Putrajaya. Tahniah kepada En Ghani kerana mendapat cucu pertamanya. Sebelum ini dia kelihatan sibuk mengemas rumah dan menyediakan kelengkapan bayi (terserempak Kak Hasnah beli kain batik di pasar malam TY) yang dijangka lahirnya 2 hari selepas raya.

Tapi itulah ketentuan Allah, bayi kecil ini mahu difitrahkan juga oleh bapanya.. (Bayar fitrah tau..) Semoga Nurul bertambah bahagia dengan kelahiran cahamata ini, dan En Ghani tentunya makin berat untuk berpanjangan berada di Batu Pahat.. Betul tak Sdr Rizal?

Tahniah daripada kami di Surau Al-Muhajirin.
(Nak kena masukkan foto bayi kecil tu..)

1 comment:

  1. Tahniah untuk Kak Nurul n Abg Rizal. Tahniah juga keada cik ghani dan cik nah... mudah2an kelahiran cahaya mata ini, Allah akan menambahkan lagi sinar bahagia kak nurul dan abg rizal. insyaallah... pe namenye? mesti comel... macam mak dan bapaknye...huhu..

    ReplyDelete