Monday, August 1, 2011

IMAM DAN JEMAAH DI BULAN RAMADAN

Giliran imam, bilal dan noja bertugas sepanjang Ramadan telah diedarkan. Begitu juga giliran membawa juadah moreh. Kali ini seramai lima orang imam bergilir ganti mengimamkan solat tarawih; Imam Hazri, Ustaz Nawawi, Samsuri, Haji Yahya dan Hj Sulur.

Surau kita pula bercat baru yang lebih ceria dan cantik, temboknya. Terima kasih keapda semua yang bergotong royong, tukang catnya En Aziz (Botak) yang tekun dan teliti mengecat.

Moreh kali ini juga nampak meriah. Ramai jemaah solat dan mengimarahkan surau kita. Alhamdulillah.

Setiap petang kita berbuka puasa di surau dengan juadah ala kadar,s ebelum kita solat Maghrib berjemaah. Itu yang best. Ringkas dan mudah. Harap-harap selepas tu, tak lah pula cover banyak-banyak di rumah...

Bubur lambuk juga akan kita sediakan. Pak Rahman kata pada setiap Sabtu kita akan edarkan bubur lambuk kepada jemaah. Pastikan anda datang mengambil bubur lambuk pada Sabtu ini...

Ya Allah, ramhatilah kami semua jemaah di surau ini, di taman ini dan di tempat ini... Kami sayang jemaah kami, kami sayang saudara seagama kami...

Monday, July 25, 2011

AHLAN YA RAMADAN

Genap seminggu lagi kita akan berpuasa, berjemaah tarawih dan beribadah sebaiknya pada Ramadan.

Surau mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan semoga kita dapat menghayati Ramadan terbaik selamanya.

Jadi yang terbaik pada Ramadan ini..

Wednesday, July 20, 2011

SYAABAN..

Ketika akan munculnya Ramadan, maka banyaklah kenduri kendara yang diadakan oleh kalangan umat Melayu. Alhamdulillah bertambah rezeki mereka yang mengadakan majlis berkenaan. Minggu ini, surau kita penuh dengan agenda kenduri dan tahlil.

Isnin lalu kenduri Ustazah Rosnah
Selasa di Rilex Zone, kafe baru di TY
Rabu giliran En Baharudin yang kembali berpindah ke Taman Yayasan dari Kelantan.
Khamis - memang bacaan Yasin
Jumaat -
Sabtu -
Ahad -  Astaka Jaya 19

Wednesday, July 13, 2011

KULIAH MAGHRIB BERSAMA PROF DR HJ MUHD KAMIL DI SURAU

Kuliah Maghrib berkenaan akan diadakan pada 14 Julai 2011 (Malam Jumaat) di surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan. Prof yang akan berhijrah ke Universiti Tayibah Madinah September nanti, akan mengisi ruang "Malam Semarak Ramadan' bermula sepelas Maghrib.

Mungkin ini kali terakhir beliau bersama kita di surau, sebelum hijrah.

Diharap ramai yang dapat mengambil manfaat. Bawalah keluarga dan ajaklah jiran untuk turut serta.

Sunday, July 3, 2011

SAUDARA KHAIRIL (DARI INDON)

Saudara Khairil sahabat kita yang selalu berjemaah di surau. Datangnya dari Indon, entah dari wilayah mana. Telah beberapa kali berulang alik bekerja di Malaysia hampir sepuluh tahun. Apa yang menariknya ialah beliau rajin datang berjemaah, berjalan kaki dan rajin pula bermasyarakat.




Dia ringan tulang, membantu jemaah lain kemas mengemas setelah majlis selesai. Boleh menjadi bilal apabila diperlukan. Malah dia juga mengisi slot 'tazkirah' selepas Subuh saban hari dengan membaca hadis-hadis fadilat amal beberapa kerat.



Selalunya tazkirah subuh (bacaan hadis rakan Tabligh kita) disampaikan Omar Zaki bergilir ganti dengan Haji Burhanudin. Haji Burhanudin akhirnya berpindah ke Bandar IOI, tempatnya diambil alih Sdr Khairil. Dan dia terlebih kerap membacanya saban hari. Suaranya lunak dan keras. Sesuai untuk tazkirah pagi-pagi untuk mengetuk pintu hati kami yang sering tertutup.



Kini Khairil tiada lagi, buat sementara. Majikannya membawanya bekerja di Kluang dan entah bila akan kembali semula ke Taman Yayasan.



Dua perkara yang menarik daripada kisah ini;



1. Orang yang baik, biasa berjemaah akan tetap datang berjemaah di masjid.



2. Orang yang ringan tulang, boleh berinteraksi dengan masyarakat, akan lebih mudah dikenali dan dihargai. (Ramai orang Malaysia kita yang tidak peduli masjid dan surau, tak peduli masyarakat dan ummah; lalu mereka juga tidak dikenali oleh masyarakat)



Seperkara lagi ialah sikap KETERBUKAAN ahli kariah, pengurusan dan jawatankuasanya menerima sesiapa sahaja berkhidmat dan berbakti di surau/masjid adalah perkara pokok. Khairil boleh azan bukan kerana tiada bilal, tetapi kita membenarkan jemaah yang sukarela untuk azan, berazan. Diapun gembira dapat berazan. Saya pernah dimaklumkan ada sesetengah masjid yang tidak membenarkan 'orang Indon' mengambil saf hadapan, atas alasan 'awak orang Indon'.. Masya-Allah, teruknya.



Kesediaan kita untuk menerima jemaah yang hadir, seperti yang selalu diceritakan Haji Toha; menjadi penambat hati jemaah untuk datang berjemaah.

(Artikel ini saya masukkan dalam blog ini sebelum membaca artikel isu yang sama yang ditulis AGBR sebelumnya) Terima kasih.. hati kita serupa..

Monday, June 27, 2011

Patah tumbuh bila akan berganti?

Sebelum ini Surau Al Muhajirin di perkenalkan dengan seorang pekerja dari Indonesia dikenali dengan nama Hadi. Hadi begitu peramah dan ringan tulang. Beliau begitu rapat dengan surau dan ahli ahli kariah di taman ini. Selepas beberapa tahun begitu rapat dan akhirnya terpaksa berpisah kerana projek perumahan yang beliau bertugas disitu telah tamat projeknya di kawasan ini. Dengar kabar Hadi dah kawin semula?

Dengan izin Allah, sekali lagi surau ini di perkenalkan dengan seorang lagi buruh kontrek pembinaan dari Indonesia, Khairil. Tidak saperti Hadi, beliau seorang yang pendiam dan tidak bergaul rapat dengan jemaah. Oleh sebab sikap beliau itu sehingga tak ramai yang kenal nama beliau. Kehadiran beliau di surau di habiskan dengan bersembahyang sunat, berzikir, membaca Quran dan kitab-kitab hadis. Umor jauh lebih muda dari Hadi. Umur  di antara 20 hingga 22 tahun sahaja. Alunan azannya juga cukup mendayu.

Keistimewaan Khairil ialah selepas fardu Magrib dan Subuh, sebaik sahaja Imam menghabiskan bacaan doa, jika ketiadaan En Omar Zaki, beliau akan kehadapan jemaah untuk membacakan maksud terjemahan hadis dari buku hadis yang ada di surau. Senakal nakal Cikgu (Tn Haji) Yusof akan terdiam jika hadis hadis ini di bacakan. Tn Hj Toha juga kerap menyentuh isi hadis yang di bacakan ketika bersembang dengan kawan kawan.

Suara beliau yang lunak dan sedikit bertelorkan Indonesia amat sedap di dengar. Bacaan yang jujur sehingga pernah Imam salah satu fardu Subuh untuk meminta beliau mengulangi sekali lagi bacaan terjemahan maksud hadis yang dibaca; Dari Abu Barzah Aslami ra meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai orang-orang yang hanya Islam dilidah dan belum beriman didalam hati! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan jangan sibuk mencari keburukannya. Barangsiapa yang sibuk mencari kesalahan orang Islam, Allah akan menzahirkan keburukannya sehingga didalam rumahnya sendiri (HR Abu Daud).

Keterangan: Didalam ayat yang pertama hadith ini memberi amaran bahawa mengumpat orang Islam adalah kerja orang munafik dan bukannya kerja orang-orang Islam. (Badhal Majhud). Imam tersenyum puas.

Sekali lagi kita terpaksa berpisah dengan Khairil atas sebab sama dengan Hadi. Cikgu Yusuf pasti akan merindui beliau kelak. Setelah beliau menunjokkan tauladan yang baik, selepas ini siapa diantara jemaah taman ini sendiri selain En Omar Zaki yang sanggup berkongsi ilmu saperti yang beliau contohkan?

Pehak pentadbiran surau wajar memberikan sedikit penghargaan kepada beliau diatas budi iklas beliau sepanjang bersama disini.

~agbr

Saturday, June 25, 2011

Ruyati Satubi Selamat Menjalani Hukuman.


Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi pada Sabtu 18 Jun 2011 yang lalu. Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Semuga Allah mengampunkan dosa dosanya yang lalu dan kematian beliau kekal di dalam iman. Al Fatiha.

Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.





RUYATI SATUBI


JAKARTA - Kerajaan Arab Saudi memohon maaf berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang pekerja wanita Indonesia yang dipancung di Makkah, minggu lalu.  Media Indonesia melaporkan, Duta Arab Saudi di Jakarta, Mohammad Amin Al Khayyat memohon maaf bagi pihak negaranya kerana tidak memaklumkan mengenai waktu perlaksanaan hukuman itu kepada Jakarta semasa mengadakan pertemuan de-ngan Kementerian Luar Indonesia, kelmarin. Indonesia, minggu lalu membantah hukuman itu dan meminta pekerja negara itu diberi pelindungan lebih baik di Arab Saudi. Selain itu, kerajaan Indonesia juga meminta Arab Saudi memulangkan mayat wanita itu ke negara asalnya untuk pengebumian. Kelmarin, Parlimen Indonesia menggesa kerajaan berhenti menghantar pekerja ke Timur Tengah terutama Arab Saudi selepas pembantu rumah Indonesia, Ruyati Sapubi, 54, dipancung kerana membunuh majikannya menggunakan pisau pemotong daging selepas tidak dibenarkan pulang ke Indonesia. Kebanyakan Ahli Parlimen menegaskan Arab Saudi tidak patut mendapat faedah buruh murah Indonesia sehingga Riyadh bersetuju melindungi hak asasi pekerja tersebut.
Sumber: Hok Sengoti
Di Petik oleh: agbr

Friday, June 24, 2011

Majlis Isra

Dalam khutbah yang di bacakan oleh Khatib di Surau Al Muhajirin pada Fardu Jumaat yang lalu menyentuh tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa yang amat besar dan sukar di percayai oleh orang orang Arab pada masa itu sehingga ada yang menjadi murtad. Orang Arab telah bertanya kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq samada beliau mempercayainya. Saidina Abu Bakar as-Siddiq menjawab jika Muhammad SAW yang bercakap aku mempercayainya. Barulah ramai antara yang telah murtad kembali beriman selepas mendapat dorongan dari Abu Bakar ra.

Khatib juga berhujah bahawa malaikat di jadikan dari cahaya. Ilmu modern yang kita perolehi hari ini memperakui dan percaya bahawa kelajuan cahaya begitu laju ( 299,792,458 meter sesaat). Dari itu adalah tidak mustahil malaikat Jibrail boleh membawa Nabi Israk dan Mikraj hanya dalam masa perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi dan Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.

Penulis amat tertarik hujah saintifik saperti ini. Hujah saperti ini akan lebih mudah di fahami oleh gulungan terpelajar hari ini. Ilmu sains itu sendiri adalah ilmu kurniaan Allah yang boleh membuktikan peristiwa peristiwa besar yang di nyatakan oleh Al Quran dan kebesaran kejadian kejadian ciptaan Allah untuk umatnya yang lain. Tidak sekadar berhujah itu kuasa Allah. Jangan pertikaikan kuasa Allah.

Pada zaman Nabi, jangan katakan Nabi melakukan Israk dan Mikraj, jika di katakan manusia boleh terbang di udara dan besi boleh timbul di laut pun mungkin mereka tidak akan percaya. Semoga pendakwah pendakwah dan penceramah penceramah akan mengunakan kaedah saintifik saperti ini dalam hujah hujah mereka dalam berhadapan dengan masyarakat moden hari ini yang berfikiran komplek dan berlandaskan fakta fakta.

Sempena dengan peristiwa itu, Surau Al Muhajirin akan mengadakan Sambutan Majlis Israk dan Mikraj pada 29 Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu malam Khamis untuk menghidangkan pengetahuan yang lebih mendalam berhubung peristiwa Israk dan Mikraj kepada kariah di sini. Semua umat Islam di jemput hadir. Ceramah akan di buat selepas fardu Magrib.

Wednesday, June 15, 2011

SOLAT GERHANA

Malam ini, awal pagi kita akan bangun sama-sama berjemaah solat gerhana bulan. kita bermula jam 4.00 pagi; solat tahajud, tasbih dan gerhana; khutbah dan witir sebelum datangnya Subuh.

Diharap ramai yang hadir..

Ya Allah, bangunkanlah aku.. Aku mahu menjadi insan yang baik di sisi-Mu...

Monday, June 13, 2011

Pelik tapi benar.

Pelik tapi benar. Kita tidak terfikir fahaman macam ini boleh berlaku, tetapi benar benar berlaku. Mudah mudahan kita tidak mudah di balek balekkan hati kita supaya di sesatkan oleh-Nya. Perkara saperti ini amat mudah untuk kita fikirkan logik atau tidak lojiknya. Semoga Allah akan tetapkan hati kita semua.

Transkip wawancara dengan Khadijah Aam @Bonda Ummu Jah

ISTERI ketiga Ashaari Muhamad ini bikin gempar lagi, kali ini dalam satu wawancara eksklusif yang dirakam untuk tatapan pengikut-pengikut Ashaari lebih dikenali dengan Abuya, beliau mendakwa Abuya tidak mati sebaliknya bergabung dengan Nabi Muhammad SAW dan Imam Mahdi.

Kami siarkan sepenuhnya sedutan wawacara yang dipengerusikan oleh anak sulung ashaari, Fakhrul Razi, yang dikatakan dirakam di Mekah pada Mac lalu dan disiarkan dalam youtube.
Soalan: Umumnya masyarakat sangat menerima baik kita (jemaah Abuya) cuma mereka mempersoalkan akidah sahaja. Jadi bagaimana kita hendak mengungkaikan persoalan ini.

Ummu Jah : Biasanya orang berkata buah yang harum dan manis yang sangat ditunggu musimnya itu tentu dari pokok yang baik. Tetapi nampaknya hari ini orang berkata ada buah yang baik tetapi datangnya dari pokok yang tak baik.

Jadi saya hendak bertanya di sini mengapakah jadi begitu. Mengapakah keadaan anti-klimaks atau double-standard ini telah berlaku dalam masyarakat kita.

Soalnya, mengapakah proses untuk menyesatkan akidah seseorang itu menggunakan ISA yakni tanpa perbicaraan yang dibuat di mahkamah syariah. Sepatutnya selepas dibacakan fatwa sesat pada 5 Ogos 1994 itu, pemimpin-pemimpin Arqam dibawa berbincang, diterangkan satu persatu hal-hal yang dikatakan sesat itu.

Soalan-soalan semua dibenarkan dan penjelasan dari pihak yang didakwa itu pun mahu didengar. Kemudian, bandingkan dengan Quran dan Sunnah hinggalah semua mereka setuju dan menyesal di atas kesesatan. ISA itu menggunakan kaedah memaksa agar mengaku sesat. 

Kalau kes mengancam keselamatan negara bolehlah diselesaikan secara ISA. Namun bila dikaitkan dengan ajaran yang menjadi amalan seseorang, bila dipaksakan begitu, hati orang memberontak.

Memang ada dibuat kursus-kursus pemulihan, tetapi satu hala, penuh ugutan dan percakapan diundang-undangkan yakni jangan bercakap perkara yang tidak dibenarkan sekalipun benar. Alhasil, sampai sekarang masalah tak selesai. Orang tak boleh terima kerana perbuatan menyesatkan orang itu mencurigakan.

Perkara yang diharamkan itu ialah Aurad Muhammadiah, Ashaari Muhammad, jemaah Arqam, Imam Mahdi dan daulah Islamiyah. Sebenarnya, selagi isu sesat masih dimainkan, ertinya ISA dan kursus pemulihan bahkan fatwa itu sendiri akan dikatakan gagal atau bolos. 

Tidak dizinkan Allah untuk menyelesaikan masalah Arqam dengan sebenarnya sebab pejuang-pejuang masih bertahan dengan ajaran. Jadi jalan keluar yang baik adalah isu sesat jangan dimainkan lagi, izinkan bekas Arqam hidup aman damai di bumi Malaysia. Katakanlah kes Arqam sudah selesai.

Dan kami sekarang sebenarnya berada di Mekah, di hadapan Kaabah, kalaulah kami sesat, kami sangat-sangat bersedia untuk dihukum oleh Allah di dunia daripada dihukum di akhirat.

Kaabah itu mahkamah Allah yang sangat boleh menghukum. Jadi saya cadangkan supaya dikatakan kes Arqam ini  kes sesat sudah tidak berlaku kepada bekas-bekas Arqam dan cuba fikirkan risikonya apa, sedangkan kalau kita katakan isu sesat masih berlaku, inilah masalahnya, masyarakat orang Islam masih berpecah belah tapi kalau kita katakan dah tutup, dah selesai, cuba fikirkan, mana lebih baik. Dalam masyarakat kita majmuk begini, dalam keadaan dunia yang penuh masalah, mana lebih baik kita tutup kes Arqam atau kita buka-bukakan?

Kenapakah di waktu ini kita semua diminta bertawassul kepada RSA (Rasulullah, Saiyidi dan Abuya) sedangkan sebelum ini kita bertawassul kepada Abuya.

Ummu Jah:  Mengapakah Abuya ghaib? Kita semua sama-sama kehilangan Abuya sekarang. Sebelum Abuya pergi, apakah pesanan-pesanan Abuya kepada kita? Atau siapakah yang dapat menghubungi Abuya di alam ghaib untuk menerima panduan kepimpinannya? Bahkan kalau ada yang dapat pun, bila dikhabarkan ” ini dari Abuya”, masalahnya ada yang kata apa jaminan perkataan itu bukan syaitan.

Sebenarnya, sebelum perginya Abuya ke alam ghaib, Abuya selalu melatih saya untuk berhubung dengan Rasulullah SAW.

Caranya diberi salam kepada baginda Rasul macam dalam sembahyang, dalam tahiyyat ” Assalamualaika ya ayyuhannabiyyu “.

Maka dengan izin Allah, Rasulullah hadir dalam bentuk cahaya. Jadi saya pun berdialog dengan hati ke hati dengannya, dan itu BUKAN SYAITAN!

Semua orang tahu bila ada pengakuan ” Saya Rasulullah” itu tidak mungkin syaitan. Jadi dari sumber inilah, dari sumber yang Abuya tinggalkan kepada kita ini saya difahamkan bahawa ghaibnya Abuya bermakna bergabung dengan Rasulullah dan Saiyidi.

Kenyataan bergabungnya adalah sudah diberitahu kepada kita sebelum ini, semua orang pernah dengar Abuya kata di belakang saya Saiyidi, di belakang saya Rasulullah.

Jadi, bila itu berlaku kita berkata ” Oh, begini ke caranya, Abuya tak cerita pula. Rupanya gabungan itu berlaku di alam roh kerana nabi itu berada di sana. Dan pemergian Abuya, selain bergabung ialah menyerahkan jemaahnya ini kepada nabi akhir zaman Rasulullah SAW.

Kita bangga kerana pemimpin kita satu-satunya yang telah mencipta kenyataan bahawa dia telah menyerahkan atau menghubungkan orang-orangnya dengan nabi akhir zaman. Belum pernah dengar cerita ni.

Belum ada pemimpin yang mampu melakukan dan kita terkejut ” Eh! Ya Allah, aku memanglah tertanya-tanya selama ini, macamana kita ada nabi, tetapi tak ada hubungan, jadi bila ini berlaku, bila kenyataan ini datang pada kita, kita memang terkejut, tapi kita banggalah.”

” Eh! Ya Allah, nabi akhir zaman telah ditemui!”

Maka sepanjang ghaibnya, Rasulullah SAW yang mengetuai kepimpinan. Jadi apa yang saya dapat itulah semuanya dari Rasulullah. Di antaranya adalah tawassul kepada RSA [ Rasulullah, Saiyidi ( Sheikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi atau Imam Mahdi dalam kepercayaan Al Arqam: Pengarang ) dan Abuya .

Memang Abuya nak begitu. Yakni bila terjadi serahan kuasa jemaah secara ghaib, pengikut tidak lagi hanya ada Abuya, tetapi Rasulullah dan Saiyidi juga. Bukankah Abuya sudah ceritakan hal ini selama ini?

Kenapa kita tidak berkata di akhir zaman, di mana zaman sudah lebih jahiliyyah dari jahiliyyah pertama, kepimpinan Abuya seorang tentu tidak cukup untuk mengempayarkan Islam semula.

Gabungan ketiga-tiganya amat diperlukan. Dan kalau kita setuju itu maka tidakkah bertuahnya kita, boleh, dibenarkan , diziinkan  sesuatu yang belum diizinkan sebelum ini iaitu memanggil atau bertawassul kepada RSA.

Kenapa banyak amalan-amalan baru yang dibuat sekarang yang tak dibuat di waktu sebelum Abuya ghaib contohnya pencak dan tarik duit?

Ummu Jah:  Saya rasa salah fakta mengatakan amalan baru yang tak pernah dibuat masa Abuya sebab semua orang tahu bahawa Abuya pernah berpencak dan Abuya pernah tarik duit dari alam roh.

Bahkan bila SB ( polis cawangan khas ) datang, SB  tanya macamana dapat duit banyak ni, Abuya jawab ” Dari bank Tuhan, Tuan”.

Jadi itu salah fakta tapi semua itu Abuya tidak izin kita amalkan di masa itu. Cuba kita fikirkan hikmahnya jika kita disuruh amal waktu itu. Yang Abuya izinkan ini setelah dia ghaib. RSA ni muncul bilamana Abuya ghaib.

Kejadian Abuya ghaiblah menjadi punca bagi segala-galanya ini sedangkan Abuya tak pernah  cerita yang dia akan ghaib. Jadi kalau difikirkan/nak apapun, pandukan (kepada) keghaiban Abuya itu. Atau katakan Abuya mati (supaya tak bergaduh ). Semua ini berlaku setelah Abuya tiada.

Kalau Abuya ada takkan saya nak buat macam ni. Abuya tak pernah pula beritahu pada sesiapa agar jangan berbuat apa-apa pada jemaah ini kalau Abuya tiada. Ada tak sesiapa yang menerima pesanan kalau Abuya tak ada nanti jangan buat apa-apa kat jemaah Abuya, teruskan, jangan usik-usik, teruskan.

Gambarkan, kalau Abuya tak ada, terus macam itu sahaja, seolah-olah kita kata Abuya matilah, walaupun mulut kata ghaib. Ghaib itu untuk meneruskan kepimpinan. Abuya tentu akan  meningkat-ningkatkan kepimpinannya.

Realitinya jemaah Abuya kini jemaah berpemimpinkan pemimpin gabungan. Atas arahan merekalah semua program terkini itu berlaku.

Cuba fikirkan betul-betul kalaulah arahan itu arahan saya, saya kata ” Semua orang pencak,” Tanpa kerjasama alam ghaib atau RSA untuk proses hati-hati untuk taat, faham dan yakin, boleh berlaku kah satu dunia orang nak pencak. Cuba menungkan betul-betul. 

Kenapa hati orang mahu? Kerana faktor adanya proses hati yang dibuat oleh RSA. Mustahil tanpa  Imam Mahadi, atas dasar Ummu Jah semata-mata satu dunia mahu  pencak. Mustahil, tolong rasionallah dalam memperkatakan ini. Mesti ada suatu kuasa di belakang ini semua.

Bagaimana jadual-jadual yang disebut oleh Abuya sebelum ini berubah-ubah dan tak jadi, contohnya jadual kebangkitan Islam dari Timur selepas itu ke Khurasan (panggilan kepada Iran, Afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan :Pengarang) dan seterusnya ke Haramain (dua tanah suci atau Mekah dan Madinah; Pengarang). Tetapi mengapa berlaku sebaliknya?

Ummu Jah:  Abuya tak pernah beritahu pun bahawa jadual Tuhan itu di antaranya adalah Abuya ghaib. Tetapi kenapa ia terjadi? Sekarang Abuya sedang memimpin jemaahnya dari alam ghaib. Ini sesuatu yang kita tidak pernah sangka, tak pernah terfikir, kalau ada orang yang cuba cakap pun itu setelah terjadi. Tetapi sebelum itu tiada siapapun terfikir.

Sedangkan ini cukup besar, cukup menentukan seseorang itu boleh terima ke tak boleh terima. Sepatutnya Abuya dah hint-hintlah dulu  - Nanti ada sesuatu nak jadi, jangan terkejut pula, macam ISA tu ha, ramai yang lari. Nanti apa-apa jadi kalau pelik-pelik sikit tu, jangan lari-lari pulak.

Tak ada, langsung tak cerita. Saya pun, sesaat lagi Abuya nak ghaib tu, baru Abuya kata. Sebab saya harap Abuya janganlah mati, secara roh sahajalah saya cakap tu sebab dia sudah memang koma lamalah, beberapa jam sebelum tu dan saya mendengar respon Abuya

” Takkan kamu nak suruh Abuya buat, Abuya yang macam ni, Abuya yang macam jerangkung ni, gigi tak ada, dan kaki pun dah macam kayu ni.’

Dan saya pun ( terdetik ) “Eh! Apa nak jadi ni?” Lepas tu saya tengok semua papan penunjuk tentang organ-organ Abuya ni semuanya zero. Ya Allah, tapi saya hairan saya tak histerialah, saya boleh terima. Saya cakap kat doktor. ” Ok,  doktor”

Doktor kata tak apa, kita tunggu 15 minit lagi, kalau-kalau dia berfungsi semula dan kemudian tak ada. Jadi begitulah ceritanya. Jadi ini satu ujian yang lebih hebat dari ISA lah. Sebab apa?

Sebab ia terjadi tanpa diberitahu, tanpa kita bersiap apa-apa. Dan saya tak tau nak kata apa waktu tu, apa jadi ini. Saya yakin, takkan ia berakhir begini, tak mungkin, tapi saya tak tahu nak kata apa ni.

Jadi, esoknya, baru saya diberitahu, kejadian ini, namanya Abuya ghaib. Saya diberitahu itupun ikut rasa hati sahaja, saya begitu diyakinkan, begitu kuat, tidak boleh difikirkan lagi, sangat menguasai.

Saya disuruh berkata Abuya ghaib dan beri kuliah 10 sebab kenapa Abuya ghaib dan tidak mati lagi. Begitu, jadi perjuangan Abuya sekarang tentu semua orang-orang Abuya mengatakan Abuya sedang terus memimpin di alam ghaib.

Nanti bila terjadi futuh Malaysia (pembebasan Malaysia) hasil kepimpinan ini, hasil perjuangan di Haramain oleh roh Abuya dan gabungannya, maka untuk mengempayarkan Islam, barulah Abuya dapatkan Khurasan dan terus ke Haramain lagi sekali secara fizikal.

Sekarang Abuya tidak dikatakan di Haramain tetapi di alam ghaib. Istana RSA rupanya pusat kegiatan Imam Mahadi dan Abuya secara roh dan akan betul-betul fizikal sedikit masa lagi.

Tidakkah kita fikir untuk menemukan semua persoalan ini, bahawa Abuya juga pernah berkata Imam Mahdi tu, pusat pemerintahannya selain Malaysia ialah di Haramain, jadi inilah dia, ke arah itulah. Tetapi cuma kita keliru, kenapa langkah Haramain, kenapa langkah Khurasan.

Khurasan itu kita dah cari dah beribu kali kita round kawasan tu, cari Harith Al Harras tak jumpa. Bila tak jumpa ertinya Abuya fahamkan kita nanti kita jumpa. Ada faktor yang membolehkan kita jumpa.

Faktor inilah. Faktor Abuya ghaib. Mencari seorang lelaki yang ghaib di Khurasan, cari-cari tak jumpa, semua pakat-pakat turun mencari tak jumpa. Cuba juga, bawa seorang jumpa Abuya, inikah dia Harith Al Harras, Abuya cek-cek tengok bukan. Ertinya cara itu Allah tidak izinkan.

Rupanya inilah kaedahnya. Apa yang susah sangat kita nak faham. Kalau ini pun tak boleh faham, macamana nak faham yang lebih besar lagi Ini simple logic. Siapa kata sekarang perjuangan Abuya di Haramain, Abuya di alam roh.

Hal ini tidak pernah kita diberitahu dalam jadual. Jadual bukan berubah, cuma kita tak tahu. Cuma kita diberitahu selepas ni, ini, selepas ni, ini, jadi pandai-pandailah kita gabungkan.-12/6/2011-OLEH HELME HANAFI

VIDEO PENUH layari : http://www.youtube.com/watch?v=Fq7xiUGn4vc

Sumber: Agenda Daily. dan sini

Wednesday, June 8, 2011

RAKAN SOSIAL

Masjid menjadi medan pertemuan ummah. Jadikanlah ia sebagai medan sosialisasi kita tanpa sempadan usia dan waktu.

Malam tadi ada dua jemputan kenduri tahlil yang kita terima; 8 Jun di rumah Haji Zahari 5/7 dan 9 Jun di rumah Raja Azlan (?) di 5/3 Taman Yayasan.

Rumah Allah kena kita imarahkan dengan apa jua sentuhan.

Wednesday, June 1, 2011

KULIAH MAGHRIB SETIAP ISNIN DAN RABU

Pengajian kitab @ kuliah Maghrib diadakan pada setiap Isnin (malam Selasa) dan Rabu (malam Khamis). Ustaz Zainuddin dan Ustaz Nazrudin akan silih berganti pada hari Isnin manakala Ustaz Mazlan dan Ustaz nazrudin bersilih ganti pada malam Khamis.

Sehingga kini, sambutan jemaah amat membanggakan. Ramai yang hadir dan ramai yang memberi respond pada kelas berkenaan. Terima kasih kepada para ustaz yang sanggup mengajar kami di Taman Yayasan.

Kita harapkan jemaah wanita dapat merebut peluang pembelajaran seperti ini di surau kita. Jemaah wanita masih berkurangan.

Friday, May 27, 2011

Hj Toha tokoh bilal yang di segani.

Pehak Badan Tadbir Surau Al-Muhajirin telah membuat keputusan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang lalu bagi menambah Iman dan Bilal bagi mengimarahkan lagi Surau Al Muhajirin yang pernah di nobatkan sebagai beberapa kali Surau Cemerlang Daerah dan Negeri Johor.

2 orang imam baru di lantik
  1. Tuan Hj Yahya bin Hamzah
  2. Tuan Hj Mohd Sulur Bin Ahmad.
Manakala bilal baru yang di lantik adalah Tuan Hj Toha bin Ratiman. Hj Toha bekas seorang pengurus dan pesara dari ESPEC telah memberikan tumpuan sepenuh masa di surau terutama pada waktu waktu yang fardhu siang. Masa terluang di penuhi dengan mengaji Quran dan terlalu rapat dengan Imam baru Tuan Haji Mohd Sulur Bin Ahmad. Tuan Hj Mohd Sulur telah mempunyai diploma dalam tahfiz Al Quran. Tuan Hj Toha juga sekarang ini telah berjinak jinak dengan tahfiz. Atas panduan dan galakkan dari Tuan Hj Mohd Sulur, Hj Toha telah berjaya menghafal surah As Sajadah dan sekarang bergiat untuk menghafal surah surah yang lain.

Walaupun seorang yang suka berjenaka tetapi kritikan beliau juga pedas. Mengena sambil bergurau. Tidak lokek ilmu. Mana mana yang beliau perolehi panduan dari dari tuan tuan guru, tak payah di minta, ilmu tersebut akan di kongsi dengan rakan rakan yang lain. Suami kepada seorang ustazah, Ustazah Zaleha, juga seorang pendengar yang baik. Semasa bersantai dengan rakan rakan, beliau akan mengingatkan semula hadith hadith yang di baca oleh Ustas yang menyampaikan kuliah mingguan atau pun yang di baca oleh ahli-ahli  tabligh sebagai taskirah selepas fardhu magrib, Isyak dan Subuh.

Mempunyai suara yang merdu juga sebagai pelupor dan mengetuai kumpulan Berzanzi yang semakin hilang dek zaman. Alunan azan beliau agak tersendiri jika di bandingkan dengan muazim yang lain. Lagu yang tidak boleh di dengar di corong radio dan tv. Tidak bergiat dengan mana mana parti politik sudah tentu beliau mempunyai sikap yang neutral dalam semua hal. Mempunyai pekerti yang baik dari itu pemilihan yang di buat oleh jawatankuasa Badan Tadbir Surau Al Muhajirin keatas beliau adalah tepat.

Mengimbas panduan dari Tuan Haji Mohd Sulur untuk menghafaz ayat  ayat Quran, ayat tersebut hendaklah di baca berulang ulang sekurang kurangnya 40 kali. Di sini saya telah temui web Tanzil.net yang memberi kemudahan membaca Al Quran sambil mengulangi ayat ayat tersebut berulang ulang mengikut pilihan sendiri.
  1. Software yang ringan dan di gunakan secara online
  2. Boleh memilih Qari yang bacaan laju saperti Qari Maher Al-Muaiqly; sederhana Qari Misyari-Al Afasy dan perlahan dari qari qari yang lebih tua.
  3. Ayat boleh di terjemah ke bahasa Melayu.
  4. Ayat boleh di baca secara terus, di ulang dari sekali hingga 9 kali atau di ulang secara infiniti.
  5. Mudah memilih surah dan ayat. Boleh juga memilih secara klik ke ayat tersebut.
  6. Software juga boleh di install ke dalam komputer. Setakat yang telah di cuba tidak berapa lancar.
  7. Walau bagaimana pun tulisan tidak sepenuhnya mengikut resam Uthmani. Di cadangkan supaya menyemak terus dari Quran atau membuka web Quran yang lain yang banyak di website.
sila lawati; Tanzil.net.

-agbr 

Wednesday, May 25, 2011

PUSAT PELACURAN DI TY?

Ketika berbual selepas majlis tahlil dan kenduri di rumah Ustaz Nazrudin Hashim Isnin lalu, timbul berita kononnya ada lokasi tertentu di TY yang dijadikan pusat pelacuran. Aib dan mengaibkan.

Difahamkan aktiviti dijalankan secara tertutup dan untuk orang luar sahaja terutamanya pendatang.

Jika benar begitu, nampaknya kita kena buat sesuatu. Mungkin pihak Pejabat Agama dapat membantu kita dalam hal ini.

WAKTU Di LARANG

Dari ˜Uqbah bin ˜Amir al-Juhani r.a, katanya: "Ada tiga bentuk masa di mana Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tepat waktu tengah hari) hingga ia telah condong ke Barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali."
Huraian Hadith:

sumber: Jakim

agbr: Ada juga bertemu orang yang mengkebumikan jenazah pada tengahari. Sebaiknya lakukanlah selepas Zohor.