Masyaallah.......
~AGBR
Monday, March 26, 2012
Thursday, March 22, 2012
Hati masih tergamit
Ya Allah, hati ini masih tergamit untuk kesana lagi. Air mata masih mengalir. Rindu aku kepada masjid yang Engkau muliakan Ya, Allah.
Kau saksikanlah sendiri bagaimana manusia berhimpun di masjid-masjid Mu. Ada yang kaya datang bersedekah, yang miskin tidur di kaki lima, di dataran masjid waima di bangunan tandas sekadar beralaskan kotak malah beralaskan kain ihram sahaja. Mereka berasak-asak untuk mendapatkan tempat di Raudah atau berhampiran kaabah Mu.
Ya Allah, kau saksikanlah bagaimana yang gagah berlari-lari, yang tua berkerusi roda, kanak dijulang di tengkok bapa, yang kudung mengunakan papan beroda dan menolaknya dengan tangan. Ya Allah, betapa hebatnya mereka yang berkumpulan, berdoa, bertasbih, bermunajat bertahmid secara serentak dengan penuh semangat. Ada yang tersungkur terus mati. Ya Allah, kecilnya aku jika dibandingkan dengan kehebatan mereka. Lemahnya aku jika dibandingkan dengan kesungguhan mereka beribadat, kayanya aku jika dibandingkan dengan kedaifan mereka. Mereka semua datang atas jemputan Mu Ya Allah.
Ya Allah, janganlah kau jadikan jemputan itu sebagai jemputan terakhir buat diri ku. Kau lapangkan rezeki dan kesihatanku supaya aku boleh kesana lagi. Hati ini masih keras Ya Allah. Masih perlu belas kasihan Mu. Hati ini masih berdolak dalik. Hanya kau yang berhak dan berkuasa mengubahnya. Masih banyak lagi yang perlu aku bisikan di Raudah dan dihadapan Kaabah Mu. Ya Allah, ampuni dosaku. Kau jemputlah anak-anak dan rakan-rakan ku kesana Ya Allah. Biar mereka menyaksikan sendiri kebesaran Mu. Biar mereka lihat walau tiada sesaat, Kaabah dan Raudah itu kosong. Mereka semua merapak dan merendahkan diri kepada Mu. Allahuakbar. -AGBR.

Wednesday, January 18, 2012
ABD RAHIM OMAR
En Abd Rahim Omar seorang daripada jemaah surau yang baru
muncul. Setelah bersara, dia berpindah ke sini (Astakajaya) dan menyertai kami berjamaah.
Orangnya bertubuh kecil dan berpendidikan. Selalu speaking Inggeris bila
berbual dengan saya. Saya selalu SMS kepadanya bagi info aktiviti surau kerana
saya tahu namanya tiada dalam list CNN surau. Semasa program dengan Ustaz
Zahazan, dia cakap tak perlulah SMS kerana melibatkan kos, sedangkan dia
sendiri sudah tahu program berkenaan. Oh, tak apalah... sekadar ingatan kepada
kawan-kawan, ujar saya.
Pagi ini saya dapat SMS memaklumkan kematiannya. Innalillah.
Dia pergi pada ketika kita tidak sedari kesakitan yang dilaluinya. Dia pergi
dengan aman, aman tanpa kami sedari ketiadaannya sehari dua...
Monday, January 16, 2012
IHTIRAM ULAMA..
Guru-guru yang mengajar kita di surau, malah sesiapa sahaja yang kita kenal kebaikan dan keilmuannya (ulama) seharusnya kita memuliakan mereka. (ihtiram ulama).
Sesekali para guru berjemaah di surau, saya unjukkan mereka mengimamkan solat fardu. Berilah penghormatan kepada ilmu dan kelebihan yang mereka ada untuk mengimamkan kita. Malah tentunya jemaah juga akan gembira dapat merasai pelbagai suara dan bacaan, pelbagai zikir dan doa dalam penghayatan ibadah ritual mereka.
Sebaliknya, jika kita berpegang kepada 'tugas imam'; dengan maksud 'akulah imam di surau ini' maka akulah sahaja yang boleh mengimamkan jemaah, tentulah satu kerugian kepada 'pengimarahan jemaah'. Ini yang kerap terjadi pada masjid dan surau tertentu. Akhirnya jemaah menjadikan ibadah itu satu rutin harian seperti juga imam yang beranggapan ia adalah tugas rutin harian sepanjang hayat. Nilai ibadah semakin menjauh dan terpinggir. Malah tidak mustahil jemaah juga tiada pertambahannya selain orang yang biasa-biasa sahaja.
Tuesday, November 15, 2011
BACAAN HADIS SELEPAS SUBUH
TAZKIRAH dan bacaan hadis selepas solat Subuh berjalan setiap hari. Alhamdulillah sahabat tabligh kita; Sdr Omar Zaki dan Sdr Khairil berselang seli membacakan beberapa kerat hadis yang serba ringkas kepada jemaah, dan ia sudah cukup untuk memberi ingatan dan peringatan kepada kita.
Syukur dengan adanya team sperti ini yang sukarela membantu mengingatkan jemaah. Hanya Allah sahaja memberikan ganjaran kepada yang berdakwah dan beramal.
Pagi tadai dibacakan hadis yang mengatakan janji Rasulullah kepada seorang ibu yang kematian tiga orang anaknya di jalan Allah, maka siibu akan mendapat ganjaran syurga. Malah dua orang juga, dijanjikan siibu mendapat ganjaran syurga.
(Saya dapat bayangkan bagaimana komunikasi Rasulullah dengan wanita pada ketika itu. Kaum wanita juga banyak mendekati Rasulullah dan bertanyakan permasalahan mereka secara berdepan...)
I love u ya Rasullullah...

Thursday, October 27, 2011
10 EKOR LEMBU AKAN DIKORBANKAN
Tahun ini, sebanyak sepuluh ekor lembu akan dikorbankan pada majlis korban/akikah di surau kita.
Semua dijemput hadir dan bergotong royong untuk menjayakan majlis ini.
Hari Raya Aidil Adha pertama, jam 11 pagi...
Semua dijemput hadir dan bergotong royong untuk menjayakan majlis ini.
Hari Raya Aidil Adha pertama, jam 11 pagi...
CERAMAH "SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM: SATU KEWAJIPAN
Bank Islam Negeri Johor bersama Surau Al-Muhajirin akan menganjurkan majlis berkenaan yang akan disampaikan ceramahnya oleh Ybhg Ustaz Mohd Nazri Chik, Penolong Pengurus Besar Bahagian Syariah, Bank Islam Pusat.
Programnya bermula selepas Maghrib pada 2 November 2011 nanti.
Semua jemaah dan pembaca dijemput hadir.
Jamuan ringan akan disediakan.
*Rebutlah peluang ini yang bukan senang untuk mendapat penceramah hebat seperti beliau.
Terima kasih Bank Islam...

Monday, September 12, 2011
LATIHAN KOMPANG JEMAAH DEWASA
Tiba-tiba kami berjaya wujudkan team kompang kalangan dewasa, khasnya kalangan mereka yang telah bersara. Itu lebhi baik, lebih baik kerana tumpuan mereka kepada kerjaya agak kurang dan bisa memberikan khidmat bakti sewaktu diperlukan dalam majlis perkahwinan.
Team kompang dewasa dibimbing Tn Hj Ghani Rahmat yang mula berlatih malam tadi di Surau (12 Sept 2011).
Semoga team ini dapat membuat persembahan sulungnya pada majlis walimah Haji Manan pada hujung minggu ini (17 Sept 2011).

Wednesday, August 24, 2011
MINGGU TERAKHIR RAMADAN
Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa diadakan pada minggu lepas; 20 Ogos. dan Alhamdulillah ramai jemaah dan jiran-jiran surau berdekatan hadir. Syukur.
Qiamullail kita adakan 3 kali sahaja berjemaah di surau. Kali kedua pada malam 21 Ramadan lalu, dan kali ketiga pada Jumaat ini; 26 Ogos awal pagi 27 ogos..
Tadarus rakan muda kita adakan sehari sahaja pada 24 Ogos, maaf saya tak sempat nak uruskan seperti selalu. Kali ini jadual harian agak padat...
Malam tadi jemaah ramai.. barangkali anak-anak dari luar sudah pulang dan dapat berkumpul dengan lebih meriah. Teruskan solat tarawih kita hingga ke hujungnya.

Sunday, August 21, 2011
Ayat ayat yang di lambangkan bagi 4 Sahabat.
Pada kebiasaannya, En Omar Zaki akan membacakan terjemahan hadis selepas solat subuh. Walau bagaimanapun pada suatu pagi subuh akhir bulan lepas, Tuan Imam telah memilih Ust Nazaruddin yang membimbing kuliah hadis mingguan di surau untuk memberikan taskirah ringkas subuh pada pagi tersebut. Oleh kerana di minta secara spontan, Ust Nazaruddin telah memilih surah Al-Asr.
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡر
(٣)
Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Menurut Ust, ada ulamak tafsir berpendapat bahawa surah Al-Asr diturunkan merupakan perlambangan kepada 4 sahabat khalifah Al-Rasidin iaitu Saidina Abu Bakar ra, Saidina Omar ra, Saidina Uthman ra dan Saidina Ali ra.
4 sifat sifat terpuji yang di sebut dalam surah tersebut adalah beriman kepada Allah, beramal soleh, berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan sabar.
Beriman di lambangkan kepada Saidina Abu Bakar al-sidek ra. Ketika peristiwa Isra' Rasulullah SAW, orang-orang kafir Mekkah tidak mempercayainya sehingga ramai yang telah memeluk Islam sendiri kembali kepada murtad. Saidina Abu Bakar telah mengiakan kebenaran perkabaran dari Rasulullah dengan katanya; jika perkabaran itu datangnya dari Muhammad aku percaya dan beriman denganNya. Dengan itu, ramai sahabat sahabat yang telah murtad kembali bertaubat.
Saidina Umar ra pula di lambangkan sebagai soleh. Beliau sanggup berjalan malam untuk mengetahui keadaan rakyat jelata. Ada juga cerita yang pernah penulis dengar bahawa ketika Saidina Umar telah di tikam, sebelum sahabat mencabut senjata dari tubuh beliau, beliau minta senjata di cabut ketika beliau sedang melakukan solat terlebih dahulu.
Saidina Uthman ra pula di lambangkan sebagai berpesan pesan dengan kebenaran. Saidina Uthman ra sanggup berperang hanya kerana menyampaikan dakwah. Satu sumbangan terbesar berpesan-pesan dengan kebenaran beliau ialah dengan mengumpulkan ayat ayat quran untuk di jadikan satu mushaf. Beliau sedar bahawa ramai para sahabat yang hafiz al Quran telah syahid di dalam peperangan. Mushaf beliau terkenal hingga hari ini dengan panggilan resam atau mushaf Uthmani.
Jika Saidina Utman ra di lambangkan dengan tangkas, garang dan berani, berlawanan dengannya adalah Saidina Ali ra. Saidina Ali ra di lambangkan sebagai seorang yang berpesan-pesan dengan sabar sehingga Saidina Ali di cintai oleh semua rakyatnya. Bersesuaian pula isteri beliau Siti Fatimah binti Rasulullah yang juga seorang yang sabar. Jika Sadina Ali karamatullah ra hendak makan roti, Siti Fatimah ra begitu sabar menyediakannya. Beliau sendiri yang memetik gandung, mengisar, menguli dan membakarnya hingga menjadi roti sebelum di hidangkan kepada Saidina Ali ra.
Walau pun pada dasarnya penulis tidak bersetuju bahawa Quran telah menjadikan 4 sahabat ini sebagai perlambangan sebagaimana ayat yang di turunkankan dalam surah Al-Asr.Tetapi, siapalah penulis untuk menolak pendapat para pentafsir dan ustas ustas. Walau bagaimanapun penulis boleh terima jika 4 sifat terpuji itu di lambangkan melalui 4 sahabat tadi. Ia membawa makna yang berbeza. Oleh kerana kejahilan penulis mungkin penulis tidak dapat menjangkau bagaimana Quran memurtabatkan para sahabat sahabat tersebut. Bagi penulis kesemua sifat sifat yang mulia dan terpuji telah dijanjikan dengan jelas oleh Allah SWT ada pada rasulullah SAW sebagaimana dalam surah Al-Ahzab: 21.
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
Maksudnya.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Wallahualam.
~agbr.
Friday, August 19, 2011
Godaan Syaitan.
Pada malam 15 Ramadan, Tuan Imam telah membawa surah Al-Hujraat dalam bacaan surah sembahyang sunat Terawih beliau. Tuan Imam telah memetik beberapa maksud ayat yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Antara maksud ayat di baca dipertekankan;
~agbr
- Ayat yang ke 7 : Janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbiran Rasulullah SAW.
- Ayat yang ke 11: Janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain (pemimpin-pemimpin) dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut boleh menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik). Mereka yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.
- Ayat ke 12: Jauhilah dari kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah sesaorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
~agbr
Sunday, August 14, 2011
BUBUR LAMBUK
Hari ini kami merewang masak bubur lambuk. Kali kedua Ramadan ini, buat julung kalinya kami buat dan edarkan kepada jemaah.
Ayahanda jadi adviser dan ketua tukang masaknya Pak Rahman dan dibantu yang lain-lain. Minggu lepas hanya seperiuk dimasak dan tidak ramai yang dapat habuan. kali ini ditambah lagi menjadi dua periuk besar dan nampak gayanya boleh diagihkan kepada ramai jemaah lagi.
Ia sekdar sukarela dan ada jemaah yang menyumbang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan selamat berbuka puasa.
Komen orang ramai; bubur lambuk kita sedap dan ada kelas... itu tak penting sangatlah, yang penting kita buat sebagai amal jariah kita dan menghidupkan aktiviti surau. Orang lebih dekat dengan surau. Itu yang utama.
(Saya bagi sebungkus kepada jiran Cina di hadapan surau, penghargaan kerana selalu parking depan rumah mereka...)

Monday, August 1, 2011
IMAM DAN JEMAAH DI BULAN RAMADAN
Giliran imam, bilal dan noja bertugas sepanjang Ramadan telah diedarkan. Begitu juga giliran membawa juadah moreh. Kali ini seramai lima orang imam bergilir ganti mengimamkan solat tarawih; Imam Hazri, Ustaz Nawawi, Samsuri, Haji Yahya dan Hj Sulur.
Surau kita pula bercat baru yang lebih ceria dan cantik, temboknya. Terima kasih keapda semua yang bergotong royong, tukang catnya En Aziz (Botak) yang tekun dan teliti mengecat.
Moreh kali ini juga nampak meriah. Ramai jemaah solat dan mengimarahkan surau kita. Alhamdulillah.
Setiap petang kita berbuka puasa di surau dengan juadah ala kadar,s ebelum kita solat Maghrib berjemaah. Itu yang best. Ringkas dan mudah. Harap-harap selepas tu, tak lah pula cover banyak-banyak di rumah...
Bubur lambuk juga akan kita sediakan. Pak Rahman kata pada setiap Sabtu kita akan edarkan bubur lambuk kepada jemaah. Pastikan anda datang mengambil bubur lambuk pada Sabtu ini...
Ya Allah, ramhatilah kami semua jemaah di surau ini, di taman ini dan di tempat ini... Kami sayang jemaah kami, kami sayang saudara seagama kami...

Monday, July 25, 2011
AHLAN YA RAMADAN
Genap seminggu lagi kita akan berpuasa, berjemaah tarawih dan beribadah sebaiknya pada Ramadan.
Surau mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan semoga kita dapat menghayati Ramadan terbaik selamanya.
Jadi yang terbaik pada Ramadan ini..
Surau mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan semoga kita dapat menghayati Ramadan terbaik selamanya.
Jadi yang terbaik pada Ramadan ini..
Wednesday, July 20, 2011
SYAABAN..
Ketika akan munculnya Ramadan, maka banyaklah kenduri kendara yang diadakan oleh kalangan umat Melayu. Alhamdulillah bertambah rezeki mereka yang mengadakan majlis berkenaan. Minggu ini, surau kita penuh dengan agenda kenduri dan tahlil.
Isnin lalu kenduri Ustazah Rosnah
Selasa di Rilex Zone, kafe baru di TY
Rabu giliran En Baharudin yang kembali berpindah ke Taman Yayasan dari Kelantan.
Khamis - memang bacaan Yasin
Jumaat -
Sabtu -
Ahad - Astaka Jaya 19

Subscribe to:
Posts (Atom)