Thursday, October 27, 2011

10 EKOR LEMBU AKAN DIKORBANKAN

Tahun ini, sebanyak sepuluh ekor lembu akan dikorbankan pada majlis korban/akikah di surau kita.

Semua dijemput hadir dan bergotong royong untuk menjayakan majlis ini.

Hari Raya Aidil Adha pertama, jam 11 pagi...

CERAMAH "SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM: SATU KEWAJIPAN

Bank Islam Negeri Johor bersama Surau Al-Muhajirin akan menganjurkan majlis berkenaan yang akan disampaikan ceramahnya oleh Ybhg Ustaz Mohd Nazri Chik, Penolong Pengurus Besar Bahagian Syariah, Bank Islam Pusat.

Programnya bermula selepas Maghrib pada 2 November 2011 nanti.

Semua jemaah dan pembaca dijemput hadir.

Jamuan ringan akan disediakan.

*Rebutlah peluang ini yang bukan senang untuk mendapat penceramah hebat seperti beliau.

Terima kasih Bank Islam...

Monday, September 12, 2011

LATIHAN KOMPANG JEMAAH DEWASA

Tiba-tiba kami berjaya wujudkan team kompang kalangan dewasa, khasnya kalangan mereka yang telah bersara. Itu lebhi baik, lebih baik kerana tumpuan mereka kepada kerjaya agak kurang dan bisa memberikan khidmat bakti sewaktu diperlukan dalam majlis perkahwinan.

Team kompang dewasa dibimbing Tn Hj Ghani Rahmat yang mula berlatih malam tadi di Surau (12 Sept 2011).

Semoga team ini dapat membuat persembahan sulungnya pada majlis walimah Haji Manan pada hujung minggu ini (17 Sept 2011).

Wednesday, August 24, 2011

MINGGU TERAKHIR RAMADAN

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa diadakan pada minggu lepas; 20 Ogos. dan Alhamdulillah ramai jemaah dan jiran-jiran surau berdekatan hadir. Syukur.

Qiamullail kita adakan 3 kali sahaja berjemaah di surau. Kali kedua pada malam 21 Ramadan lalu, dan kali ketiga pada Jumaat ini; 26 Ogos awal pagi 27 ogos..

Tadarus rakan muda kita adakan sehari sahaja pada 24 Ogos, maaf saya tak sempat nak uruskan seperti selalu. Kali ini jadual harian agak padat...

Malam tadi jemaah ramai.. barangkali anak-anak dari luar sudah pulang dan dapat berkumpul dengan lebih meriah. Teruskan solat tarawih kita hingga ke hujungnya.

Sunday, August 21, 2011

Ayat ayat yang di lambangkan bagi 4 Sahabat.

Pada kebiasaannya, En Omar Zaki akan membacakan terjemahan hadis selepas solat subuh. Walau bagaimanapun pada suatu pagi subuh akhir bulan lepas, Tuan Imam telah memilih Ust Nazaruddin yang membimbing kuliah hadis mingguan di surau untuk memberikan taskirah ringkas subuh pada pagi tersebut. Oleh kerana di minta secara spontan, Ust Nazaruddin telah memilih surah Al-Asr.

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡر
(٣)

Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) 

Menurut Ust, ada ulamak tafsir berpendapat bahawa surah Al-Asr diturunkan merupakan perlambangan kepada 4 sahabat khalifah Al-Rasidin iaitu Saidina Abu Bakar ra, Saidina Omar ra, Saidina Uthman ra dan Saidina Ali ra.

4 sifat sifat terpuji yang di sebut dalam surah tersebut adalah beriman kepada Allah, beramal soleh, berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan sabar.

Beriman di lambangkan kepada Saidina Abu Bakar al-sidek ra. Ketika peristiwa Isra' Rasulullah SAW, orang-orang kafir Mekkah tidak mempercayainya sehingga ramai yang telah memeluk Islam sendiri kembali kepada murtad. Saidina Abu Bakar telah mengiakan kebenaran perkabaran dari Rasulullah dengan katanya; jika perkabaran itu datangnya dari Muhammad aku percaya dan beriman denganNya. Dengan itu, ramai sahabat sahabat yang telah murtad kembali bertaubat.

Saidina Umar ra pula di lambangkan sebagai soleh. Beliau sanggup berjalan malam untuk mengetahui keadaan rakyat jelata. Ada juga cerita yang pernah penulis dengar bahawa ketika Saidina Umar telah di tikam, sebelum sahabat mencabut senjata dari tubuh beliau, beliau minta senjata di cabut ketika beliau sedang melakukan solat terlebih dahulu.

Saidina Uthman ra pula di lambangkan sebagai berpesan pesan dengan kebenaran. Saidina Uthman ra sanggup berperang hanya kerana menyampaikan dakwah. Satu sumbangan terbesar berpesan-pesan dengan kebenaran beliau ialah dengan mengumpulkan ayat ayat quran untuk di jadikan satu mushaf. Beliau sedar bahawa ramai para sahabat yang hafiz al Quran telah syahid di dalam peperangan. Mushaf beliau terkenal hingga hari ini dengan panggilan resam atau mushaf Uthmani.

Jika Saidina Utman ra di lambangkan dengan tangkas, garang dan berani, berlawanan dengannya adalah Saidina Ali ra. Saidina Ali ra di lambangkan sebagai seorang yang berpesan-pesan dengan sabar sehingga Saidina Ali di cintai oleh semua rakyatnya. Bersesuaian pula isteri beliau Siti Fatimah binti Rasulullah yang juga seorang yang sabar. Jika Sadina Ali karamatullah ra hendak makan roti, Siti Fatimah ra begitu sabar menyediakannya. Beliau sendiri yang memetik gandung, mengisar, menguli dan membakarnya hingga menjadi roti sebelum di hidangkan kepada Saidina Ali ra.

Walau pun pada dasarnya penulis tidak bersetuju bahawa Quran telah menjadikan 4 sahabat ini sebagai perlambangan sebagaimana ayat yang di turunkankan dalam surah Al-Asr.Tetapi, siapalah penulis untuk menolak pendapat para pentafsir dan ustas ustas. Walau bagaimanapun penulis boleh terima jika 4 sifat terpuji itu di lambangkan melalui 4 sahabat tadi. Ia membawa makna yang berbeza. Oleh kerana kejahilan penulis mungkin penulis tidak dapat menjangkau bagaimana Quran memurtabatkan para sahabat sahabat tersebut. Bagi penulis kesemua sifat sifat yang mulia dan terpuji telah dijanjikan dengan jelas oleh Allah SWT ada pada rasulullah SAW sebagaimana dalam surah Al-Ahzab: 21.

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا 


Maksudnya.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
 

Wallahualam.
~agbr.

Friday, August 19, 2011

Godaan Syaitan.

Pada malam 15 Ramadan, Tuan Imam telah membawa surah Al-Hujraat dalam bacaan surah sembahyang sunat Terawih beliau. Tuan Imam telah memetik beberapa maksud ayat yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Antara maksud ayat di baca dipertekankan;
  1. Ayat yang ke 7 : Janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbiran Rasulullah SAW.
  2. Ayat yang ke 11: Janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain (pemimpin-pemimpin) dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut boleh menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik). Mereka yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.
  3. Ayat ke 12: Jauhilah dari kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah sesaorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Video dari Ustas Kazim Elias elok juga di renungi. Kredit kepada 740108yard dan Alias Salam Enterprise di dalam penerbitan video ini.




~agbr

Sunday, August 14, 2011

BUBUR LAMBUK

Hari ini kami merewang masak bubur lambuk. Kali kedua Ramadan ini, buat julung kalinya kami buat dan edarkan kepada jemaah.

Ayahanda jadi adviser dan ketua tukang masaknya Pak Rahman dan dibantu yang lain-lain. Minggu lepas hanya seperiuk dimasak dan tidak ramai yang dapat habuan. kali ini ditambah lagi menjadi dua periuk besar dan nampak gayanya boleh diagihkan kepada ramai jemaah lagi.

Ia sekdar sukarela dan ada jemaah yang menyumbang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan selamat berbuka puasa.

Komen orang ramai; bubur lambuk kita sedap dan ada kelas... itu tak penting sangatlah, yang penting kita buat sebagai amal jariah kita dan menghidupkan aktiviti surau. Orang lebih dekat dengan surau. Itu yang utama.

(Saya bagi sebungkus kepada jiran Cina di hadapan surau, penghargaan kerana selalu parking depan rumah mereka...)

Monday, August 1, 2011

IMAM DAN JEMAAH DI BULAN RAMADAN

Giliran imam, bilal dan noja bertugas sepanjang Ramadan telah diedarkan. Begitu juga giliran membawa juadah moreh. Kali ini seramai lima orang imam bergilir ganti mengimamkan solat tarawih; Imam Hazri, Ustaz Nawawi, Samsuri, Haji Yahya dan Hj Sulur.

Surau kita pula bercat baru yang lebih ceria dan cantik, temboknya. Terima kasih keapda semua yang bergotong royong, tukang catnya En Aziz (Botak) yang tekun dan teliti mengecat.

Moreh kali ini juga nampak meriah. Ramai jemaah solat dan mengimarahkan surau kita. Alhamdulillah.

Setiap petang kita berbuka puasa di surau dengan juadah ala kadar,s ebelum kita solat Maghrib berjemaah. Itu yang best. Ringkas dan mudah. Harap-harap selepas tu, tak lah pula cover banyak-banyak di rumah...

Bubur lambuk juga akan kita sediakan. Pak Rahman kata pada setiap Sabtu kita akan edarkan bubur lambuk kepada jemaah. Pastikan anda datang mengambil bubur lambuk pada Sabtu ini...

Ya Allah, ramhatilah kami semua jemaah di surau ini, di taman ini dan di tempat ini... Kami sayang jemaah kami, kami sayang saudara seagama kami...

Monday, July 25, 2011

AHLAN YA RAMADAN

Genap seminggu lagi kita akan berpuasa, berjemaah tarawih dan beribadah sebaiknya pada Ramadan.

Surau mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan semoga kita dapat menghayati Ramadan terbaik selamanya.

Jadi yang terbaik pada Ramadan ini..

Wednesday, July 20, 2011

SYAABAN..

Ketika akan munculnya Ramadan, maka banyaklah kenduri kendara yang diadakan oleh kalangan umat Melayu. Alhamdulillah bertambah rezeki mereka yang mengadakan majlis berkenaan. Minggu ini, surau kita penuh dengan agenda kenduri dan tahlil.

Isnin lalu kenduri Ustazah Rosnah
Selasa di Rilex Zone, kafe baru di TY
Rabu giliran En Baharudin yang kembali berpindah ke Taman Yayasan dari Kelantan.
Khamis - memang bacaan Yasin
Jumaat -
Sabtu -
Ahad -  Astaka Jaya 19

Wednesday, July 13, 2011

KULIAH MAGHRIB BERSAMA PROF DR HJ MUHD KAMIL DI SURAU

Kuliah Maghrib berkenaan akan diadakan pada 14 Julai 2011 (Malam Jumaat) di surau Al-Muhajirin, Taman Yayasan. Prof yang akan berhijrah ke Universiti Tayibah Madinah September nanti, akan mengisi ruang "Malam Semarak Ramadan' bermula sepelas Maghrib.

Mungkin ini kali terakhir beliau bersama kita di surau, sebelum hijrah.

Diharap ramai yang dapat mengambil manfaat. Bawalah keluarga dan ajaklah jiran untuk turut serta.

Sunday, July 3, 2011

SAUDARA KHAIRIL (DARI INDON)

Saudara Khairil sahabat kita yang selalu berjemaah di surau. Datangnya dari Indon, entah dari wilayah mana. Telah beberapa kali berulang alik bekerja di Malaysia hampir sepuluh tahun. Apa yang menariknya ialah beliau rajin datang berjemaah, berjalan kaki dan rajin pula bermasyarakat.




Dia ringan tulang, membantu jemaah lain kemas mengemas setelah majlis selesai. Boleh menjadi bilal apabila diperlukan. Malah dia juga mengisi slot 'tazkirah' selepas Subuh saban hari dengan membaca hadis-hadis fadilat amal beberapa kerat.



Selalunya tazkirah subuh (bacaan hadis rakan Tabligh kita) disampaikan Omar Zaki bergilir ganti dengan Haji Burhanudin. Haji Burhanudin akhirnya berpindah ke Bandar IOI, tempatnya diambil alih Sdr Khairil. Dan dia terlebih kerap membacanya saban hari. Suaranya lunak dan keras. Sesuai untuk tazkirah pagi-pagi untuk mengetuk pintu hati kami yang sering tertutup.



Kini Khairil tiada lagi, buat sementara. Majikannya membawanya bekerja di Kluang dan entah bila akan kembali semula ke Taman Yayasan.



Dua perkara yang menarik daripada kisah ini;



1. Orang yang baik, biasa berjemaah akan tetap datang berjemaah di masjid.



2. Orang yang ringan tulang, boleh berinteraksi dengan masyarakat, akan lebih mudah dikenali dan dihargai. (Ramai orang Malaysia kita yang tidak peduli masjid dan surau, tak peduli masyarakat dan ummah; lalu mereka juga tidak dikenali oleh masyarakat)



Seperkara lagi ialah sikap KETERBUKAAN ahli kariah, pengurusan dan jawatankuasanya menerima sesiapa sahaja berkhidmat dan berbakti di surau/masjid adalah perkara pokok. Khairil boleh azan bukan kerana tiada bilal, tetapi kita membenarkan jemaah yang sukarela untuk azan, berazan. Diapun gembira dapat berazan. Saya pernah dimaklumkan ada sesetengah masjid yang tidak membenarkan 'orang Indon' mengambil saf hadapan, atas alasan 'awak orang Indon'.. Masya-Allah, teruknya.



Kesediaan kita untuk menerima jemaah yang hadir, seperti yang selalu diceritakan Haji Toha; menjadi penambat hati jemaah untuk datang berjemaah.

(Artikel ini saya masukkan dalam blog ini sebelum membaca artikel isu yang sama yang ditulis AGBR sebelumnya) Terima kasih.. hati kita serupa..

Monday, June 27, 2011

Patah tumbuh bila akan berganti?

Sebelum ini Surau Al Muhajirin di perkenalkan dengan seorang pekerja dari Indonesia dikenali dengan nama Hadi. Hadi begitu peramah dan ringan tulang. Beliau begitu rapat dengan surau dan ahli ahli kariah di taman ini. Selepas beberapa tahun begitu rapat dan akhirnya terpaksa berpisah kerana projek perumahan yang beliau bertugas disitu telah tamat projeknya di kawasan ini. Dengar kabar Hadi dah kawin semula?

Dengan izin Allah, sekali lagi surau ini di perkenalkan dengan seorang lagi buruh kontrek pembinaan dari Indonesia, Khairil. Tidak saperti Hadi, beliau seorang yang pendiam dan tidak bergaul rapat dengan jemaah. Oleh sebab sikap beliau itu sehingga tak ramai yang kenal nama beliau. Kehadiran beliau di surau di habiskan dengan bersembahyang sunat, berzikir, membaca Quran dan kitab-kitab hadis. Umor jauh lebih muda dari Hadi. Umur  di antara 20 hingga 22 tahun sahaja. Alunan azannya juga cukup mendayu.

Keistimewaan Khairil ialah selepas fardu Magrib dan Subuh, sebaik sahaja Imam menghabiskan bacaan doa, jika ketiadaan En Omar Zaki, beliau akan kehadapan jemaah untuk membacakan maksud terjemahan hadis dari buku hadis yang ada di surau. Senakal nakal Cikgu (Tn Haji) Yusof akan terdiam jika hadis hadis ini di bacakan. Tn Hj Toha juga kerap menyentuh isi hadis yang di bacakan ketika bersembang dengan kawan kawan.

Suara beliau yang lunak dan sedikit bertelorkan Indonesia amat sedap di dengar. Bacaan yang jujur sehingga pernah Imam salah satu fardu Subuh untuk meminta beliau mengulangi sekali lagi bacaan terjemahan maksud hadis yang dibaca; Dari Abu Barzah Aslami ra meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai orang-orang yang hanya Islam dilidah dan belum beriman didalam hati! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan jangan sibuk mencari keburukannya. Barangsiapa yang sibuk mencari kesalahan orang Islam, Allah akan menzahirkan keburukannya sehingga didalam rumahnya sendiri (HR Abu Daud).

Keterangan: Didalam ayat yang pertama hadith ini memberi amaran bahawa mengumpat orang Islam adalah kerja orang munafik dan bukannya kerja orang-orang Islam. (Badhal Majhud). Imam tersenyum puas.

Sekali lagi kita terpaksa berpisah dengan Khairil atas sebab sama dengan Hadi. Cikgu Yusuf pasti akan merindui beliau kelak. Setelah beliau menunjokkan tauladan yang baik, selepas ini siapa diantara jemaah taman ini sendiri selain En Omar Zaki yang sanggup berkongsi ilmu saperti yang beliau contohkan?

Pehak pentadbiran surau wajar memberikan sedikit penghargaan kepada beliau diatas budi iklas beliau sepanjang bersama disini.

~agbr

Saturday, June 25, 2011

Ruyati Satubi Selamat Menjalani Hukuman.


Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum pancung di Arab Saudi pada Sabtu 18 Jun 2011 yang lalu. Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Semuga Allah mengampunkan dosa dosanya yang lalu dan kematian beliau kekal di dalam iman. Al Fatiha.

Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.





RUYATI SATUBI


JAKARTA - Kerajaan Arab Saudi memohon maaf berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang pekerja wanita Indonesia yang dipancung di Makkah, minggu lalu.  Media Indonesia melaporkan, Duta Arab Saudi di Jakarta, Mohammad Amin Al Khayyat memohon maaf bagi pihak negaranya kerana tidak memaklumkan mengenai waktu perlaksanaan hukuman itu kepada Jakarta semasa mengadakan pertemuan de-ngan Kementerian Luar Indonesia, kelmarin. Indonesia, minggu lalu membantah hukuman itu dan meminta pekerja negara itu diberi pelindungan lebih baik di Arab Saudi. Selain itu, kerajaan Indonesia juga meminta Arab Saudi memulangkan mayat wanita itu ke negara asalnya untuk pengebumian. Kelmarin, Parlimen Indonesia menggesa kerajaan berhenti menghantar pekerja ke Timur Tengah terutama Arab Saudi selepas pembantu rumah Indonesia, Ruyati Sapubi, 54, dipancung kerana membunuh majikannya menggunakan pisau pemotong daging selepas tidak dibenarkan pulang ke Indonesia. Kebanyakan Ahli Parlimen menegaskan Arab Saudi tidak patut mendapat faedah buruh murah Indonesia sehingga Riyadh bersetuju melindungi hak asasi pekerja tersebut.
Sumber: Hok Sengoti
Di Petik oleh: agbr

Friday, June 24, 2011

Majlis Isra

Dalam khutbah yang di bacakan oleh Khatib di Surau Al Muhajirin pada Fardu Jumaat yang lalu menyentuh tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa yang amat besar dan sukar di percayai oleh orang orang Arab pada masa itu sehingga ada yang menjadi murtad. Orang Arab telah bertanya kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq samada beliau mempercayainya. Saidina Abu Bakar as-Siddiq menjawab jika Muhammad SAW yang bercakap aku mempercayainya. Barulah ramai antara yang telah murtad kembali beriman selepas mendapat dorongan dari Abu Bakar ra.

Khatib juga berhujah bahawa malaikat di jadikan dari cahaya. Ilmu modern yang kita perolehi hari ini memperakui dan percaya bahawa kelajuan cahaya begitu laju ( 299,792,458 meter sesaat). Dari itu adalah tidak mustahil malaikat Jibrail boleh membawa Nabi Israk dan Mikraj hanya dalam masa perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi dan Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.

Penulis amat tertarik hujah saintifik saperti ini. Hujah saperti ini akan lebih mudah di fahami oleh gulungan terpelajar hari ini. Ilmu sains itu sendiri adalah ilmu kurniaan Allah yang boleh membuktikan peristiwa peristiwa besar yang di nyatakan oleh Al Quran dan kebesaran kejadian kejadian ciptaan Allah untuk umatnya yang lain. Tidak sekadar berhujah itu kuasa Allah. Jangan pertikaikan kuasa Allah.

Pada zaman Nabi, jangan katakan Nabi melakukan Israk dan Mikraj, jika di katakan manusia boleh terbang di udara dan besi boleh timbul di laut pun mungkin mereka tidak akan percaya. Semoga pendakwah pendakwah dan penceramah penceramah akan mengunakan kaedah saintifik saperti ini dalam hujah hujah mereka dalam berhadapan dengan masyarakat moden hari ini yang berfikiran komplek dan berlandaskan fakta fakta.

Sempena dengan peristiwa itu, Surau Al Muhajirin akan mengadakan Sambutan Majlis Israk dan Mikraj pada 29 Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu malam Khamis untuk menghidangkan pengetahuan yang lebih mendalam berhubung peristiwa Israk dan Mikraj kepada kariah di sini. Semua umat Islam di jemput hadir. Ceramah akan di buat selepas fardu Magrib.