Tuesday, June 16, 2009

Cantik nya Al Muhajirin

Sekali lagi berita sedih menyelubungi penduduk Taman Yayasan. Selepas Ibu Andeng meninggal dunia, kita di dikejutkan pula berita kematian Ibu Ustazah Zaleha yang juga ibu mertua kepada Hj Toha, Hajjah Tuminah bt Hj. Said. Malam sebelumnya kami melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah supaya Allah mengurniakan bantuan dan Ihsannya kepada allahyarhamah. Keesokan hari nya kita mendapat berita pula pemergian allahyarhamah.

Dengan keizinan dari Hj Toha, kami mengadakan tahlil buat ibu Andeng dan dilangsungkan juga untuk allahyarhamah. Selepas Isyak, Ustaz telah memimpin sembahyang sunat kifayah ghaib jenazah bagi ibu mertua Hj. Toha.

Di sinilah cantiknya Al Muhajirin. Jika ada berlaku kematian salah seorang ahli kariah atau keluarga mereka di luar kawasan Taman Yayasan, walaupun kami tidak berpeluang untuk bersama-sama menziarahi jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir , kami tetap akan mengadakan majlis tahlil dan sembahyang sunat kifayah ghaib jenazah. Begitulah ikrabnya surau dengan jemaah dalam kariah surau.

Mudah-mudah jariah seperti ini akan berterusan. Dari itu jika ada keluarga kita atau rakan-rakan kita yang berlaku kematian di luar kawasan sila maklumkan kepada pegawai-pegawai surau, insallah kami akan mengatur amal jariah seperti ini untuk mereka.

Insallah, Allah akan menerima amalan-amalan yang baik dari kita semua.

agbr47: Kadang-kadang terfikir, suasana di sini, jauh lebih baik dari keadaan di kampung-kampung.

No comments:

Post a Comment