Tuesday, June 16, 2009

DJ mencuri perhatian

Sejak kebelakangan ini permintaan untuk menyediakan DJ di majlis-majlis perkahwinan mula mencuri perhatian penduduk di taman ini. Pada peringkat awal keujudannya ada juga komen dari ahli kariah bahawa DJ yang di tugaskan tidak sesuai kerana latar belakang agama agak janggal memainkan lagu-lagu cinta dan bercanggah dengan perwatakannya sebagai seorang imam.

Perkara ini telah di bincangkan secara terbuka di mesyuarat agong surau. Walau bagaimanapun kebanyakan jemaah merestuinya.

DJ, Ustas Haji Ahmad Nawawi bin Yaccob, yang di lahirkan oleh Surau Al Muhajirin, hanyalah sekadar bertujuan memeriahkan majlis-majlis perkahwinan di taman ini. Sebagai seorang Pensyarah di Uitm dan Imam Surau Al Muhajirin, sudah tentu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama dan ada messej dakwah yang di bawa bersama untuk di hidangkan kepada tetamu yang hadir selain memainkan lagu-lagu sebagai selingan.

Penyampaian secara santai serta menyampaikan berita-berita semasa dan maklumat-maklumat kegiatan surau, amat menarik perhatian pendengar sehingga ada tetamu dari luar yang datang ke konti untuk bersalaman dengan Ustas sambil mengucapkan tahniah. Inilah kelainan yang di buat oleh DJ Al Muhajirin jika di bandingkan dengan DJ-DJ yang lain mengendalikan pengacaraan majlis-majlis perkahwinan.

DJ tidak lepas-lepas memaklumkan nama pengantin dan nama tuan rumah serta mengalu-alukan tetamu yang hadir. Mana-mana nama tetamu yang beliau telah maklom, akan di sebut nama tersebut dan di sambut dengan penuh keriangan oleh tetamu yang hadir.

Hadirin kerap tersenyum apabila DJ menjemput dirinya sendiri untuk membacakan doa permulaan majlis, doa pengantin dan doa makan beradat.

Berdasarkan konsep persembahan, tidak harianlah sehingga ada kariah yang menetapkan supaya DJ Al Muhajirinlah yang mengacara majlis walimatul urus mereka.

Pada dasarnya, jariah ini adalah secara sukarela bagi memeriahkan majlis sesuatu walimatul urus dan untuk tujuan dakwah, sekiranya ada sumbangan dari jemputan akan di salur kan kepada kos pengurusan barang, pengangkutan dan maintenance peralatan.

Kini, kami mula menerima permintaan dari luar kawasan. Kami akan fikirkan kapasiti yang ada pada kami samada boleh memberikan sumbangan yang sama ke luar kawasan.

agbr47: Semuanya ada di Al Muhajirin.

No comments:

Post a Comment