Tuesday, June 16, 2009

Izinkan saya menyisip azimat ketubuh nya.

Tak putus-putus bertasbih dengan ayat suci surah Ar Rahman: “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Begitu ikhlas mensyukuri nikmat yang telah diterimanya.

Bagi kami jemaah Al Muhajirin, mengucapkan tahniah dan berbangga kepada Ustas Haji Ahmad Nawawi bin Yaccob (Imam 2) yang telah berjaya di naikkan pangkat ke D54. Majlis kesyukuran yang telah di adakan oleh Ustas khas untuk kariah Taman Yayasan pada 16hb Jun 2009, selepas solat Isyak.

Dalam ucapan penghargaan dari Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Surau Al Muhajirin, Tuan Haji Ramlee b Ramlan menyentuh bahawa pangkat D54 jika di dalam penjawat awam adalah tinggi dan bersamaan dengan Jawatan Pengarah Pelajaran. Majlis kesyukuraan yang di hadiri seramai tidak kurang dari 200 orang jemaah surau. Pengerusi juga begitu berbangga kerana dalam usia masih lagi muda Ustas telah mencapai ke jawatan yang begitu baik. Pengerusi juga berharap, “dengan kecemerlangan yang di perolehi oleh ustas akan tumpah ruahnya kepada kami jua di taman ini”.

Dalam ucap balas, Ustas mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin dan mengucap syukur di atas rahmat yang di berikan oleh Nya dengan mengungkap kalimah; “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Majlis di mulai dengan bacaan surah yasin dan tahlil dan pahlanya di sedekahkan kepada ahli kubur dan khasnya kepada arwah-arwah keluarga Ustas dan isteri. Di hujung majlis selepas hadirin pulang Ustas telah merapak restu Ayahanda Tuan Haji Khalid b Hassan, supaya mendoakan kejayaan-kejayaan beliau yang seterusnya.

Memilih majlis di adakan di taman, merupakan simbolik pengiktirafan ustas bahawa jemaah di taman ini juga berperanan di dalam kejayaan beliau. Apabila pangkat di naikkan dengan sendirinya tanggongjawab yang lebih luas perlu di galas. Bagaimana ustas akan membahagikan masa beliau selepas ini? Sekarang sahaja kerap kesuntukan masa. Uitm dan komunitinya, Surau dan aktiviti, keluarga, kebun dan halaman, kesatuan penulisan dan dakwah. Yang paling utama penglibatan kegiatan university peringkat kebangsaan yang menentukan masa depan dan kecemerlangan beliau sendiri demi kerjaya.

Sebelum seluang jauh melaut, izinkan saya menyisip azimat ke tubuh nya.

Harap, harap kelapa puan,

Tidak puan kelapa bali,

Harap, harap kepada mu tuan,

Tidak tuan siapa lagi.

Agbr47: Walau kecil berjiwa besar; walau tinggi, merendah diri.

No comments:

Post a Comment